Tuesday, August 31, 2010

tentang dia.

aku rindu sentuhan mu.
aku rindu belaian mu.
aku rindu pelukan mu.
aku rindu ciuman mu.
aku rindu semua tentang kamu.

aku rindu kamu.
kalau mampu aku untaikan kata-kata.
pasti panjang dan berjela-berjela.
kalau mampu aku gambarkan.
pasti gambar itu menjadi abstrak tak ternilai.
kalau mampu aku terjemahkan.
pasti dalam bahasa yang aku sendiri tak mampu fahami.

aku rindu kamu.
mustahil untuk kamu kembali.
tapi aku yakin aku sangat rindu kamu.
rindu yang serindu rindunya.
semadilah kamu dengan aman.

comel sungguh dia

"tak tahan selsema sampai rasa nak pukul orang je"

okay. statement ini betul-betul comel okay. kesian dia sakit, get well soon dear!

Monday, August 30, 2010

sehari sebelum malam merdeka

aku keseorangan.
dingin beku dek kondisioner.
melilau aku mencari sesuatu.
sesuatu yang aku sendiri tak ketahui.
melihat pandang ke belakang.
aku sedar banyak liku yang telah aku langkahi.
namun aku masih belum mampu untuk terus duduk tersandar.
masih banyak yang perlu aku gapai.
yang perlu aku kejar.
agar akan dapat aku rantai kemas.
kata orang jangan mengejar sangat.
kerana makin dikejar, makin banyak yang tidak akan puas.
kata aku, hidup ini mana pernah puas.
selagi hayat dikandung badan, selagi kaki gagah melangkah.
hidup perlu diterokai dan diselongkar.
agar mampu dibawa sebagai bekalan.
dan kata aku lagi, memang kita tidak akan puas.
kerna kita pernah akan tahu berapa banyak dan berapa cukup bekalan yang perlu kita kutip dan kumpul sebagai bekalan.
hari ini.
jika kita imbas kembali, ramai antara kita lupa.
lupa akan segala benda.
maka malam ini, dengan dingin beku malam.
mari kita sama-sama renungkan dan ambil iktibar.
agar apa yang menjadi milik kita hari ini tidak akan bertukar milik sekali lagi.

HAPPY INDEPENDENCE DAY MALAYSIA!!!



P.S BIARLAH MALAM INI BERLALU TENANG DAN DAMAI TANPA BERLAKU PROSES PEMBENIHAN TIDAK TERANCANG.

Monday, August 23, 2010

Hello Aeq!

Hello dear you! This is the second time for me to have you around. I am very happy that I have the opportunity to be with you, again. I hope that we can be happy together and as close as possible. I will owe you big time from now on. One thing that I hope from you is that please behave and be good to me. InsyaAllah I will do the same to you. Let's make it even. I need you.

Life is unexpected. Sometimes when we want something so dear, but it turns out that it will not be ours. But there are certain times when we least expecting, the things that we never imagine will be ours. Somehow this kind of realization makes me happy with what I have at the moment. I have been accepting over the fact that I am not perfect. Though at times I kind of sad for not having you around. But I guess, Allah plans better than me. InsyaAllah, there will be another you for me soon. I will not desperately hope for it to come very soon. But, I will always pray for the best for my future, my life.

I hope that I can let bygones be bygones. Let's pray for each other. I want to see you happy and I will be happy for you my dear. I want you to have a wonderful life ahead. Please be happy. Please open up your heart. Please once again trust in relationship and love. I know you can do better than me. I know you always be. And, I know you know that I love you. Depends on you how to define it. Toodles.


p.s: I dreamt of you wearing braces last night. sooo comeellll!

Saturday, August 21, 2010

Panas! Panas! Panas!

haha.. aku mempunyai kawan-kawan yang comel.. hish comel betol la korang ni.. aku pon tak sangka korang semua secomel itu. SEBABNYA mereka telah menanyakan soalan CEPUCEMAS untuk aku di laman sesawang muka buka. soalan itu pon sungguh la comel. tapi aku rasa aku sudah pun menjawab soalan itu sebaik mungkin dengan niat tidak mahu menyinggungkan hati mana-mana pihak..wah wah wah, banyak ke hati kau nak jaga? kau ingat kau artis ke? kau bukan artis okeh!! haha.

tapi siyesli, aku rasa korang sume comel bangat. thank you for making my day!

Can I call you?

Few days ago, I realized that I was not in a good situation. This is based on the entries posted which most of them titled a bit depressing. However, it is such impressive that I posted 23 entries, this is the 24th for this month solely, yet to be ended. Today is just 21st August everyone! Ahaha. Well, blergh! What can I say, this is all the learning process that I must face with my chin up. Though it is not easy to undergo the current situation, but I have no choice other than to trust my self. There will be no one who can help me except for myself. I have to be strong. On the other hand, sometimes it tickles me out that at this age, I am still having this feeling of homesick. It is such a need that have to be fulfilled in order to regain energy and love. This is sooo not me. Those years before, I am a kind of kid that doesn't go back home regularly. I like to be so-called independent and have my own way of living. But now, it seems that I need to go back when there is time. Almost every weekend I am here in my arm of my family and it helps me a lot. No matter what happened to us, family will always be there for us to hang on. And I believe that.



p.s: please don't let me be the last to know!

Thursday, August 19, 2010

sudah lembik

aish. macam mana ni? masih pagi hari sudah lembik. bila ditanya, lain jawabnya. bila disuruh, lain dibuatnya. sudahnya perlu dijerit dan ditempik seperti diketuk baru mahu bergerak. natijahya menghasilkan diri yang sudah lunyai sebelum sampai waktunya. yang sasa menjadi lemah, yang kasar menjadi lembut. yang tegas menjadi malas nak layan. letih.

Monday, August 16, 2010

meletus dan sesalkah??

di mana perginya santun? di mana perginya budi? dan di mana pula perginya bahasa? tidak perlu bahasa setingggi langit. tidak guna ilmu seluas alam jika santun mu tiada. apa guna cerdik seperti kancil jika bahasa dibawah lantai. tidak perlu paras menawan jika hati tiada terpaut. aku juga tidak sempurna, maka bukan aku pinta kesempurnaan. cuma hormat yang aku junjung. hanya hormat yang aku sanjung. jika kau tidak rela, mengapa korban kerelaan yang lain. pergi kau jauh, jangan datang dekat jika hati tidak ikhlas. tidakkah kau rasa apa yang orang lain rasa? oh, bagaimana kau mahu rasa jika kau rasa dunia ini kau yang punya. maka jangan tanya nanti bila terkena batang hidung sendiri. jangan pertikaikan jika engkau sendiri yang mahukan.




p.s: aku penat. mental. emosi. fizikal. penat sangat!

Berhenti sebelum terlajak

Sudah parah ni. Perlu berhenti segera. Jangan sampai pisang berbuah kesekian kalinya. Begitu mudah sungguh untuk kau terus cair. Kau sepatutnya perlu lihat ke kiri dan ke kanan. Pandang-pandang dan jeling-jeling agar kau tidak tergelincir lagi. Apa yang kau buat sekarang ini, bakal menyusahkan kau kelak. Jangan nanti kau salahkan orang lain sebab tidak memberitahu kerana sepatutnya kau dah tahu. Jangan suka-suka, nanti sakit hati. Jangan main-main, nanti kacau jiwa.

Hingusan sahaja yang kau suka. Cuma kerana kelebihan yang satu yang ada tidak menjamin kelebihan-kelebihan yang lain. Kau perlu beringat!




p.s: hati terpesona, jiwa sengsara.

cantiknya dia~

Beauty lies in the eye of the beholder.
According to you, he/she may looks beautiful.
But not that beautiful according to me.
According to you, he/she may looks handsome.
But not that handsome according to me.
According to you, he/she may looks sweet.
But not that sweet according to me.
Me and you,
we both have different views in interpreting the beauty that lies within a person.
And, there is nothing wrong about that.
There will be no correct and wrong answer at all.
No worries when people disagree with you.
It is your opinion that matters the most.
But, despite the look and figure,
a person with beautiful heart is the most beautiful.
But then, different people interpret it differently.
So, I guess we are even.
Confuse? Maybe.

Toodles.



Sunday, August 15, 2010

Diam Bukan Tanda Setuju

Orang tua-tua ataupun lebih tepat orang-orang melayu selalu menggunakan peribahasa yang berbunyi "diam tu tandanya setuju". Frasa ini selalu kita dengar bila dikaitkan dengan soal-soal jodoh yang mana seorang perempuan akan disatukan dengan seorang lelaki yang lain dengan hanya berdiam diri sebagai tanda persetujuan. Okay itu mungkin boleh pakai kala dulu sebab kebanyakan anak-anak gadis pada masa itu sangatlah pemalu dan santun orangnya. Tapi jika kita lihat pada konteks hari ini, aku kira penggunaan frasa itu mungkin boleh jadi tidak relevan. Diam itu boleh jadi tanda protes dan pemberontakan bakal terjadi jika dipaksa, terpaksa dan memaksa. Mahukah saudara dan saudari menghadapi saat-saat genting pengantin melarikan diri atau perbelahan rumah tangga. Nauzubillah.

Itu mungkin dalam konteks jodoh. Apa yang ingin aku ungkaikan adalah berdiam diri dari mencampuri urusan orang lain. Ya, itu bukan sombong namanya. Mungkin orang akan lihat seseorang individu yang pendiam itu seperti kera sumbang mahupun seperti katak di bawah tempurung namun hakikat sebenar adalah tidak benar sama sekali. Aku bukan seorang yang terlalu pendiam, aku akui. Tapi akan ada saat dan ketika yang aku perlu dan akan mendiamkan diri. Maka bila keadaan ini terjadi, orang akan lihat aku seperti seekor singa lapar kerana raut wajahku yang mungkin agak ganas aku kira. Bukan bermaksud untuk aku menyombong atau berlagak bagus. Tetapi dari kita bersikap ramah yang mana akhirnya memakan diri sendiri pun tidak berguna. Mahu beramah mesra tapi over ramah lah pulak sampai mengumpat orang sana sini, maka baiklah diamkan diri. Lagi satu aku ni memang sejak azali kurang mahir bersosial. Hahaha.

Sehingga berjumpa lagi.

lotus potus motus kotus notes

hahah. da macam jampi serapah je kan. tu sebenarnya aku jampi nak dapat *tet* cepat-cepat. takdelah, sebenarnya aku bosan ni. ada banyak kerja perlu diselesaikan tapi sangat malas nak buat. entah bila lah kerja-kerja tu nak siap kalau aku tak buat. Oh! by the way, aku dah dapat lotus notes aku. tu yang buat jampi serapah tu.. YEAY!!!

ok la, wacana pemikir pada petang hari ini.

" do we have to teach violence to kids in order to make sure they will not get bullied?"

Saturday, August 14, 2010

mahu berhenti merokok??



jika anda berniat atau tergerak hati mahu berhenti merokok, sila lah teruskan niat anda. tidak perlu aku uraikan apa bahaya rokok serta ancaman yang boleh terjadi akibat merokok mahupun bahaya rokok itu sendiri. aku yakin semua orang juga arif berkenaan itu. cuma apa yang aku mahu khabarkan adalah mengikut kajian oleh National Morbidity Survey pada tahun 2006, 21.5 peratus atau bersamaan 4 juta penduduk negara ini ketagih merokok yang juga menyumbang kepada kematian 10 000 orang setahun. hah! itu pada tahun 2006 ye tuan-tuan dan puan-puan. sekarang kita sudah berada pada tahun 2010. EMPAT tahun sudah berlalu, maka pastinya jumlah-jumlah itu semakin meningkat. renung-renungkan dan fikir-fikirkan lah!!!!

wah, panjang betul mukadimah entri ni. sebenarnya aku nak kongsi berkenaan satu produk ni. aku tidak tahu sejauh mana berkesannya produk ni. sebab aku tidak pernah cuba. yela kan, macam mana nak cuba sebab aku bukan perokok tegar, aku hanyalah perokok pasif. okay, produk ini adalah untuk membantu para perokok mengurangkan kadar merokok secara berkala dan secara tidak langsung dalam tempoh dua minggu, insyaAllah, perokok sudah mampu untuk melupakan aktiviti harian mereka itu. kebelakangan ini, iklan produk tersebut sudah kerap bermain di muka-muka televisyen lantas menarik perhatian aku. tibalah masanya untuk memperkenalkan produk berkenaan. JENG! JENG! JENG!





ha itulah dia produk tersebut. mungkin ada lagi dari jenama yang lain tapi aku berminat dengan yang ini. selain dari gum, untuk mereka yang tidak berminat untuk mengunyah, anda juga boleh membeli dalam bentuk patches (plaster), yang mana ianya seperti handyplast tampal luka tu. jadi tak perlulah nak kunyah-kunyah, cuma perlu tampal sahaja. kekuatan produk di atas adalah sebanyak 4mg, maka ianya untuk perokok yang merokok dalam tempoh masa 30minit selepas bangun pagi. bagi perokok yang merokok lebih dari 30minit selepas bangun pagi, maka anda boleh lah mengurangkan kekuatannya sebanyak 2mg sahaja. anda hanya perlu kunyah dalam masa 30minit dan letakkan gum itu di dalam mulut. InsyaAllah dengan izin tuhan, lama kelamaan ketagihan rokok anda berkurang. bak kata orang, dimana ada kemahuan disitu ada jalan. oh! harganya juga tidak mahal. bergantung pada kekuatan dan juga kuantiti yang anda mahukan. bawah rm100 juga sudah mampu memilikinya. apa lagi!! jangan tunggu-tunggu dah!!!

sebenarnya dalam 2 tahun lepas aku sangat teringin nak beli dan hadiahkan produk ini buat seorang sahabat. aku lakukan survey juga pembacaan. aku mahukan beliau berhenti merokok kalau tidak pun dapat mengurangkan kadar merokok dalam satu hari. itu sudah cukup hebat untuk aku. tapi atas sebab-sebab tertentu, maka aku tidak dapat menghadiahkan produk ini buat beliau. tetapi, hajat itu masih ada. dan mungkin aku akan tunaikan juga bila tiba waktu yang sesuai. aku bukan membenci perokok, cuma aku ada pengalaman buruk dengan akibat merokok. jadi aku tidak mahu beliau menerima akibat yang sama. aku mahukan beliau mengecapi nikmat hidup dengan lebih sempurna.


p.s: ingatlah orang-orang yang tersayang. jika tidak sayang pada diri sendiri, fikirkan apa yang terjadi pada mereka yang anda sayang juga pada mereka yang menyayangi anda jika anda tergolong dalam 10 000 kematian akibat merokok!

bak pungguk rindukan bulan

over betol statement itu! haha. tapi jika itu yang mampu diluahkan untuk menggambarkan rasa hati, mungkin itulah yang tepat sekali. mungkin, okey! mungkin! nak buat macam mana kan, soal hati ni bukan boleh diramal. cuma mungkin boleh dikawal tapi bukan senang ye tuan-tuan dan puan-puan. sudah bertahun aku cuba mengawal rasa hati. tapi masih boleh dikira agak gagal disitu. nak kata gagal sepenuhnya, tidak juga. sebab ada masa dan ketika nya aku mampu mengawal dan membuang rasa. cuma atas sebab-sebab aku sendiri pun masih mencari, rasa itu kadang-kadang hadir dan mengetuk pintu hati. kalau boleh aku halau dan usir perasaan itu jauh-jauh, sudah lama aku buat. memang senang untuk berkata-kata dan memberi nasihat pada orang untuk mara kehadapan dan lupakan semuanya tapi bila kene pada batang hidung sendiri, baru tahu langit itu tinggi atau rendah. waima aku sudah tahu hakikat itu, namun tidak pula aku serik untuk memberi pandangan pada mereka yang memerlukan. pada aku, mungkin diri sendiri gagal untuk mengikuti apa yang diusulkan tapi tidak salah jika melihat orang lain berjaya melakukan. bukan kah itu lebih menggembirakan.

aku tau entri ini agak cheezy sedikit. haha. tapi nak buat macam mane. aku gagal lagi saat ini, buat kesekian kalinya. sudah aku pujuk hati, sudah aku cuba lontarkan jauh perasan rindu yang ada tapi tatkala melihat foto-fotonya, aku tau aku tidak mampu menipu diri. ada sesuatu perasan menyelinap ke lubuk hatiku. perasan sayu dan pilu. lalu mulalah terimbas segala kenangan yang ada bak video memutarkan cerita. juga seperti layar skrin yang mementaskan filem. jika benar memendam rasa ini sebagai satu jihad kecil, maka aku gagal sekali lagi kerana aku tidak mampu menyimpan rasa. kalau simpan takdelah wujudnya entri kali ini. hehe. tapi tidak mengapa, ini semua adalah learning process. aku masih belaja untuk membuang rasa kerna aku tahu rasa itu tidak sepatutnya hadir jika aku benar-benar ikhlas dan jujur. jika aku punya perasaan maka aku sudah berlaku tidak adil dan tidak jujur padanya dan juga pada diri sendiri. sampai bila perlu aku lukakan hati sendiri bukan. biarlah aku bertatih agar aku mampu terus berdiri dan berlari. aku yakin bahawa aku mampu. mengapa tidak bukan, jika orang lain mampu lakukan, aku juga boleh! yang penting aku mahu usir rasa bersalah yang bermukim di hati. perit tau tak bila dihantui rasa bersalah.

aku tau ini semua permainan hati. juga dugaan dan cabaran untuk melihat sejauh mana kekuatan dan kepercayaan aku. jika inilah harga yang perlu aku bayar untuk memperoleh bahagia, maka walau pun perit, walaupun sakit aku kene kuat dan bertabah. aku perlu tunggu sedikit masa lagi. insyaAllah bila sampai masanya, aku akan lepaskan semua. seperti melepaskan sang burung dari sangkar emasnya. juga seperti melepaskan si rama-rama dari genggaman tangan. aku tidak mahu jadi selfish. aku mahu sebarkan rasa bahagia pada semua!!! yeah! mari aku sebarkan cas-cas positif buat semua.



p.s: dear bulan, kamu sangat dirindui! dan, 3 tahun itu tidak lama. pejam celik, pejam celik je..

Friday, August 13, 2010

masih belum layak!



tidak! tidak! aku bukan seorang yang layak untuk menjadi idola sesiapa pun. aku masih baru. masih hijau dalam dunia yang penuh pancaroba. jangan jadikan aku sebagai idolamu. beri aku masa untuk bangkit berusaha dan berjaya. jika nanti aku sudah berjaya, aku juga masih belum mampu menjadi seorang idola. aku jauh dari sempurna. jangan menaruh harapan dan terus mengharap. aku takut!!!!



aku-bukan-idola-sesiapa bersama cik hami yang dirindui.

homesick =(

gedik! dulu-dulu masa zaman belajar tak de pulak nak homesick-homesick ni..siap gagah perkasa lagi cuti tak balik rumah. pastu skang bila da tua toben besar panjang baru nak terhegeh-hegeh homesick segala. haha. sekarang ni boleh kata every weekend balik rumah. kalah budak baru masuk sekolah asrama.




p.s: heavenly at home. woot woot~

Thursday, August 12, 2010

Meriah oi meriah!!


haha. Ini baru first day bukak pose. agaknya kalau da second third day meriah macam ini tak. oh! untuk pengetahuan semua ini adalah juadah berbuke puasa untuk dua orang. ye tuan-tuan dan puan-puan, ulang suara, ini adalah juadah untuk DUA ORANG. ha hambik kau, meriah tak ingat dunia macam la esok dah tak boleh makan lagi. ek! esok memang la tak boleh makan unless kau memang tak puasa. *tet* Inilah natijah nya ye kawan-kawan apabila berpuasa dan berbuka di perantauan dan tiada keluarga disisi. Yang ada hanya teman baik peneman hidup yang sepi dan duka lagi lara. *syahdu gitew* Tambah-tambah lagi kalau kau boleh shopping makanan dengan harga murah seperti 3 kek yang SEDAP dengan hanya RM5 sahaja. Sumpah rupa kek tu macam kek secret recipe cume rase nye sangat la tidak secret recipe. kecewa sedikit. tapi sebab murah, memang satu bazar kau akan rasa nak beli. lepas dah shopping, balik rumah berbuka sampai terbuntang tak larat nak bangun. nak menunaikan kewajipan pun dah susah nak berdiri duduk bangun. teruk betul la perangai. ape nak jadi ni...sekian saja laporan hari ini. =)


p.s: teringat zaman-zaman study berbuka puasa ramai-ramai dengan housemate di rumah sewa.




Wednesday, August 11, 2010

salam ramadhan everyone!!!

source



Happy fasting and may Allah bless all of us!

Monday, August 9, 2010

tumpang share UNTUK KAWAN.. =)

Kawan..
Bila rasa ingin menangis.. hubungilah aku.. bukan aku nak suruh kau berhenti menangis... tapi mungkin aku boleh menangis dengan kau... tapi tak leh ramai sangat.. nanti habih air mata aku...

Kawan...
Jika terasa tiba2 nak melarikan diri... jauh dari masalah... hubungilah aku... aku takkan suruh kau berhenti.. tapi.. mungkin aku akan berlari bersama kau agar masalah kau boleh selesai... tapi jangan laju sangat, aku lari tak larat.. aku nak kejar.. kaki aku pendek...

Kawan..
Jika kau kecewa keluargamu tak bahagia.. beritahulah aku.. aku takkan buat kau benci kepada ibu bapa kau.. tapi..terimalah segala ketentuan Allah...

Kawan..
Jika kau kecewa dengan hubungan kawan kau tu satu hari nanti... ceritalah pada aku.. aku takkan sebut nama lelaki/wanita itu... tetapi.. cubalah jadi wanita/lelaki yang lebih soleh & solehah...

Tetapi kawan..
Jika suatu hari aku berdiam diri.. aku tidak membalas message kau.. aku tidak angkat panggilan dari kau... hubungilah aku segera... sebab waktu itu aku.. ermmm.. aku amat perlukan kau...



Atau aku sudah tiada lagi di dunia ini..





Sunday, August 8, 2010

Distance makes the heart grow fonder

Though we are separated by the kilometers, hours and states but with the technology that is just a click away, it would not makes us far. However, that does not mean that we do not have to meet and catch up things together. Somehow technology may ruins us as rumors may spread their wings without our notice. The things that we want to convey may not be received well. There may be some twists here and there as it pass through lots of stages in order to get the news. There are times we may and may not believe the love ones as the power of technology is too powerful. I do not blame technology as it helps us a lot. I just feel sad when some of us take it for granted. Why don't you fully use the technology while you can? Why don't you take it as a stepping stone to be closer to your dearest? Why don't you manipulate it in order to win people hearts? Why would you just sit and makes us waiting? Seriously, I don't blame technology and not even you. It is just all about me, the one who takes things for granted.

By the way, thank you for make it happened. At least you proved me that distance truly makes the heart grow fonder. I owe you for making me believe and feel the pain of heartache. Nonetheless, the presence of the very important people in my life has enlightened the days of my life. I feel like hugging but could not managed to do so. I am sad that the goodbyes were not that beautiful to be remembered. I hope that there will be enough time to hug and love soon. Thank you dearest. And to you miss beautiful, lucky to be you. Treasure each moment together. May the Almighty bless both of the souls. I am very happy for you.

Friday, August 6, 2010

Baby, I love you..

Lotsa love bebe.. I am proud to announce that I love you even more, day by day. I hope that our relationship will last forever and bless by the Almighty. There is no word to describe my feeling towards you. Only He knows about it. May we can treasure each and every moment with the best experiences in my life. Amin.

Thursday, August 5, 2010

bestnye jika ia ditujukan buat diri sendiri.

Perasan okeh! Tapi seriously sangat tersentuh bila membaca entry ini. Seperti terasa diawangan, ceh lebih2 la pulak kan. Oh! Kan best if ade somebody yang boleh buat kita rasa seperti ini. Yang memahami dan menghargai. Okay, mungkin ada cuma kita yang tidak sedar. Perlu lebih banyak bersyukur!!!

Thank you, you've just made my day!

im cool and im glad over the fact.haha.

Alhamdulillah, things are getting clearer. Bits and pieces are getting glued together. Though it is not that easy but somehow I will learn how to cope with it. The experiences and the challenges may strengthen me up. I am glad that I am now getting to know them better. It may takes time but I want to try. Let me do it part by part, one step at a time. Let me touch their heart one by one. I want them to remember not the lesson but me as the person who they can rely on. Give me some time to explore the relationship and insyaAllah I will do my best.



p.s: each of them keep on remind me of the people in my life. sometimes it makes me feel bad as i miss the people in my life terribly.

Wednesday, August 4, 2010

what to do?

DEBATE!

DEBATE!

DEBATE!

DEBATE!

it has been ages I'm actively involved on the floor. T-T

Tuesday, August 3, 2010

cool down

i was in your shoes.

i know how it feels like.

i understand the situation.

but that is not a good reason to take advantage on others.

be kind to them if you want it to be good and steady relationship.

listen and pay attention in order to gain the attention.

respect others if you want to be respected.

do not just sit and hope for miracles.

and do not complains.

but, you the one who should work on it.



p.s: im cool, i know..haha

Blackout people! blackout!

it was dark!

no lights!

not even air conditioner!

but life must goes on, thus, we have to find another room to be filled in.

enjoy while you can!!!

p.s: oh! there's biebier, arashi, diva, 2 maks, singers, artist.... different taste with different levels...oh my!

Monday, August 2, 2010

i take things for granted

I TAKE THINGS FOR GRANTED!!!!

it is hurt to realize that we actually love the things or people that are now gone.

nothing can be done anymore as it is all has happened.

it is really hurt when i realize that without that thing or people i would not taste anything that i have at the moment.

forgive me.may Allah bless.

p.s: i feel bad!

p.s.s: bila Dia kurniakan kita sesuatu, mungkin akan ada sesuatu yang ditarik balik. sama juga bila kita berkehendakkan sesuatu pasti ada yang perlu kita korbankan. dan kali ini aku korbankan perasaaan aku.

kenapa perlu menghargai??

kerana kita tidak akan pernah tahu limitasi untuk menghargai seseorang mahupun sesuatu.
sedangkan peluang itu sentiasa terbuntang di hadapan mata.
seringkali bila peluang itu sudah pergi meninggalkan kita barulah kita hendak terhegeh-hegeh mencari dan mengejarnya.
mengapa tidak kita rebut peluang itu sementara masih sempat?
mengapa kita tidak pernah menghargai dan bersyukur?
nanti bila masa itu tiba, dan peluang itu diragut, barulah kita meraung dan menjerit-jerit penuh penyesalan.
peluang itu mungkin cuma datang sekali.
sekali kita biarkan ia berlalu pergi, ia mungkin tidak akan pernah singgah kembali.
biarlah kita menghargai untuk rasa dihargai.
biarlah kita berharap untuk rasa diharapkan.
biarlah kita menyayangi untuk rasa disayangi.
jangan pernah memilih.
jangan pernah berkira.
sesungguhnya tangan yang memberi lebih bermakna dari tangan yang menerima.


p.s: sering mengingatkan diri sendiri untuk berbuat sesuatu tanpa mengharapkan balasan dan dont take things for granted wahai miss hanna.

p.s.s: Al-fatihah for the people I love and care. may you rest in peace and all the blessings upon you.

Sunday, August 1, 2010

sweetness..

You're so cute la miss.

YES, I KNOW I AM. THANK YOU..


hakhakhak..
Read more: http://www.pengerindu.com/2011/12/dapatkan-facebook-like-fanpage-popup.html#ixzz28HHMQhBs