Friday, November 5, 2010

sabut kelapa

banyak betul rintangan dan halangan sejak dua menjak ni. semua benda nak jadi dalam waktu yang lebih kurang sama. beban dan serabut rasanya bile kita kene buat keputusan. banyak hati-hati yang perlu dijaga, hati sendiri pun lebih-lebih lagi la perlu dijaga. dah la pulak hati ni dah semakin tipis dan nipis. bak kata orang senipis kulit bawang gitu! penat nak menjaga hati sendiri. banyak lubang-lubang luka yang payah ditampal. seringkali ingin menjaga hati orang, hati sendiri yang rabak. ingin melihat kebahagiaan orang lain, diri sendiri yang berduka. ikut kata hati, ikut prinsip diri biar orang lain bahagia maka aku akan bahagia, insyaAllah.

bukan mudah nak lepaskan sesuatu yang kita sayang. yang da sebati dalam hati sejak bertahun. tapi perasaan itu hadir juga diajar. maka untuk melepaskan kembali perasaan itu juga boeh diajar. senang atau susah itu risiko yang perlu dihadapi. bagi seorang pencinta setia, pasti agak payah untuk melepaskan ia pergi. bagi mereka yang sudah biasa bersalin rasa, mungkin ia tidak lah sesukar mana. namun bagi aku, aku bukan pencinta setia tapi nak melepaskan ia pergi adalah sangat perit dan pahit. untuk mendidik hati ini biar kental, perlukan kudrat yang sangat besar dan gagah. semakin ingin melepaskan, semakin perasaan itu mendalam. payah!

Ya Allah, berikan aku kekuatan. berikan aku keberanian untuk berdiri di dunia yang nyata. dunia yang bukan angan-angan jauh sekali fantasi. berikan aku hidayah Mu untuk melalui liku-liku hidup yang semakin mencabar dan menyesakkan. namun, aku bersyukur kepada Mu kerana dianugerahi mereka-mereka yang memberi erti hidupku. sesungguhnya mereka-meraka ini adalah warna-warni hidupku. aku berserah kepada Mu. amin.



p.s: jika empat tahun lagi adalah berbaloi, maka aku sanggup. angan-angan betul.

No comments:

Post a Comment

beautiful mind + beautiful soul = beautiful you

Read more: http://www.pengerindu.com/2011/12/dapatkan-facebook-like-fanpage-popup.html#ixzz28HHMQhBs