Alhamdulillah, kalau air pun mampu untuk tenang semula setelah dilanda ribut, inikan hati manusia yang InsyaAllah boleh dikawal oleh minda. Aku sedang bangkit dan bangun semula. Mudah-mudahan kekuatan itu akan terus kekal jika tidak pun mampu bertahan selama yang boleh. Aku harus yakin ini semua ada hikmahnya. Mungkin aku sudah terlalu jauh, dan Dia mahu memanggil aku semula dengan cara ini. Aku harus redha.
Buat kamu-you-know-who, maaf kerana menggusarkan hati dan fikiran anda. Terima kasih kerana berada di sisi di saat-saat aku perlukan sokongan. Sesungguhnya keberadaan mu telah banyak membantu. Terima kasih sekali lagi kerana membuka mata dan hatiku. Rasa nak peluk kuat-kuat! Doakan aku kuat okay!
Buat kamu-yang-insticnt-sangat-kuat, jangan risau. Bila aku sudah sedia, akan aku khabarkan berita. Terima kasih kerana mengambil berat. Doakan untuk aku juga okay! I love you!
Buat kamu, keprihatinan dan perhatian kamu sangat-sangat menyentuh hati. Sangat sukar untuk ditukar ganti, lebih-lebih lagi menjadi taruhan untuk apa yang tidak pasti. Semoga kamu sentiasa diberkati dan dipermudahkan segala urusan duniawi dan ukhrawi.
Yang lain-lain aku serahkan padaNya untuk tentukan. Semoga segalanya yang baik-baik sahaja.
apakah ini
ReplyDeletetu la, the thing that i wanna tell u thru fon tp u sibuk.
ReplyDelete