Monday, October 31, 2011

Kill! Kill! Die! Die!

Rimas! Lemas! Tak suka! Kotor! Busuk! Selalunya inilah yang kita rasa bila melihat serangga kecil ni. Memang serangga ni tak mengacau tapi tapi ianya kotor dan boleh mendatangkan mudarat pada kesihatan kita. Boleh membawa penyakit. Okay siapa suka lipas sila angkat ketiak cepat!!!!



Tak suka! Tak suka! Selalunya kalau nampak lipas mesti rasa macam geli-geli. Jangan kan dalam rumah, kadang-kadang dalam kereta pun boleh ada lipas. Seriously tak tahu dari mana puncanya! Pernah sekali tu masuk satu kereta ni punya la banyak lipas siap beranak pinak banyak betul. Sana sini boleh nampak lipas-lipas dan anak lipas. Euww!!!

Macam mana nak halau lipas eh?


Petuanya senang je. Sekarang pergi cari daun pandan, yang warna hijau dan bau wangi tu. Ala yang kita guna untuk masak nasi lemak. Ambil dalam 2-3 helai daun pandan, carik-carikkan supaya bau dia lebih kuat. Lepas tu, ikat daun pandan tu secara gumpalan supaya jadi macam ni.


Lepas tu, boleh lah letak daun pandan tu kat tempat-tempat yang sesuai. Kalau dalam kereta tu, boleh lah letak kat bawah seat, dalam dashboard dan dalam bonet. Oh, nak buat macam potpori pon boleh. letak dalam kantung dan gantung kat dalam kereta. Bukan hanya boleh halau lipas, tapi boleh jugak wangikan kereta yang bau kepam tu. hehe..

Sunday, October 30, 2011

Oh Magnum!

Oppss! ini bukan tempat nak beli nombor ekor magnum tu. Bukan jugak tempat nak telek nombor. Salah! Salah!. Tapi ini tentang CINTA. Hahaha.. Pernah rasa bercinta tak? Tentunya indah-indah kan? Sampaikan kentut pun bau wangi.

Ini juga tentang rasa cinta. Sangat indah. Sangat lembut. Sangat membuai. Sangat mengkagumkan. Sangat mengasyikkan dan yang penting sangat lazatt yum yum!

Pernah makan tak eskrem Magnum? Sedap kan? So inilah cinta hati yang dimaksudkan. Memang sangat membuai perasaan. Kalau tengah-tengah stress, insyaAllah boleh rasa tenang buat sedetik dua. Yelah, lepas tu dah mengadap balik stressor  tu semula, sure la stress balik kan. Tapi takpe, kalau rasa nak tenang-tenang kejap dan menikmati kehidupan silalah jilat slurrp slurrpp Magnum puas-puas. hehe


Eskrem Magnum Almond memang best!


p.s. Bila makan magnum 2 kali dalam seminggu maksudnya memang tengah stress hokay!!! =)

Friday, October 28, 2011

Berat Belog Saya.

Yeay! Sudah timbang berat blog sendiri..Blog ni kite kene jaga jugak macam jaga badan walaupun secara realitinya badan sendiri pun tak terjaga..muahahaa..Blog kalau berat sangat sampai atas dari 100kb adalah kurang sihat dan akan menjadikan blog anda jadi lambat untuk browse.

Ini adalah berat belog yours truly sebelum tambah gadget ini.


kira sihat dan normal la kan sebab bawah 100kb.


Namun, langit tak selalunya cerah. Bila-bila masa saja berat blog ni akan naik. maka marilah kita diet sama-sama. Ayuh!!!




Ate moh le kite cek berat blog masing-masing..Jom klik sini penimbang berat!

Wednesday, October 26, 2011

The Kitchen Musical.

I just watched it just now and I find this new series is interesting and yummy. It makes me salivating. haha. I don't watch any musicals before but I am going to watch this one. Even though I can see amateur steps and kinda stiff movements and expressions yet they are delicious to be watched. And most importantly, Christian Bautista is too  scrumptious to be wasted off..hahaha..

It is a Pan Asian Musical television Series starring by Stephen Rahman Hughes as Alex Marcus (the executive chef), Karylle as Maddie Avilon (sous chef and The Avilon's owner's daughter), CHRISTIAN BAUTISTA as Daniel Ray ( Maddie's childhood friend as well as another sous chef), Rosemary Vandenbroucke as Selena Argon ( the sommelier of The Avilon) and other actors & actresses. The Kitchen Musical is a product of Singapore and to be watched all over Asia and Europe.




Let's watch the appetizer of The Kitchen Musical. hehe..


Hani's solemnization and reception ceremony.

So, last weekend was awesome for me!!! Managed to go Hani's solemnization and reception ceremony then later had ronggeng rokiah with dearest family. hehe. Memula sudah frustrated sangat sebab macam tak sempat nak rush ke kepong for the solemnization. Imagine I was from Kedah around 2pm, then headed back to Bote to pick up my little girls (note: they refer to my cousins) and my superhero which is my car. Hujan lebat sangat sehinggakan sampai Bote around 5ish pm, almost 6pm. Lepas tu rushing ke Ipoh to pick up my emak and kakak pulak. Right after maghrib baru lah gerak ke Kepong. Dengan hujan lebat sepanjang hari memang menyukarkan pemanduan. Dah give-up untuk sampai masa nikah sebab Hani nikah after Isyak. Sedih.

Tapi, takdir Allah siapa tahu. Bila dapat tahu Hani nikah lambat apalagi terus pecut even hujan lebat. Alhamdulillah sampai around 10pm dan masih hujan. Tinggalkan family dalam kereta then headed to her house. Elok-elok sampai, Hani selamat diijabkabulkan dengan Hatta.

I was so happy to meet dearest besties. Lama sangat dah tak jumpa. Without further due, let's look at the photos of the solemnization and reception ceremony before I go mad and babbling  rubbish..haha.



The solemnization.

 My jelitawans that I managed to meet that night. 
Sadly another jelitawan, Napisah wasn't there that night. 

 Some of the hantarans from both sides.

Before the reception ceremony started. 
Alhamdulillah we managed to meet up with Napisah this time around.


These were taken during the ceremony
upon the arrival of Mr. Bridegroom.

 My siblings and my cousin were attending the ceremony too.


Praying for our turns to come next. Haha.


p.s. Didn't manage to meet lotsa friends. huhu..

p.s.s. Next post will be on the ronggeng rokiah trip. hehe..

Friday, October 21, 2011

Down Memory Lane and Tribute to Hani

In another few hours, one of my besties is getting married. tik! tok! tik! tok! Oh excited nye! Eventhough sekarang masih di Kedah sebab konon bajet nak siapkan proposal nak hantar esok, tapi ape pun tak siap lagi sebab mood sudah terbang ke Kepong!!!! Tak sabar nak jumpa Cik jelita bride-to-be Ecah. Lepas ni no more cik, lepas ni puan/madam sudah.

Dear sahabat, esok pasti menjanjikan kelainan buatmu. Tanggungajawab pun makin besar, keluarga bertambah, banyak yang berubah. Semoga kehidupan berkahwin akan lebih membahagiakan, diberkati dan dirahmati selalu dear. Dah kawin bukan makna nya putus kawan dan letak kawan jauh-jauh kan, tapi lebih kepada memanjangkan lagi silaturrahim kan, insyaAllah. Semoga persahabatan kita kekal abadi. Amin.

And, here are some pictures as the tribute to you. miss you babe. and yes, you know i love you.





1. August 20, 2008. Babe, ingat tak waktu ni? Ni masa kita dok sibuk pindah dua tiga round ke rumah mr. pang. Pindah keluar dar rumah ***##*. Penuh giler kereta. Mak takde masa ni, dia kat OZ. 
Mak selalu escape, kan.haha.



2. September 09, 2009. Yang pulak masa kite pg sunway nak tengok cite Ugly Truth kot. 
Yang kene tahan dengan polis suspek bukan warganegara..haha..



3. July 11, 2009. Your Surprise birthday celebration kat KFC Federal. 
Almost frustrated sebab macam tak jadi. tapi Alhamdulillah plan went accordingly.



4. April 5, 2010. Ini antara momen-momen terakhir kita. The friendship that stays stronger since our first meeting masa pre-degree dulu. Then, kita teruskan lagi masa degree pulak walaupun banyak rintangan. more or less 6 years and still counting. Roommate, housemate, classmate, course mate, colleague,  bestest friend.


Selamat Pengantin Baru Dear Hani. Semoga dipermudahkan segala urusan. 
Kekal bahagia dan dirahmati selalu. 



Lotsa love,
Mummy Hanna. 
(nak bagi hint kat ko..haha)


p.s. pics 1 and 2 tu amek dari archive dolu-dolu. yang dah siap edit. tu pasai jadi macam tu..haha

Tuesday, October 18, 2011

Bayi dikelar, perut terburai.

Serius. Memang kita sedang mengalami krisis kemanusiaan yang sangat dasyat. Kita sibuk-sibuk mengenangkan budak 2 tahun yang digilis di China sedangkan di tempat sendiri pun kezaliman ke atas bayi/ kanak-kanak berleluasa. Kita dok sibuk memaki hamun drivers, motorists dan orang ramai tapi kita sendiri pun tak sedar salah  kita.

DI KELAR sebanyak 7 KALI bukan sedikit kesannya. Bayi tersebut pastinya sangat menderita kesakitan akibat diseksa sebegitu rupa. Terburai isi perut pulak tu. Insane!!!


“Polis yang tiba di tempat kejadian selepas menerima laporan, memeriksa mayat bayi itu dan menemui tujuh kesan kelar iaitu dua di bahagian belakang, dua di tangan, dan masing-masing satu di leher, rusuk serta perut,” katanya. Sementara itu, Pemangku Ketua Polis Daerah Betong, Asisten Superintendan Henry Nyuhai, yang mengesahkan kejadian itu berkata polis turut menemui sebilah pisau pemotong sayur dipercayai digunakan dalam kejadian itu."

selanjutnya..



p.s Takut memikirkan masa depan.

Monday, October 17, 2011

Budak 2 tahun di gilis

Okay now, parents please be extra careful in handling your kids. They are kids who like to wander around and love to play. They sometimes not even realized that they are jeopardizing their safety. Pelik kan, kadang-kadang ada je kanak-kanak yang bermain lari-lari sampai ke tengah jalan tapi tiada ibu bapa atau penjaga di sekitar.

Ada jugak nampak budak-budak yang berkeliaran sedangkan mak bapak sedang sibuk nak pilih baju seluar baru. Lepas tu anak dah nangis-nangis baru terhegeh-hegeh nak cari dan pujuk. Walaupun takda anak sendiri lagi tapi dah alah bisa tegal biasa tau dalam penjagaan kanak-kanak ni. Budak-budak ni bukan apa, kadang-kadang dorang just nak kan perhatiaan untuk rasa di sayangi.

Nanti jangan sampai anak dah hilang baru teriak menangis dan salahkan orang lain pulak. By the way, sebelum melalut lagi, sebenarnya nak kongsi cerita yang menyayat hati yang dihidangkan TV3 dalam Buletin Utama tadi. Kesian that little girl, takde siapa pun yang sudi membantu. Hopefully if this happened to us, somebody will helps us.

Updated:

Here's the video.



p.s. Parents, like I have mentioned earlier, please be extra careful. Drivers and motorists as well. Everybody too. take this as an eye opener.

Sunday, October 16, 2011

Kamu.

Hoi! hoi! hoi! Kamu, ye kamu..Patah Seribu Shila Amzah betul tau tak! Faham tak macam mana rasanya. Jangan pandai cakap je. Tolonglah selidik diri sendiri tu dulu. Kalau rasa nak orang faham kita, cubalah faham orang lain jugak.



Kamu kejam! kamu memang kejam! Kamu tahu tak!!!!

What's worth it.. Laid back weekend and Real Steel..

Salam,

See, I have been telling you guys that I am suffering from severe stress at the moment. I have been working and using a whole lot of my energy for the past few weeks non-stop. I slept late at nights thus it makes my body aches particularly in each part.

Since I am working in Kedah which its weekend falls on Friday and Saturday, I have spent a pretty good time for myself for the past two days. ALONE. hehe.. My body refused to do anySINGLEthing the whole weekend that I just can laid down and watch TV programmes the whole Friday. I was very lazy to go out. Thus I cooked a very simple dish for my lunch and dinner. I feel healthy!.haha


This is for my lunch. Orange Juice, Chicken-Mushroom Soup, Wholemeal Bread and Chicken Nuggets.


As for dinner, I had Chicken Porridge and Orange Juice

I was thinking to continue my work on Saturday evening since I have a ceremony for postgrad students to be attended in the morning. But then I just do not know what happened to me that suddenly my feet dragged to the Sunway Carnival. Weehooo! Finally I stepped my foot there and having my long-lost chicken soy sauce springy noodle from Noddle Station. I miss yuhhh nudel!!!

By the way, this picture was taken long long loooonnnggg time ago at Noodle Station SACC Mall, the place where my beloved sister, Mya Akmal, and I love to 'lepaks'.

Blame me, I know because supposedly I have to heading back home, unfortunately I spent (a lot of) time there. I decided to watch a movie which I long to watch. It's Real Steel. Big Applause pleaseee!!!! The movie is about robots boxing. The robots box instead of human as boxing has gone high tech. It has been a phenomenon to watch them box and cheer them up for more aggressive and destructive fights! I love this movie and I do not care if there are lots of bad reviews about this movie. As for me, it was very entertaining yet emotionally touched. It was good to see how the long lost father-son relationship develops. Family relationship is wonderful and the love is priceless. I almost shed a tear or did I? hehe.. Please go and watch then you can review or critic or what so ever. Sorry if it is not your cup of tea. =)

                                                                                              source


Okay, so now I have to be responsible for all the things I have done and the pleasure I have been enjoying. I have to really work my lazy ass off for another couple of weeks. Lots of works/assignments/presentations/papers/events/loves to attend to..huhuhu..pray hard for myself. May Allah bless us all. Have a nice Sunday everyone!!!

Thursday, October 13, 2011

Stress itu Seksa

Okay saya sedang sangat stress sampai jadi tak tahu nak buat ape. Bila banyak sangat benda nak kene handle, jadi sangat tertekan langsung mengakibat satu defence mechanism yang menolak semua kerja-kerja itu. Dalam hati tak ketahuan, dalam minda nak langsaikan semua tapi physically nya tak terbuat. Langsung membuat entri baru. Apakah??

Mohon agar semuanya dipercepatkan dan dipermudah. Everybody is pulling out from it. And I have to be focused to get over it soon. Permudahkanlah!!!

Monday, October 10, 2011

Sakit Bontot.

Bontot juga adalah sama maksud dengan punggung, punkoq serta ada lagi beberapa perkataan yang memberi maksud yang sama.

Okay ini bukan entri lucah. Sila cepat-cepat tutup tab kalau itu niat anda melangkah ke dalam entri ini. hehe. Harapan hanya akan tinggal harapan sahaja kerana apa yang anda cari tiada di sini. Maaf.

Tapi ini entri untuk distract diri buat beberapa ketika. hehe. Pernah tak korang rasa sakit bontot atau mungkin juga lenguh-lenguh sebab duduk terlalu lama. Okay jangan jadi bias. Bukan orang kurus je yang akan merasai perasaan ini tau! Orang yang gempal, bersaiz sederhana, chubby or berisi pun tidak lepas dari pengalaman ini. Betul, percaya lah!!!

Kalau rasa sakit/lenguh sebab terlalu lama duduk dan fokus buat kerja jadi mari kita bangun dan melakukan sedikit regangan. Let's Jom, Ayuhhh!!! Jangan duduk lama-lama sebab nanti peredaran darah tidak lancar dan akan menjadikan kita mengantuk dan malas. Maka jangan jadikan nasi lemak or apa-apa nasi sebab alasan okay. Dah! Dah! tak reti-reti ke nak bangunnnnnn!!!!!!



So bila bosan dan sakit bontot, maka inilah hasilnya. Capturing pictures time uols!!! Go get your camera and snap snap! By the way, ini adalah panorama dari dalam bilik ofisku sorgaku la sangat!..

Alang-alang kepalang cakap pasal bontot, mari kita sahut kempen WIR (Wear It Right): Say What? Cover the butt by Sue Anna Joe. This is the second campaign. The first one is WIR: Covering the chest is the best! Kedua-dua kempen ini sangat lah bertetapan dengan tuntutan sebagai seorang Muslimat. Mari cepat join kempen sama-sama!!


Apa tunggu lagi, cabar diri anda sekarang!!!


updated: beberapa ketika selepas gambar diambil, hujan lebat telah turun mencurah-curah membasahi bumi. Alhamdulillah, rahmat!

Saturday, October 8, 2011

Bayi 23 hari diliwat bapa

Apalah nak jadi sekarang ni. Bayi sekecil 23 hari pun sanggup dijadikan mangsa untuk melampiaskan nafsu syahwat seorang bapa. Sampai hati si bapa melihat anaknya menangis menderita demi untuk kepentingan diri. Anaknya sendiri hasil dari hubungan dengan isteri. Logik tak logik engkau dah tahu bini tu baru lepas bersalin anak engkau jugak, yang engkau paksa-paksa puaskan nafsu engkau kenapa? lepas tu bila kene reject, engkau lepaskan pada anak engkau! Cukup akalkah?

Takut kan dengan fenomena hari ini. Macam-macam boleh jadi. barulah impossible is nothing (NOT!).. Semoga engkau terima balasan yang setimpal atas perbuatan terkutuk tu!






newborn baby portrait


Sanggupkah anda melihat bayi secomel ini di seksa??? Tak sanggup kan? Comel sangat newborn babies. Bau baby pun sangat wangi kan. 

Mahu liwat  lihat gambar babies yang comel lagi tak?? mari! mari!



dan banyak lagiiiiiiii~

Enjoy!

Aku Maafkan Kamu

Salam semua, semoga semua berada dalam rahmat Allah insyaAllah. Rasa macam formal pulak ye entri kali ni. Tapi jangan risau entri ini tiada tujuan formal pun. Okay, this entry is dedicated especially to Puan Napisah. Thank you for your support. But you know, being me is not easy (ayat tak nak kalah kan..haha)..So busy memanjang tapi atas permintaan puan yang sangat jelita, terimalah penempelan entri baru ni!!! hehe

By the way, memaafkan tidak pernah senang kan? Mungkin senang diluahkan dengan kata tapi pasti akan terkesan di hati hatta (betul tak penggunaan ni?) sebesar zarah. Kalau tak mana nak dapat kata-kata orang yang "Forgiven but not Forgetten".. Bukan! bukan saya pendendam mahupun berdendam tapi hanya perlukan masa. Tak salah kan??

Takpelah, abaikan saja nanti-nanti okay la tu. Jom dengar lagu ni. Single baru Malique Feat. Jamal Abdillah. suke! suke!





Aku maafkan kamu
Tak perlu kita bertemu
Cukup kau tahu
Yang aku
Maafkan kamu
Tolong teruskan hidup
Jangan sebut namaku



Nanti kita pergi makan kek kat Secret Recipe nak?? Siapa mahu teman? Oh ni gambar yang masih panas lagi. Semalam punya gambar. Orang nya pon "panas" sangat! haha


p.s. perasan je ada orang nak sebut nama kan!

p.s.s. Napisah, jom makan secret nanti.

p.s.s.s. Cik Mya jom temankan lagi puhlisss...

Nota kakitangan: EH baru perasan hari tu suka lagu Pompa Bensin 'Jangan Lupa Namaku' dan sekarang suka lagu Malique Feat. Jamal Abdillah yang emphasize "jangan sebut namaku"..sangat contradict kan? rasa macam ada split personality pulak.. Bukti? buktinya tadi bajet nak buat entri pendek je, tapi ni dah banyak melalut..haha..ampun! ampun!
Read more: http://www.pengerindu.com/2011/12/dapatkan-facebook-like-fanpage-popup.html#ixzz28HHMQhBs