About Me

Salam dan Hai.

My name is Hanna. But there are friends call me Mafar as well. I don't mind as both are equally my name as well. I am the blog owner.


Sebenarnya Bare Essence dah lama wujud. Sejak dari Oktober 2008. Cumanya sebelum ini, ianya lebih banyak menyentuh tentang rasa hati, kehidupan peribadi dan apa-apa sahaja yang dekat di hati. Bare Essence telah menjadi teman rapat yang sentiasa ada di sisi untuk dicurahkan segala rasa baik yang dukacita mahupun saat-saat gembira.


Selalunya bila terasa yang tiada seorang kawan pun mengerti, Bare Essence tempat mengadu. Begitulah sejak 2008. Di sinilah tempatnya jatuh bangun dari zaman 'budak-budak baru nak up' (BBNU) sampailah sekarang. Jadi akan ada entry yang sound cheesy euwwww, poyos giler, bajet bagus, tak sedar diri dan juga syokkk sendiri. Proses kehidupan yang telah berlalu, sedang berlalu dan akan berlalu. InsyaAllah.


Maaf juga kerana tidak delete atau remove entri yang lepas yang tak berapa nak matang sebab rasa sayang sangat. Itulah evidence kejadian yang telah Hanna lalui sepanjang proses menjadi dewasa, matang. hehehe. InsyaAllah lepas-lepas ni entri akan lebih matang dan tidak terlalu emosi.


Dan kalau perasan, Bare Essence juga tidak sepenuhnya dalam Bahasa Malaysia yakni bahasa kebangsaan kita. Banyak juga entry yang menggunakan Bahasa Inggeris kerana Hanna percaya kita memerlukan kedua bahasa itu. Bahasa Malaysia sebagai bahasa rasmi dan Bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua. Jadi jika ada tatabahasa ataupun grammar yang salah penggunaannya, Hanna mohon ampun maaf.


Akhir sekali, jikalau rasa macam tak best, awak-awak semua boleh unfollow Bare Essence bila-bila masa. Hanna tak ambil hati dan tak kan paksa awak untuk stay. Mohon maaf kerna mungkin telah menyakitkan hati awak. Tinggalkanlah komen kalau rasa Hanna over sangat dan perlukan teguran, Hanna dahului dengan Thanks!


Nothing's special about me. But that makes me special.


Have a nice day everyone!!!

September 2012.

No comments:

Post a Comment

beautiful mind + beautiful soul = beautiful you

Read more: http://www.pengerindu.com/2011/12/dapatkan-facebook-like-fanpage-popup.html#ixzz28HHMQhBs