Sunday, August 15, 2010

Diam Bukan Tanda Setuju

Orang tua-tua ataupun lebih tepat orang-orang melayu selalu menggunakan peribahasa yang berbunyi "diam tu tandanya setuju". Frasa ini selalu kita dengar bila dikaitkan dengan soal-soal jodoh yang mana seorang perempuan akan disatukan dengan seorang lelaki yang lain dengan hanya berdiam diri sebagai tanda persetujuan. Okay itu mungkin boleh pakai kala dulu sebab kebanyakan anak-anak gadis pada masa itu sangatlah pemalu dan santun orangnya. Tapi jika kita lihat pada konteks hari ini, aku kira penggunaan frasa itu mungkin boleh jadi tidak relevan. Diam itu boleh jadi tanda protes dan pemberontakan bakal terjadi jika dipaksa, terpaksa dan memaksa. Mahukah saudara dan saudari menghadapi saat-saat genting pengantin melarikan diri atau perbelahan rumah tangga. Nauzubillah.

Itu mungkin dalam konteks jodoh. Apa yang ingin aku ungkaikan adalah berdiam diri dari mencampuri urusan orang lain. Ya, itu bukan sombong namanya. Mungkin orang akan lihat seseorang individu yang pendiam itu seperti kera sumbang mahupun seperti katak di bawah tempurung namun hakikat sebenar adalah tidak benar sama sekali. Aku bukan seorang yang terlalu pendiam, aku akui. Tapi akan ada saat dan ketika yang aku perlu dan akan mendiamkan diri. Maka bila keadaan ini terjadi, orang akan lihat aku seperti seekor singa lapar kerana raut wajahku yang mungkin agak ganas aku kira. Bukan bermaksud untuk aku menyombong atau berlagak bagus. Tetapi dari kita bersikap ramah yang mana akhirnya memakan diri sendiri pun tidak berguna. Mahu beramah mesra tapi over ramah lah pulak sampai mengumpat orang sana sini, maka baiklah diamkan diri. Lagi satu aku ni memang sejak azali kurang mahir bersosial. Hahaha.

Sehingga berjumpa lagi.

No comments:

Post a Comment

beautiful mind + beautiful soul = beautiful you

Read more: http://www.pengerindu.com/2011/12/dapatkan-facebook-like-fanpage-popup.html#ixzz28HHMQhBs