Sunday, April 26, 2009

jodoh pertemuan itu ditangan Tuhan...

salam...sebelum memulakan entri ini, saya dengan rasa rendah diri dan rendah hati memohon maaf andai ada yang tersilap kata mahupun terlepas budi bicara...sesungguhnya saya masih kurang ilmu dan masih mencari-cari ilmu...namun, saya amat berminat untuk berkongsi pendapat mengenai hal ini...bila bercakap soal hati mahupun soal jodoh, pasti akan ade sedikit perasaan yang terkuis...sudah fitrah kita agaknya bila melihat orang lebih sedikit dari kita, mulalah perasaan cemburu pon hadir...apatah lagi bila membicarakan soal cinta dan jodoh...bagi yang tidak mempunyai pasangan lagi, melihat kawan-kawan mempunyai teman untuk berkongsi masalah, mula lah kita menyimpan rase, menjeruk hati...namun, bagi mereka yang telah mempunyai pasangan, saat-saat indah memang dunia ini kalian yang punya, tetapi pabila hubungan diserang todak, yang indah-indah tadi bertukar cerita ngeri pula...sampaikan terkeluar kalam pujangga mengingatkan mereka yang belum menceburkan diri dalam dunia khayalan ini agar pergi jauh-jauh untuk lebih menikmati hidup...hakikatnya, fitrah kita hidup berpasang-pasangan...kita tidak akan mungkin mampu untuk menjalani liku-liku hidup ini sendirian...ya, kita punya keluarga, kita punya teman, namun kadang-kadang ada perkara yang tak mampu kita luahkan kepada keluarga mahupun atas beberapa sebab antaranya menjaga hati atau sebagainya...maka pasangan kita lah yang menjadi mangsa luahan hati dan menjadi kaunselor tidak bertauliah kita...persoalannya mungkin lebih berat buat mereka yang belum bertemu jodoh lagi:
  1. perlukah kita menunggu atau mencari jodoh???
  2. siapa yang perlu mencari dan siapa yang perlu menunggu???lelaki atau perempuan???

p/s: pendapat serta ulasan saya akan di postkan di entri seterusnya, oke...tq...

11 comments:

  1. uhh sy suke kaler tulisan ini. pepel. sweet.

    uih ngapa kamo? tetibe mengutara persoalan dan memperbincang isu sebegini? apa terjadi?

    sy tidak ada komen. sb borang2 yg sy edarkan lum ada yg isi lg. isk ;'(

    ReplyDelete
  2. motip bersiaran macam wanita hari ini!!??

    ReplyDelete
  3. dear sis...font kaler pepel sengaja dipilih kerna kamu mengatakan bhwa kaler ini kaler romantik...hahah

    tetibe rase mcm mahu membicarakan soal hati...mungkin kerna hati dilukai..ececeh..

    btw, jika kmu mengedarkn borg, makenye kamu sedang berusaha,tidak hya menunggu...am i rite?

    ReplyDelete
  4. misterTAJ: salam dan selamat datang...hehe...dapat jua menjejaki teratak usangku di alam maya eh...

    motif??kerna mahu membicarakan soal hati, mungkin..

    ReplyDelete
  5. misterTAJ: salam dan selamat datang...hehe...dapat jua menjejaki teratak usangku di alam maya eh...

    motif??kerna mahu membicarakan soal hati, mungkin..

    ReplyDelete
  6. saya rasa sudah fitrah manusia, bila perasaan tidak tenteram – marah, sedih, kecewa, dll – kata2 yang dilahirkan bukan dari pemikiran tapi lahir dari perasaan. Berkata2 tanpa berfikir terlebih dahulu inilah yang selalunya merosakkan hubungan sesama manusia. Saya harap kita tak mudah terpengaruh dengan luahan hati mereka ini tapi menilai dari sudut yang positif.

    Fitrah manusia perlu pasangan tidak dapat disangkal lagi namun bagi saya, pasangan bukan mangsa luahan hati dan kaunselor tetapi mereka teman disisi kita; untuk bersama ketika susah dan senang.

    Tentang mencari atau bertemu jodoh pula, ini perkara yang sudah lama diperkatakan orang. Namun contoh terbaik, Saidatina Khadijah r.a menghantar rombongan merisik Rasulullah s.a.w sudah cukup untuk menunjukkan tiada salahnya perempuan memulakan langkah. Perigi mencari timba, bukan peribahasa sesuai untuk soal mencari jodoh.

    Ini adalah pemikiran untuk saya kongsikan. Semoga sudi menerima :)

    ReplyDelete
  7. haha. tp borg x laku. kihkih ;p

    ReplyDelete
  8. thank you sebab link kan blog saya. boleh saya tahu siapa ni? =)

    ReplyDelete
  9. hmm saya suka entri anda kali ini. cukup menyentuh hati ini. (mungkin kerana saya sedang bersedih) tp xpe..huhuhu

    saya rasa soal laki atau perempuan tidak timbul.yg pasti, cinta itu tidak menuding jari kepada siapa atau mengapa.. yang ada cuma rasa cinta dan kasih..

    insyaAllah, bila dah sampai masanya kita akan tahu apa maksudnya cinta.adakah untuk meluah rasa atau menyemai sayang..

    hmm, ok x komen saya?

    ReplyDelete
  10. hallo saya lg..

    terima kasih atas doa anda. saya juga akan doakan anda agar dpat menjejakkan kaki ke sana ye..

    saya jua doakan anda mendapat pacar yg ensem dan baik bangat ya..

    hehhe

    ReplyDelete
  11. oh gosh...tersipu2 aq dgn entri nih..lebih2 lagi bile bace komen napisah & cik farhana..sgt berhemah(d'cni je la..hahaha)...

    hanna,sama2lah kita menunggu yg xsampai2..huhuhu
    c u during the seminar babe!!
    xoxoxo

    ReplyDelete

beautiful mind + beautiful soul = beautiful you

Read more: http://www.pengerindu.com/2011/12/dapatkan-facebook-like-fanpage-popup.html#ixzz28HHMQhBs