Monday, February 21, 2011

akal dan hati.

Dua entiti yang sering bertelagah sesama sendiri. Hati berkeinginan tapi Akal menafikan. Seringkali Akal dan Hati tewas dalam perlawanan yang diciptakan oleh mereka sendiri. Ada masa Hati akan bersorak kemenangan dan Akal akan tewas penuh hormat. Namun ada masa pula Hati jatuh tersungkur dan Akal menghulurkan salam pertolongan. Dua entiti ini saling akrab dan tidak pernah meninggalkan satu dan yang lain.

Cuma manusia ini mudah lupa. Pengalaman yang harusnya dijadikan sempadan terus ditinggalkan tak dipeduli. Jenuh Akal mengingatkan, jenuh pula Hati memujuk. Namun semua itu ditutup tidak dipandang. Lantas kesakitan menerjah semula. Kalau ikut hati, mati kata Akal. Tapi Hati tak pernah mahu beralah.

Lantas merana lah diri menerima kesakitan demi kesakitan yang tidak pernah jemu datang bertandang. Kalau boleh dilihat dengan mata kasar, pasti sudah banyak lubang-lubang dan compang camping si Hati menanggung dan menyimpan rasa.

Pernah kehilangan 2 figura penting dan akan kehilangan figura penting sekali lagi. berat sungguh rasa.

No comments:

Post a Comment

beautiful mind + beautiful soul = beautiful you

Read more: http://www.pengerindu.com/2011/12/dapatkan-facebook-like-fanpage-popup.html#ixzz28HHMQhBs