Saturday, August 14, 2010

bak pungguk rindukan bulan

over betol statement itu! haha. tapi jika itu yang mampu diluahkan untuk menggambarkan rasa hati, mungkin itulah yang tepat sekali. mungkin, okey! mungkin! nak buat macam mana kan, soal hati ni bukan boleh diramal. cuma mungkin boleh dikawal tapi bukan senang ye tuan-tuan dan puan-puan. sudah bertahun aku cuba mengawal rasa hati. tapi masih boleh dikira agak gagal disitu. nak kata gagal sepenuhnya, tidak juga. sebab ada masa dan ketika nya aku mampu mengawal dan membuang rasa. cuma atas sebab-sebab aku sendiri pun masih mencari, rasa itu kadang-kadang hadir dan mengetuk pintu hati. kalau boleh aku halau dan usir perasaan itu jauh-jauh, sudah lama aku buat. memang senang untuk berkata-kata dan memberi nasihat pada orang untuk mara kehadapan dan lupakan semuanya tapi bila kene pada batang hidung sendiri, baru tahu langit itu tinggi atau rendah. waima aku sudah tahu hakikat itu, namun tidak pula aku serik untuk memberi pandangan pada mereka yang memerlukan. pada aku, mungkin diri sendiri gagal untuk mengikuti apa yang diusulkan tapi tidak salah jika melihat orang lain berjaya melakukan. bukan kah itu lebih menggembirakan.

aku tau entri ini agak cheezy sedikit. haha. tapi nak buat macam mane. aku gagal lagi saat ini, buat kesekian kalinya. sudah aku pujuk hati, sudah aku cuba lontarkan jauh perasan rindu yang ada tapi tatkala melihat foto-fotonya, aku tau aku tidak mampu menipu diri. ada sesuatu perasan menyelinap ke lubuk hatiku. perasan sayu dan pilu. lalu mulalah terimbas segala kenangan yang ada bak video memutarkan cerita. juga seperti layar skrin yang mementaskan filem. jika benar memendam rasa ini sebagai satu jihad kecil, maka aku gagal sekali lagi kerana aku tidak mampu menyimpan rasa. kalau simpan takdelah wujudnya entri kali ini. hehe. tapi tidak mengapa, ini semua adalah learning process. aku masih belaja untuk membuang rasa kerna aku tahu rasa itu tidak sepatutnya hadir jika aku benar-benar ikhlas dan jujur. jika aku punya perasaan maka aku sudah berlaku tidak adil dan tidak jujur padanya dan juga pada diri sendiri. sampai bila perlu aku lukakan hati sendiri bukan. biarlah aku bertatih agar aku mampu terus berdiri dan berlari. aku yakin bahawa aku mampu. mengapa tidak bukan, jika orang lain mampu lakukan, aku juga boleh! yang penting aku mahu usir rasa bersalah yang bermukim di hati. perit tau tak bila dihantui rasa bersalah.

aku tau ini semua permainan hati. juga dugaan dan cabaran untuk melihat sejauh mana kekuatan dan kepercayaan aku. jika inilah harga yang perlu aku bayar untuk memperoleh bahagia, maka walau pun perit, walaupun sakit aku kene kuat dan bertabah. aku perlu tunggu sedikit masa lagi. insyaAllah bila sampai masanya, aku akan lepaskan semua. seperti melepaskan sang burung dari sangkar emasnya. juga seperti melepaskan si rama-rama dari genggaman tangan. aku tidak mahu jadi selfish. aku mahu sebarkan rasa bahagia pada semua!!! yeah! mari aku sebarkan cas-cas positif buat semua.



p.s: dear bulan, kamu sangat dirindui! dan, 3 tahun itu tidak lama. pejam celik, pejam celik je..

No comments:

Post a Comment

beautiful mind + beautiful soul = beautiful you

Read more: http://www.pengerindu.com/2011/12/dapatkan-facebook-like-fanpage-popup.html#ixzz28HHMQhBs