Thursday, December 31, 2009

happy new year everyone


Life's Too Short

here


tahun baru. 2010. tinggal cume beberapa detik kita akan melalui satu tarikh yang cukup cantik dan unik. 010110. alangkah bertuah bila tahun hijrah juga baru membuka lembaran kini kita akan melalui tahun baru kalendar kuda pula. maka setiap tahun yang datang, pasti ada resolusi yang mengiringi. resolusi aku?? resolusi-resolusi tahun-tahun sebelumnya masih ada yang belum tercapai dek akal. maka aku simpulkan bahawa tahun ini tiada resolusi. tapi atas permintaan dan bebelan kakak-ku-yang-tak-cun, maka aku rasa tahun ini aku perlu ada resolusi juga. resolusi aku senang je. untuk menjadi lebih baik dari tahun-tahun sebelumnya. bunyi macam senang bukan. tapi sebenarnya lagi susah dari resolusi yang lain kerana ia lebih bersifat umum dan mencakupi semua aspek hidup.

p.s: aku mahu bahagia. aku mahu tersenyum gembira. aku mahu berubah ke arah yang lebih baik. bantu lah aku.

p.s: salam tahun baru buat sayang-sayangku dan juga semua kamu. ketahuilah bahawa setiap kamu amat bermakna buat aku.

p.s.s: semoga tahun baru ini lebih bermakna dan membawa sinar cahaya.

::good bye 2009 and hello 2010 with love::

Wednesday, December 30, 2009

diam

aku sudah punya perancangan. tapi semakin hampir ia, semakin kabur aku rasakan. dulu aku yakin dan amat pasti bahawa ini yang aku mahukan..tapi kenapa kini ia seperti kabus yang menghilang pergi. dulu aku amat tekad ini yang terbaik buat aku, buat dia dan buat semua. tapi kini aku takut keputusan aku akan mendukakan dia, semua dan juga diriku sendiri. dulu aku rasa aku sudah cukup kuat untuk melalui dan menghadapinya. tapi kini aku mula rasa gentar. mampukah aku untuk meninggalkan semuanya dan bangkit bangun semula menuju bahagia?





p.s: aku perlu lebih kuat dan berhenti memikirkan kebahgiaan orang lain tanpa memikirkan bahgia buat diri sendiri. Oh Tuhan, kuatkan hati hambaMu...

Friday, December 25, 2009

engkau

aku boleh jadi seorang pendengar setia.
aku boleh jadi seorang pemberi nasihat.
aku boleh jadi seorang pelontar pendapat.
aku boleh jadi seorang pemangkin idea.
TAPI,
aku tau pendengaran aku mungkin tidak begitu bagus.
aku tau nasihat aku mungkin tidak bernas.
aku tahu pendapat aku mungkin tidak logik akal.
aku tahu idea aku mungkin tidak boleh pakai.
TAPI,
aku ikhlas dalam mendengar.
aku ikhlas dalam menasihati.
aku ikhlas dalam berdiskusi.
aku ikhlas dalam mencari solusi.
DAN,
aku mahu kau tahu aku ikhlas terhadapmu.
mungkin dulu aku mengharapkan sesuatu.
namun kini aku sedar siapa diriku.
aku sedar dimana aku harus berada.
JADI,
apa yang aku inginkan hanya yang terbaik untukmu.
aku mahu engkau bahagia.
aku mahu engkau gembira.
aku mahu engkau tertawa.
aku tidak mahu engkau menderita.
aku tidak mahu engkau tertekan.
aku tidak mahu engkau kecewa lagi.
MAKA,
jangan salahkan aku untuk melihat engkau di puncak jaya.
jangan salahkan aku berdoa demi kesejahteraan mu.
kerna aku tahu
jika engkau bahagia, maka bahagia juga milikku.
OLEH ITU,
bila si dia minta berbicara denganku.
aku mahu engkau tahu,
bukan aku takut,
bukan aku lemah,
bukan aku gentar,
cuma aku khuatir,
aku dipersalahkan hanya untuk kesalahan mendoakan engkau bahagia.
bahagia bersama si dia atau bahagia bersama sesiapa juga yang telah tertulis buatmu.
maafkan aku.




~yours truly~

Thursday, December 24, 2009

crazee drivers

everywhere is just the same.
i thought lots and lots of crazy drivers can be found in the big cities.
but, now i noe i was wrong.

Wednesday, December 23, 2009

::gambar hanya sekadar hiasan::

di'capture' ditempat kejadian.


berada di tempat itu
setelah sekian lama melaluinya
mengimbas kembali setiap satu
setiap detik juga setiap saat
masih terbayang segala aksi
masih terdengar segala raungan
hati pilu
hati sendu
rasa itu seperti melihat ulang tayang rakaman
yang tidak mampu dihentikan
andai punya alat kawalan
mahu saja butang henti ditekan
agar semua itu tidak lagi berputar dan terus berputar aksinya
dalam tak sedar, bergenang air dimata.
aku masih belajar melaluinya.
maafkan aku.


p.s: jika aku masih belajar, bagaimana pula rasa beliau? mereka?


p.s.s: masih ingat lagi mereka-mereka yang menjadi kekuatan saat itu. anda tidak akan mampu dilupakan.


p.s.s.s: tenang dan damai hati melihat dia memegang dan membaca senaskhah surah Yassin. semoga mereka diberi kekuatan menempuhi. dan semoga lekas sembuh.

and,

Graphics


you have just made my day.
thank you my dear you.

Monday, December 21, 2009

hold a true friend and dont let go
for a true friend comes once in a lifetime
Friends
They love you,but they are not your lover
They care for you, but they are not from your family
They are ready to share your pain, but they are not in your blood relation.
They are........FRIENDS! !!!!
p.s: isn't it sweet..i got it from an email..

Thursday, December 17, 2009

cemas

oh! cemas nye...pernah berada dalam keadaan ini??? keadaan bilamana bulu roma anda meremang naik (bulu roma je tau, yang lain2 tidak termasuk dalam kategori)...alkisah td aku-yang-comel, kakak-ku-yang-tidak-cun dan adik-ku-yang-tuf pergi ke pasar malam..setelah hampir puas membeli belah mengikut hawa nafsu sampaikan penuh kiri kanan tangan menjinjit beg plastik-bukan-environmental-friendly, kami berhenti di satu pitstop utk membeli laksa..sedang asyik kakak tu membungkus laksa kami, tetibe di suatu sudut gerai telah berlaku satu kejadian yang penuh hiruk pikuk.. kecoh giler ya amat..semua pergerakan terhenti sambil mata melilau-lilau melihat gerai terbabit..gerai tersebut tersebut sudah pon dipenuhi orang ramai (biasalah malaysian mmg suke jadi bystander even aku pon malaysian jugak..haha)..akak gerai sebelah sudah berlari mendapatkan kami kerana ke-meremang-an bulu roma beliau...kejadian itu melibatkan sedikit pergaduhan, pertikaian lidah serta sorakan orang ramai..aku rase pemuda yang ditangkap adalah kerana mencuri, juga ada seorang anak kecil seperti meraung-raung cube mempertahankan pemuda itu..mungkin anak kecil itu adalah anak pemuda tersebut, aku pun tak tahu...pemuda itu agak dibelasah dan diikat dengan tali..butir-butir pertengkaran adalah kurang jelas kerana kami berada agak jauh sedikit dan suasana adalah sedikit hingar bingar...cume yang dapat aku dengar pembelasah bertanya pemuda itu mengapa berbuat itu dan berbuat ini..kami agak kaget dan takot jika adegan itu berlanjutan dan menggunakan parang ataupun alatan tajam..lantas apabila keadaan agak reda, kami bergerak meninggalkan kawasan itu (setelah membayar harga untuk sebungkus laksa)..lebih ramai bystander datang untuk menjadi saksi kejadian...sebelum pulang kami sempat singgah di sebuah gerai apam balik best..tetapi sebaik sahaja kami bergerak pulang, kami ternampak cahaya lampu kebiruan semakin menghampiri..wah!!! bapak polisi sudah datang..maka kes insiden tadi sudah jadi kes polis la..untuk tidak menjadi lebih kepochi dan tidak mahu disoal siasat sebagai saksi kejadian (kami beli dvd cetak rompak td..ngeee~) kami mempercepatkan ayunan langkah pulang ke rumah..jadi kesimpulan nya beli la SURAT KHABAR METRO berhampiran anda..mungkin ada kisah ini di mane-mane muka surat..


p.s: dari segi kemanusian, aku rasa kesian pada pemuda itu..andai kata dia mencuri makanan sebab ketiadaan duit dan dia sangat lapar, juga jika anak kecil itu mmg betul anak pemuda tersebut maka sangat sadis la peristiwa td..mungkin dia terpaksa demi anak kecil itu..oh dunia~

p.s.s: tp tiada niat menghalalkan cara...hurmm..

Wednesday, December 16, 2009

current state (^_*)

i am so sleepy.
i need my beautiful sleep.
but, i have tons of things to do.
yet, i have not doing any of it.
in three weeks time, im going away again.
to do the same things i have been doing for these five years.
but, i am not ready yet.
i want extra days to be enjoyed.
i want to run from the real world.
i want to be with my dear family.
still, i am looking forward to meet my friends.
even, i am not excited about the concept of going thru another-phase-of my-life.
hopefully i am strong to face the reality.
wake up hanna! this is not the time to daydream.
you have to work your *tut* out.
do what you have to do.
and let other things fall in their own places.


p.s: but, em..can i sleep now?? i am soooo sleepy..let me do the things i have to do later. ok.

p.s.s: oh thursday~ but worry not as i have my bestfriend to represent me.. :)

p.s.s.s: Bonne nuit les gens!

jatuh???

jatuh hati, jatuh cinta, jatuh sayang atau sudah jatuh ditimpa tangga??semuanya masih dikira jatuh bukan..agak-agaknya antara yang semua ini, jatuh yang mana paling sakit???aku rasa mungkin semua sakit kot..tapi sakit yang berbeza..aku tak nak berkongsi kisah jatuh-jatuh hati, sayang atau cinta (tiada dalam agenda kehidupan walaupun penuh mengharap, what the???) TAPI, korang pernah tak jatuh basikal?? dengan yakin dan pasti mesti setiap kanak-kanak atau mereka-mereka yang tahu berbasikal mempunyai sejarah jatuh basikal kan? tapi aku rase at the age of 22 years young neh, untuk jatuh basikal dihadapan sekalian sanak saudara adalah amat memalukan..betol x???hakhak..

alkisah, sepanjang penyepian dari duniawi ini, aku pulang ke desa tercinta atas urusan keluarga. maka bila sudah berada bersama kaum keluarga, aras keterujaan-ku mencecah hampir klimaks (ha! jangan fikir bukan-bukan..teeetttt!)melihat kanak-kanak ribena asyik dan lincah lagi gembira seperti dunia ini mereka yang punya sambil bermain basikal, tiba-tiba keinginan-ku untuk mengayuh basikal timbul..dengan lagak seorang bekas cikgu hot, siap pakai heels gitu..aku pon mengayuh basikal dengan penuh perasaan..oh, waktu kejadian adalah pada waktu malam, selepas makan malam dan mahu melambai pulang famili+bakal kakak ipar-ku ke Ipoh terchenta..OK! get the picture??? nevermind la..maka nk dijadikan cerita, aku dengan teruja nya mengayuh basikal mahu menyalam bonda sebelum pulang..hampir sampai dihadapan bonda, tup tup..aku rase macam sangkut dan dalam hati sudah aku jerit minta bonda tahan aku dan basikal dari jatuh menyembah bumi..malangnya, belumpun sempat menuturkan kata-kata dalam hati dan dalam sesaat dua tanpa disedari aku sudah pon bersujud menyembah bonda di belakang kereta..semua saksi kejadian terkejut dengan kejadian sepantas kilat dan selincah lipas kudung itu..tau-tau aku sudah bersujud di jalan tar sambil memeluk basikal terlibat..

dengan penuh ayu dan kontrol macho, aku berlagak seperti tiada apa yang berlaku sambil mentertawakan diri sendiri..riuh rendah suasana ketika itu, namun dalam hati Dia je yang tahu..malu seyh~ saket pulak..adeh! abang-ku-yang-ensem, kakak-ku-yang-tak-comel dan bakal-kakak-ipar yang berada dalam kereta lantas keluar untuk melihat keadaan.mereka gelak semahu-mahunya..penonton live kejadian, adik-ku-yang-tuf tergolek-golek gelakkan aku.cis betol! kanak-kanak ribena yang ada lagi lah seboleh-bolehnye gelak. setelah keluarga tersayang pulang, aku masuk ke dalam rumah makcik-ku dan menyelak seluar yang dipakai..Ya Ampun, calar balar sana sini..luka luka berdarah dan terdapat satu lebam yang hitam serta bengkak yang besar..oh sakitnya! setelah disapu minyak but-but HPA dan diusap-usap, aku pon pulang ke rumah opah bersama adik-ku-yang-tuf. uh! fobia sekejap naek basikal. namun, itu bukan penghalang, dengan semangat kental aku meneruskan motif ku untuk stay di kampug iaitu mengecat rumah..walau berjengkot, walau sakit2 namun kerja tetap kerja.. hah! rasakan..sapa suruh pakai heels 3inch bawak basikal..padan la muka kan! bluergh!

untuk pengetahuan semua, kerja-kerja mengecat terpaksa disambung keesokan harinya dengan keadaan aku yang sengal-sengal badan (otak tak sengal ye, cume ting tong seket je) atas efek jatuh semalam hari-nya. kami bekerja keras seperti pekerja-pekerja buruh kontrak, comot mekmot sana sini, compang camping, baju dan seluar penuh dengan cat dan diselang selikan dengan cerita aku jatuh basikal sebagai selingan menghibur hati.. (ade ke patot aku jadi bahan?? xpaotot sungguh!!)



p.s: sesi mengecat belum selesai, akan bersambung pada weekends ini, insyaAllah..

p.s.s:oh! calar balar, luka dan lebam masih dalam proses recovery..kesian aku si pesakit!

Saturday, December 12, 2009

kita

salam...

kadang-kadang kita tak sedar yang kita melihat dan mempertikai keburukan orang. padahal, kita juga punya banyak keburukan dan kelemahan. fikir-fikirkan dan selamat beramal.

Friday, December 11, 2009

the love





the love goes to
you.
each and every of you.
thanks for the cooperation.
thanks for the support.
thanks for being there.
thanks for everything through out the journey.
i am happy.
i am glad.
i am satisfied.
Alhamdulillah.
:)



Thursday, December 10, 2009

heartache



astagfirullahalazim...aku sudah jauh lari..terlalu mengikut kata hati yang penuh dengan ketidakpuasan..aku seharusnya mendoakan kesejahteraan mereka, bukannya menyimpan dendam..aku juga seharusnya mengambil ini sebagai iktibar, pedoman, teladan untuk dicontohi..aku harus mengambil ini sebagai satu pendorong dan semangat agar aku tidak terus rebah untuk terus berjuang menggapai mimpi agar ianya tidak lagi mimpi tetapi sebagai realiti.

honesty is the best policy

*kamo dan kamo*



terima kasih untuk berlaku jujur
mengadili kami seadanya
walau aku gentar dikritik
takut berhadapan dengan realiti yang nyata
namun kenyataan itu harus aku terima
sebagai pendorong untuk terus mara kehadapan
pimpinlah aku
bantulah aku
aku mahu seiring dengan kamu semua.








p.s: aku mahu kamo dan kamo tahu bahawa kalian penting dalam hidupku..

Sunday, December 6, 2009

the older the wiser

recently, the thoughts of getting older are insanely creeping in my head..what would it be if things turn to be like this?? or what about if it turns to be the other way around?? am i ready or prepared enough to face the reality or its just about time to come??? the thoughts of getting older freaking scared me when it comes to the responsibilities that I am going to hold with my own two hands. I am going to take care of my own self about every-single-thing: family, my mom, education, career, partner, bills, payments, house, car, and lots more on the list.. but mind you, I'm not afraid. it is just the feeling of worries about what would happened in the future.

of wedding and getting married. what the heck?? everybody is asking and lecturing me about this - the date, the partner et ceteras..ok, it's a bit of exaggerating..fine, not everybody but almost.. I am not against it..I love weddings and in fact I am helping in this one-special-wedding. I am glad and happy if my friends are getting married. I want to get married too especially when lots of people around you are getting married. but the thing is, at the moment, I don't have the one who is willingly to be my guardian angel, my saviour and my everything. so, I guess, for the time being, I am happy for who and what I am. this is not the right time for me yet, but maybe it's yours.. hopefully when the time comes, I am ready to face it. thus, let me enjoy to be with my family and friends first.

by the way, the reason of this post is just that I am too happy for the new members of the family. welcome my dear niece, Irisya, and nephew, Wafiq.. the two of you are such wonderful babies. now, I am an aunt with 5 nieces and 5 nephews.. aren't they make me feel that old?? ouch! i feel like an old lady even they are not my siblings' children but still WE ARE FAMILY~

these are their pictures:


Nor Irisya Shafikah
01112009



Meor Danial Wafiq
06122009



p.s: oh! niat asal entri sudah melencong...ting tong~

Wednesday, December 2, 2009

atas nama cinta

Jika cinta berbicara
Hati ku kau percaya
Usia dewasa mengajar erti cinta
Apalah aku diam tak mampu

Terbatas cinta kerna norma dan Dogma
Ketulusan hati menjadi tanda tanya
Kenapa aku semakin pilu

Korus
Dan atas nama cinta
Terlahir aku melihat dunia
Demi jiwa ruang batinku
Kau adalah pendamping jiwaku
Oh....

Kan usia dewasa mengajar erti cinta
Ketulusan hati menjadi tanda tanya
Apalah aku diam tak mampu


p.s: can i have someone sing me this song while playing guitar..i really need this..gosh! i fall for him..i wish he sang this song to me..

Tuesday, December 1, 2009

for you, my dear love.




this post is specially dedicated for you, my dear love.
you asked for the new entry but i couldn't think any of new things to post.
however, today I thought of your feeling.
I hope the feeling is just like a garden with full of flowers and aha! there's rainbow there.
but, forgive me as I wasn't able to google the imagery photos.
my dear love,
I want you to be happy, always.
and, I hope the happiness will last forever.
I will always pray for your life.




.love.




p.s: i love the feeling too. i wish to have the same feeling.
Read more: http://www.pengerindu.com/2011/12/dapatkan-facebook-like-fanpage-popup.html#ixzz28HHMQhBs