Tuesday, November 29, 2011

Jahanam!

Received an email that makes me heart wrenching. I feel scared!!! Thus, let's share some here. Please correct me if im wrong!






Dari Hadith Qudsi: Bagaimana kamu masih boleh melakukan maksiat sedangkan kamu tak dapat bertahan dengan panasnya terik matahari Ku.

Tahukah kamu bahawa neraka jahanamKu itu:

1. Neraka Jahanam itu mempunyai 7 tingkat

2. Setiap tingkat mempunyai 70,000 daerah

3. Setiap daerah mempunyai 70,000 kampung

4. Setiap kampung mempunyai 70,000 rumah

5. Setiap rumah mempunyai 70,000 bilik

6. Setiap bilik mempunyai 70,000 kotak

7. Setiap kotak mempunyai 70,000 batang pokok zarqum

8. Di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 ekor
ular

9. Di dalam mulut setiap ular yang panjang 70 hasta
mengandungi lautan racun yang hitam pekat.

10. Juga di bawah setiap pokok zarqum mempunyai
70,000 rantai

11. Setiap rantai diseret oleh 70,000 malaikat


Mudah-mudahan ini dapat menimbulkan keinsafan kepada kita semua......Wallahua'lam.

Thursday, November 24, 2011

Masih Ada Cinta



Angin lalu
Kirimkan lah
Beritanya
Oh di sana
Di hatiku
Masih ada cinta
Kembalilah kekasih ku… sayang
Ku rindu...


Siapa ingat lirik ni? ha nilah lirik lagu Masih Ada Cinta nyanyian kumpulan ATo Z.. Lagu ni paling femes masa filem Gemerlapan dulu.. Woot Woootttt mase tu memang tangkap cinta cintun la dengan lagu ni (dengan ahli ATo Z pun ye jugak..haha) Tapi siyes  masa tu memang tangkap leleh la dengar lagu ni. Suke!

Malam-malam kene buat esaimen lagi. Badan dah makin kurang antibodi. Sudah sakit-sakit terima tekanan. hati runsing. Jiwa lara. Jadi sangat emosional sejak menjak ni. Oh rindu kudikkkkk~


p.s. Jom ayuh lekas mari buat ASSignment!

Tuesday, November 22, 2011

AUMMMMMMM! HARIMAU MALAYA!

ehsan dari MalaysiaKini

Mendebarkan! Menggerunkn! Tekanan!
Alhamdulillah! Tahniah Harimau Malaya kerana berjaya mengekalkan pingat emas bolasepak Sukan Sea 2 kali berturut. Yang jarang sangat berlaku. Tapi anda berjaya buktikan semangat Malaysia Boleh!

Dua kali mengalahkan Indonesia di gelanggang mereka sendiri dan dihadapan ribuan penyokong mereka. Pastinya amat meninggalkan kesan mendalam. Jadi jangan takbur, jangan riak! Kekalkan kecemerlangan, tingkatkan usaha, insyaAllah kita boleh pergi jauh lagi dari ini.

Berbaloi rasa mengikuti setiap perlawanan Harimau Malaya. Tahniah!

Pagi ni rasa nak nangis dengar lagu semangat Harimau Malaya.
Over kan!!! haha.

Monday, November 21, 2011

Burik Ayam

Kebelakangan ini saya mendapati saya merupakan seorang yang banyak bercakap. Selama hari ni saya rasa saya seorang yang pendiam lagi berat mulut serta berat badan itu sudah pasti. Ye pendek kata saya seorang yang sopan santun (la sangat!).

Tapi mungkin kerana desakan hidup yang semakin mencabar hati nurani jantung pisang tanduk, jadi bila sahaja ada peluang untuk bercakap maka akan terkeluar rantaian kata-kata secara terus dan tanpa henti. Pot Pet Pot Pet macam Mak Jemah (bukan nama sebenar) mengumpat petang-petang.

Sampai kadang-kadang jatuh cinta kesian kepada yang terpaksa melayan saya bercakap. Sebab kene dengat cerita satu-satu dari A sampai Z.

Menjengkelkan sangat!


 Gambar sekadar hiasan. Ihsan dari Incik Google.



Sekian laporan penuh dari JIWA dan LARA yang sunyi..


Okay everyone! Have a nice day!!

Thursday, November 17, 2011

It is our choice to be happy

I came across this email and was whoa-ed by its content... here let me share some of the contents with you guys.


These are simple steps/guidelines for us to be happy: 


1. Free your heart from hate
2. Free  your mind from worry.
3. Live simple.
4. Give more
5. Expect less.


Let's (at least) practice some of it. May Allah bless us all.


updated: i miss everybodyyyyyy!!! T-T

Wednesday, November 16, 2011

Half deaf

I am currently on MC. Not feeling well and on top of that a pile of assignments (and late due) waiting to be done. Do not have the courage to sit and do those monsters yet. Or I am going to be depressed and stressed again. Oh great! due to stress, I am having high fever at the moment. And on Monday I had this kind of shivering and shaking all over me. I had to rush to the kitchen and made myself a cup of hot milo.

While I prepared my drink, I had to quickly eat anything I could reach near me. I ate some breads, biscuits and raw milo as well. Luckily after I consumed those food and drink. my body reacted as normal and under control. No more shivering or shaking. However, I noticed that something is not right with my left ear. It feels like I am at higher place like mountains or hills. I feel like something is covering or stopping my hearing. Or there is something that clog my ear. Thus I tried to clean my ear with cotton bud but nothing could be found as I will always make sure my ears clean.

So I decided to wait and and let it for one day but nothing's changed so, again, yesterday I went to my panel clinic as I am afraid that thus is the effect of the meds that I had from the other clinic I had for my fever. After the doctor took a look at my ear condition, she told me that my left inner ear  is too red and there's inflammation. She told me that it's kinda VERTIGO and that's why I suffered form dizziness and pain around my head and eyes. The friendly doctor also told me that it takes almost two weeks for me to get my hearing back. And as for the mean time I am not allowed to clean my ear.

So currently I am half deaf due to that sickness. And next week is going to be the start of new semester, isn't that greatttt!!! Homaiiiii!!!!!

By the way, please pray for my health and thanks in advance y'alls.

Wednesday, November 2, 2011

Lelaki Seperti Aku by Alif Satar

Seriously I am super duper stress at the moment. Dah berhari-hari kurang tidur. Dan semalam hanya mampu tidur selama 30 minit. Ni semua research punya pasal. Dan esok kene present full paper. Tapi banyakkkkkk giler tak baca and cover lagi. Data pun berterabur lagi.

Stress! Stress! Stress!

Tapi thanks to my sis Mya sebab bagi link lagu Lelaki Gadis Seperti Aku version Shila Amzah kat fb td. Terus sepantas kilat bukak youtube cari Alif Satar Lelaki Seperti Aku. Call me cheesy ke ape I don't mind but I love this song.

Tetibe rasa airmata menitis. Dan pada masa yang sama dok sengih memanjang tengok video tu sebab comel sangat. Hilang stress sekejap!! huhu.

Jom layannn!

Budak Manja




R I N D U ! ! !

Tuesday, November 1, 2011

Kopak Pintu

Alkisah hari ini, tadi menumpang bilik ofis seorang kawan namanya Kak Ima sebab kononnya nak fokus buat research dan senang nak tanya-tanya la konon. Maka balik dari breakfast, terus laju menuju ke bilik Kak Ima. Kebetulan Kak Ima ada meeting, jadi ditinggalkan kunci biliknya di dalam bilik takut saya perlu keluar ke mana-mana. Tiba-tiba perut memulas dan dengan pantas dan efisien berlari anak ke tandas. Kunci Kak Ima di bawa bersama. Nak dijadikan cerita, balik dari tandas dengan semangat nak buat research, terus masukan anak kunci dalam tombol pintu dan pulas.

"Eh kenapa senang sangat ni"

Tup tup rupanya anak kunci tu patah dan tertinggal di dalam tombol pintu. Patutlah senang sangat nak pulas. Tahniah la kan sebab segala barang termasuk laptop, buku, handphones, air, handbag semua dalam bilik Kak Ima. Terus gelabah ayam dan berlari ke bilik sendiri di tingkat atas. Menelefon teman sebelah bilik untuk meminta bantuan bukak pintu guna kad. Tapi dah try banyak kali sampai give up terus telefon fasiliti.

Boleh tak boleh technician tu gelak je bila dengar aduan. Ish! Malu okay. Dah la suara pun ketar-ketar takut kene marah dengan Kak Ima. Huhu. Tunggu punya tunggu sampai ramai betul kat depan bilik macam pesta dekat 30minit tak sampai sampai lagi. Kene call 3 kali baru terpacak muncul technician depan bilik. Memang research ke laut la kan. 

Ni la dia kunci yang patah tu. Kunci tu nampak memang macam dah usang kan? worn out sangat. Sebab tu la patah (defensive konon bukan salah sendiri..hehe)


Okay namppak tak sebahagian lagi kunci yang tertinggal dalam tombol pintu tu?? huhuhu




yeay!!! Mr. My-Saviour-Technician  akhirnya muncul dan menyelamatkan keadaan.

Okay! Ni lah hasilnya tombol pintu yang telah dikopak. Lama jugak nak buat ni. Kesian berpeluh-peluh  Mr. My-Saviour-Technician.

Taaaddaaaa!!! Inilah hasilnya setelah hampir setengah jam berhempas pulas. Dapat tombol pintu baru yang handsome bergaya plus satu set anak kunci baru yang bergemerlapan woot woot!


Penuh adventure betul pengalaman hari ni. Dalam pukul 12 tengahari baru dapat masuk bilik dah mula mengadap research yang terbengkalai tadi (kononnya la.) haha. By the way, ni sebenarnya pengalaman kali kedua anak kunci patah masa buka pintu. Yang first time dulu masa kat rumah my sis Mya di Shah Alam. Masa tu tengah sedap nyanyi lagu dangdut Selangit selangittt selangiiitttttttt~ pak patah kunci huhuhu..

Anyway, Alhamdulillah semua selamat dan kak Ima tak mengamuk walaupun dah senseng lengan baju jugak la tadi.. hehe
Read more: http://www.pengerindu.com/2011/12/dapatkan-facebook-like-fanpage-popup.html#ixzz28HHMQhBs