Saturday, November 13, 2010

nak propose orang jugak la!

Okay, aku tengah nebes ni. sangat nebes okay!! cumanya yang aku pelik lagi menghairankan, walaupun aku nebes, tapi aku dok ngadap laptop and tv sejak dari pagi tadi. takde la pulak effort nak bace buku and buat preparation untuk menghadapi hari yang menggentarkan jiwa pada esok hari. ESOK ADALAH HARI YANG SANGAT PENTING U'OLLS! hari apakah itu, jeng jeng jeng. nantikan waktu yang sesuai untuk diberitahu. huhu. sebabnya aku takot kang dah heboh satu malaya tapi hasilnya mendukacitakan..huhu

by the way, back to the main point, aku rasa macam nak propose orang la pulak. especially lepas tengok video save the date si penyanyi yang suka berkaki ayam yakni cik artis elyana yang akan bernikah pada 19 november dan majlis resepsinya pada 20 november sehari sebelum my best friend's wedding. wee~

Em, kalau dia boleh propose encik bakal suami, maka aku pon mesti boleh jugak kan?? em. em. em. siapalah yang beruntung yang akan dilamar oleh aku eh. Serious aku nak lamar orang, siapa mahu join????


Sambil-sambil tu, mari lihat video save the date elyana disini:

http://mediamalaya.com/video-elyana-ajak-kahwin/


p.s: agaknya dia sudi tak kalau aku lamar?? tet! hehe

No comments:

Post a Comment

beautiful mind + beautiful soul = beautiful you

Read more: http://www.pengerindu.com/2011/12/dapatkan-facebook-like-fanpage-popup.html#ixzz28HHMQhBs