Thursday, January 6, 2011

im done.

walau bukan senang mahu mendidik hati, namun aku pasti dan aku yakin harapan itu akan sentiasa ada. aku cuma perlu terus melihat dan pandang ke hadapan. walau ia memakan masa, walau ia mengguris rasa, walau ia pedih tak terkata, tapi aku pasti akan ada jalan keluar. mungkin bukan sekarang. mungkin aku kurang bernasib baik. dan segalanya mungkin. esok lusa dan mungkin juga tulat hikmah itu akan terpancar.

kini, aku sedang dalam tempoh membatasi hati. membendung rasa. walau yang pertama itu sakit, rasanya yang kedua pula lagi perit. maka, biarlah yang ketiga hadirnya abadi. aku mohon menadah langit. aku bukan kuat. dan aku juga bukan tunggul yang tiada rasa. aku mampu gelak tawa. aku mampu senyum gembira. tapi kalau boleh diselam dasar hati, pasti akan terlihat luka-luka yang masih berdarah. dan pastinya juga akan terlihat titisan-titisan hujan membasahi bumi.

aku pasrah. dan aku redha. jika ini jalan hidupku, jika ini takdirnya, maka aku rela. terima kasih diberi peluang. sekurang-kurangnya aku belajar menghargai. dan membatasi.


yours truly.

No comments:

Post a Comment

beautiful mind + beautiful soul = beautiful you

Read more: http://www.pengerindu.com/2011/12/dapatkan-facebook-like-fanpage-popup.html#ixzz28HHMQhBs