Showing posts with label segmen. Show all posts
Showing posts with label segmen. Show all posts

Tuesday, October 9, 2012

Segmen Mialiana.com - Mari Berpantun


Semangat tau Hanna nak join segmen ni. Siap dah karang awal-awal lagi tapi sebab sangat sibuk dengan komitmen bekerja, maka baru hari ni Hanna dapat post entry. Tak tahulah sempat lagi ke tak. Harap-harap sempat la. hehe

Bukan apa, Hanna memang suka pantun-pantun ni. Masa zaman muda-mudi dulu, Hanna pernah menang pantun Anti Dadah hokai. Tapi itu duluuuuuuuuuuuuuuuuu punya cerita. Now segala skills semua sudah berkarat tumpul etc. Harap-harap Cik Mia sudi nak baca pantun yang Hanna beli.. ewahhhh eh ehhh! 




Malam-malam pergi kedai nyonya
Kedai jauh naik kereta Waja
Andai Mia ingin bertanya
Apakah nama panggilan manja

Pergi kedai naik kereta Waja
Berwarna hitam gagah perkasa
Nama diberi panjang berjela
Kalau nak manja panggil Hanna pun boleh saja

Kepala pening berpinar-pinar
Penat sungguh berlatih yoga
Jangan malu jawablah benar
Adakah bujang atau berkeluarga

Pekena teh ais lepas beryoga
Hilang pening sihat bertenaga
Kalau malu-malu kucing macam mana
Hanna single belum bekeluarga

Langit cerah indah warnanya
Ambil gambar rasa teruja
Ingin juga tahu statusnya
Sedang belajr atau bekerja

Langit yang indah cantik warnanya
Gambar diambil buat tatapan
Kalau nak tahu apa statusnya
Sudah bekerja menanggung beban

Buat kopi pekat-pekat
Makan roti dengan tuna,
Adakah jauh adakah dekat 
Tinggalnya di negeri mana

Kopi pekat lemak berkrim enak rasanya
Menjadi kegemaran muda mudi
Asal Hanna dari Bandaraya Bougainvillea 
Namun mencari rezeki di Jelapang Padi.


Jom la join sekali! hehe

Wednesday, September 19, 2012

Jom Tingkatkan Followers Sampai Lebam


Dah lama Hanna tak join Segmen. Last haritu join Jom Join Bloglist hasrulhassan.com. Eh lama apenya, itu baru 14 hari lepas. Maksudnya baru 2 minggu lepas je Hanna join segmen. ahaha. Tapi takpa, apalah salahnya kalau nak join lagi kan. Dapat menambahkan kenalan dan merapatkan ukhwah betul tak!!

Okay apa lagi jom la join segmen ni pulak. Jom Tingkatkan Followers Sampai Lebam. Hanna tau pasal ni pun dari Cik Mya. Bersungguh-sungguh Cik Mya ingatkan untuk Hanna join. Thank you sweetheart! 





Followers: 164

Thursday, September 6, 2012

Jom Join Bloglist hasrulhassan.com

Okay sesiapa rasa nak masuk dalam 200 list HASRULHASSAN.COM boleh la join segmen ni. Senang sangat cara nak join. Sangat mudah bak kata orang putih yang selalu Cik Mya kita sebut-sebut "like peanut" je..Dapat tahu segmen ni pun dari Dkna. Thanks Dkna tau!!!

Yang penting kalau nak disenaraikan hanya perlu buat seperti dibawah:



As-Salam. Blog www.hasrulhassan.com membuka peluang untuk mana-mana blog untuk disenaraikan dalam ruangan bloglist terhad 200 blog terawal. Terbuka buat semua jenis blog, tak kira blog politik, blog agama, blog personal, blog informasi - asalkan ia tidak melanggar batas agama dan sosial serta undang-undang yang termaktub di dalam perlembagaan.
Untuk disenaraikan, apa yang perlu anda lakukan adalah 2 perkara:

  1. Buat satu entri yang merujuk kepada blog ini
 - anda boleh tulis apa sahaja, samada pandangan, nak review, nak bagi pujian, nak promo tentang bloglist ini atau apa sahaja, asalkan terdapat backlink ke blog ini.
  1. Masukkan blog ini dalam bloglist  anda juga.

Sumber Asal: Bloglist HASRULHASSAN.COM | 200 Blog Terawal Sahaja! http://www.hasrulhassan.com/2012/09/bloglist-hasrulhassancom-200-blog.html#ixzz25gH2OxoM

Under Creative Commons License: Attribution Share Alike
Follow us: @hasrulhassan on Twitter | bloghasrulhassan on Facebook


Apa tunggu lagi!!! Jom join sekarang! Terhad hanya untuk 200 blog terawal. Jumpa disanaaaaa!

KLik! KLik!

Bloglist HASRULHASSAN.COM | 200 Blog Terawal Sahaja!



Read more: http://www.pengerindu.com/2011/12/dapatkan-facebook-like-fanpage-popup.html#ixzz28HHMQhBs