Friday, December 25, 2009

engkau

aku boleh jadi seorang pendengar setia.
aku boleh jadi seorang pemberi nasihat.
aku boleh jadi seorang pelontar pendapat.
aku boleh jadi seorang pemangkin idea.
TAPI,
aku tau pendengaran aku mungkin tidak begitu bagus.
aku tau nasihat aku mungkin tidak bernas.
aku tahu pendapat aku mungkin tidak logik akal.
aku tahu idea aku mungkin tidak boleh pakai.
TAPI,
aku ikhlas dalam mendengar.
aku ikhlas dalam menasihati.
aku ikhlas dalam berdiskusi.
aku ikhlas dalam mencari solusi.
DAN,
aku mahu kau tahu aku ikhlas terhadapmu.
mungkin dulu aku mengharapkan sesuatu.
namun kini aku sedar siapa diriku.
aku sedar dimana aku harus berada.
JADI,
apa yang aku inginkan hanya yang terbaik untukmu.
aku mahu engkau bahagia.
aku mahu engkau gembira.
aku mahu engkau tertawa.
aku tidak mahu engkau menderita.
aku tidak mahu engkau tertekan.
aku tidak mahu engkau kecewa lagi.
MAKA,
jangan salahkan aku untuk melihat engkau di puncak jaya.
jangan salahkan aku berdoa demi kesejahteraan mu.
kerna aku tahu
jika engkau bahagia, maka bahagia juga milikku.
OLEH ITU,
bila si dia minta berbicara denganku.
aku mahu engkau tahu,
bukan aku takut,
bukan aku lemah,
bukan aku gentar,
cuma aku khuatir,
aku dipersalahkan hanya untuk kesalahan mendoakan engkau bahagia.
bahagia bersama si dia atau bahagia bersama sesiapa juga yang telah tertulis buatmu.
maafkan aku.




~yours truly~

4 comments:

  1. maka janganlah pilih derita. miaahahaha :D

    ReplyDelete
  2. kalau derita itu membahagiakan walau cume seketika???

    hahahahaha...terbaek!!!

    ReplyDelete
  3. pilih lah aku jd pacarmu..*tetibe teringat lagu ni* -__-"

    ReplyDelete
  4. aisyah: haha...lari topik tuh.. *wink2..

    ReplyDelete

beautiful mind + beautiful soul = beautiful you

Read more: http://www.pengerindu.com/2011/12/dapatkan-facebook-like-fanpage-popup.html#ixzz28HHMQhBs