Luka-luka dan penuh darah.
Bukan senang mahu menang.
Payah sungguh mempertahankan.
Letih berlari mahu bertatih.
Mengalir-ngalir airmata terasa di hati.
Ini perang bukan sebarang perang.
Tempur dengan bukan sebarang musuh.
Medan perang di dasar hati.
Bersenjatakan akal dan jiwa sebati.
Kalau menang tiada trofi.
Kalah pun tidak menjamin erti.
Sekali termasuk, selamanya derita.
Pandai buat, pandai tanggung.
p.s: sedang berbolak-balik, mencari erti, berlawan rasa, mengerti logik!
No comments:
Post a Comment
beautiful mind + beautiful soul = beautiful you