Saturday, June 6, 2009

sendiri...

sudah agak lame tidak menjejak jari disini...entry jodoh-2 juga msh belum berkesempatan untuk diteruskan...hidup ku terlalu sibuk dengan pelbagai agenda lain yang lebih menuntut perhatian dariku..

setelah seminggu melalui pre practicum, pelbagai perasaan bercampur baur...aku masih kurang yakin untuk menempuh alam practikal nti...bukan senang mahu mendidik anak bangsa, bukan senang mahu menanam perasaan cinta mereka terhadap pelajaran...mampukah aku membimbing mereka sedangkan aku juga masih perlukan bimbingan...

dihantar ke sekolah lelaki membuatkan aku bertambah berdebar...tidak tahu apa yang perlu aku harapkan...pengalaman juga masih belum cukup...jika aku dihantar ke sekolah perempuan atau pun sekolah bercampur jantina,tidaklah aku terlalu risau kerna aku juga pernah melalui zaman2 itu..tapi, untuk mengajar pelajar yang semuanya lelaki menjadikan aku sedikit gentar..bukan aku katakan aku telah mengalah sebelum berjuang, namun ia sedikit sebanyak mempengaruhi tahap emosi ku saat ini...

diambah pula dengan tanggungjawab sebagai 'school representative' (SR), membuatkan aku bertambah kusut...bagaimana harus aku menguruskan anak2 buahku...aku tahu aku perlu bersyukur kerna aku hanya ada 3org sahaja anak buah yang perlu aku tengok-tengokkan bilamana ada SR yang lain mempuyai 12-13 anak buah...ya, aku bersyukur!!!namun bilamana mengenangkan ada antara anak buah ku adalah 'special' case dan aku sangat dipertanggungjawabkan untuk menjaga beliau, aku menjadi gusar..kerna segala yang berlaku di kemudian hari akan dipertanggungjawabkan di atas pundakku semula...

bukan itu sahaja, banyak kagi masalah yg seiring dengan kerunsingan ku menghadapi praktikal...aku buntu...aku tidak tahu dan tidak nampak jalan penyelesaian..ibarat sudah tertutup semua pintu keluar dan aku terperangkap di dalam nya...kadang2 aku fikir aku selalu bernasib baik, namun tuah tidak selamanya memihak terhadapku kerna kali ini tuah tidak bersamaku lagi...banyak perkara yang terbeban di pundak ku yang aku sendiri tidak tahu bagaimana mahu menghadapi nya...

bagaimana harus tempuh semua ini sendiri????

1 comment:

beautiful mind + beautiful soul = beautiful you

Read more: http://www.pengerindu.com/2011/12/dapatkan-facebook-like-fanpage-popup.html#ixzz28HHMQhBs