Thursday, January 20, 2011

lelaki tidak tahu tanggungjawab?

Betul ke? atau ianya cuma tuduhan semata-mata. Bukan semua lelaki tidak bertanggungjawab, itu kita perlu faham dan semat dalam minda.Cuma bak kata pepatah kerana nila setitik rosak susu sebelanga. Kerana segelintir mereka, habis satu kaum orang perkatakan. Lelaki sepatutnya seorang yang memimpin, seorang yang mendidik dan membentuk sesebuah keluarga. Maka kalau pincang ketuanya, bergoyahlah sesebuah institusi.

Cuba kita lihat sekelililing, ada lelaki yang meletakkan sepenuhnya tanggungjawab di pundak sang isteri. Si isteri lah yang bekerja, si isteri juga yang membayar segala bil utiliti seperti air, elektrik, telefon, sekolah anak-anak, internet dan kalau ada astro pon isteri jugak yang bayarkan. Si isteri yang bekerja jugalah yang menguruskan rumah tangga. Makan pakai anak, sekolah agama dan sekolah kebangsaan. Habis, di mana kedudukan sang suami? goyang kaki dan menyalahkan takdir? 

Ada juga lelaki yang tak tahu nak cari duit dan mengharapkan dari orang lain. Kalau kita berada di satu tahap, kita kene tahu di mana kemampuan kita. Bezakan antara kemahuan dan kehendak. Bukan semberono membeli dan memiliki segala yang dimahukan. Kemudian, bila sudah kekeringan mulalah meminta dari ibu bapa atau kawan-kawan. Sampai bila mahu begitu? Lagi parah kalau sudah berkahwin dimana tugas dan segala tanggungjawab harus dipikul sendiri. Di mana integriti anda kalau anda masih meminta jasa ibu bapa untuk menampung kehidupan? Sepatutnya inilah masa anda membahagiakan mereka. Anda sedarkah?

Bila keadaan meruncing, mula lah mencari sesiapa untuk dipinjam wang. Anda sedarkah bahawa anda perlu bangkit dan tunjukan kejantanan anda dengan kemampuan sendiri dan bukan hanya berpaut dan bergantung sahaja. 

Kalau pun anda mampu dari segi kewangan, ada pula yang tidak tahu tanggungjawab dalam segi lain. Bagi yang sudah berkahwin, jangan ingat anda boleh lepaskan segala tanggungjawab pada sang isteri. Bantu mereka, give and take. Ini tidak, semua kerja rumah isteri buat, isteri jugak kerja cari duit. Pandai bina masjid, pandai lah bertanggungjawab!

Kalau anda rasa entri ini bias sebab datang dari tulisan seorang perempuan, anda boleh cuba baca tulisan seorang lelaki berkenaan ini. Kemudian anda tepuk dada, tanya minda.

JADILAH ANAK JANTAN oleh Norden Mohamed.






No comments:

Post a Comment

beautiful mind + beautiful soul = beautiful you

Read more: http://www.pengerindu.com/2011/12/dapatkan-facebook-like-fanpage-popup.html#ixzz28HHMQhBs