Wednesday, April 14, 2010

Pra Graduasi 2010



Semuanya indah. Makan Malam Pra Graduasi 13 April 2010 yang akan aku kenang sampai bila-bila. Aku bersyukur diberikan peluang ini. Jika tidak aku gunakan, mungkin juga tiada peluang kedua untukku. Walaupun kadang-kadang apa yang kita rancang tidak akan semua yang mengikut perancangan tapi susunan dariNya lebih indah. Percaturan yang dibuat lebih kemas. Aku tidak akan pernah menyesal. Sepanjang masa di dalam dewan Kelab Darul Ehsan akan tersemat kemas di sanubari. Akan aku rindui dan mungkin juga tangisi. Sedar tidak sedar sudah 5 tahun aku berada di pentas ini. Terlalu banyak kenangan untuk dicoretkan atau dilakarkan. Walau aku tidak mampu untuk menzahirkan namun dihati ini Dia yang lebih tahu. Aku dewasa disini, aku melihat dunia ini dari perspektif ini. Aku mahu terus menikmati hidup ini dengan penuh warna-warna. Aku mahu warnakan lembaran hidupku dengan warna-warna yang ceria. Aku tidak mahu yang kelam dan yang kusam.


Diberi peluang untuk mengenali setiap insan yang aku kenal pada hari ini, setelah bertahun kita bersama, membuatkan aku lebih mengerti. Tipu jika aku tidak sedih untuk bergerak kehadapan memilih haluan hidupku nanti. Kalian juga punya agenda kehidupan sendiri. Kita tidak akan berada dilandasan ini selamanya dan bersama-sama. Aku dengan hidupku, kamu dengan hidupmu. Namun, itu bukan penghalang tali perhubungan silaturahim yang terjalin antara kita. Ia tetap akan tersimpul rapi jika kita benarkan. Perhubungan ini ibarat sepohon pokok yang perlu disiram dan dibaja untuk terus kekal hidup dengan sempurna. Begitu juga dengan kita semua. Maka sirami dan bajai perhubungan kita agar terus hidup dengan mekarnya.


Aku mungkin terlalu pemikir. Tetapi aku perlukan perancangan untuk aku tempuh hari-hari terakhir kita bersama kerana aku takut aku akan rebah dan tidak sempat disambut. Aku takut untuk menghadapinya kerana aku kurang yakin bahawa aku mampu untuk melaluinya. Aku gentar jika aku lemah tidak berdaya. Kerna aku sudah terlalu sayangkan kalian semua. Bukan senang untuk menipu lebih-lebih lagi sukar untuk menipu perasaan sendiri. Tapi tidak mengapa, aku dan kita semua akan mudah belajar untuk menerima kenyataannya bukan? Aku perlu percaya bahawa ini adalah antara warna-warna terindah dalam kanvas hidupku. Kamu semua, selepas ini, kita adalah seorang dewasa yang punya tanggungjawab atas diri kita sendiri. Pergilah, hadapilah masa-masa depanmu seperti mana kita dari bertatih kita belajar untuk merangkak, berjalan dan terus berlari. Aku tahu dan aku percaya kita akan berjaya. Aku doakan untuk semua kita. Semoga sepanjang 5 tahun bersama mampu menjadi bekalan antibiotik dikemudian hari.


p.s: masih terus berdoa. terima kasih atas segala peluang yang diberi. aku sayang kamu semua.


p.s.s: Jodoh Pertemuan, Ajal Maut semua ditentukan olehNya.

4 comments:

  1. i love you too and will always going to treasure all our 5 years together. though there were some moments that we are apart, but you are and always be my friend :)

    to be apart is hard. And Im going to miss this :(

    and Hanna, keep on praying. I will pray for ur happyness. *you know what i mean!* 4 years are just toooooo long. Berusaha Hanna!! :)

    ReplyDelete
  2. KZ:insyaAllah jika tiada aral..terima kasih..

    ReplyDelete
  3. Syudi: thank you syudi. i'll treasure each moment we had together. you are amongst my first friends here, thank you for being there.

    i am surely miss our moments here. the people. the place and everything single thing we grew up with. 5 years is not a short period, lotsa things happened within the years,kan!!

    and Syudi, thank you for your prayers. the thought is just so sweet that i could not stop smiling.*whatever it is* :)

    ReplyDelete

beautiful mind + beautiful soul = beautiful you

Read more: http://www.pengerindu.com/2011/12/dapatkan-facebook-like-fanpage-popup.html#ixzz28HHMQhBs