Tuesday, October 9, 2012

Segmen Mialiana.com - Mari Berpantun


Semangat tau Hanna nak join segmen ni. Siap dah karang awal-awal lagi tapi sebab sangat sibuk dengan komitmen bekerja, maka baru hari ni Hanna dapat post entry. Tak tahulah sempat lagi ke tak. Harap-harap sempat la. hehe

Bukan apa, Hanna memang suka pantun-pantun ni. Masa zaman muda-mudi dulu, Hanna pernah menang pantun Anti Dadah hokai. Tapi itu duluuuuuuuuuuuuuuuuu punya cerita. Now segala skills semua sudah berkarat tumpul etc. Harap-harap Cik Mia sudi nak baca pantun yang Hanna beli.. ewahhhh eh ehhh! 




Malam-malam pergi kedai nyonya
Kedai jauh naik kereta Waja
Andai Mia ingin bertanya
Apakah nama panggilan manja

Pergi kedai naik kereta Waja
Berwarna hitam gagah perkasa
Nama diberi panjang berjela
Kalau nak manja panggil Hanna pun boleh saja

Kepala pening berpinar-pinar
Penat sungguh berlatih yoga
Jangan malu jawablah benar
Adakah bujang atau berkeluarga

Pekena teh ais lepas beryoga
Hilang pening sihat bertenaga
Kalau malu-malu kucing macam mana
Hanna single belum bekeluarga

Langit cerah indah warnanya
Ambil gambar rasa teruja
Ingin juga tahu statusnya
Sedang belajr atau bekerja

Langit yang indah cantik warnanya
Gambar diambil buat tatapan
Kalau nak tahu apa statusnya
Sudah bekerja menanggung beban

Buat kopi pekat-pekat
Makan roti dengan tuna,
Adakah jauh adakah dekat 
Tinggalnya di negeri mana

Kopi pekat lemak berkrim enak rasanya
Menjadi kegemaran muda mudi
Asal Hanna dari Bandaraya Bougainvillea 
Namun mencari rezeki di Jelapang Padi.


Jom la join sekali! hehe

22 comments:

  1. heheh.
    kreatif je Hana ni.

    tak reti nak berpantun

    ReplyDelete
  2. mak aihh semangatnya! mentang dah prektis dkt hashtag twitter :p

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha tau takpa. I nampak je terus siap karang cuma tak publish je sbb tak sempat. semangat tak? haha

      Delete
  3. Replies
    1. Thank you sudi singgah lawat Hanna =))

      Delete
  4. Terima kasih daun sadri
    Sudi membeli pantun ini
    Tersenarai sudah link entri
    Dalam entri segmen ini

    p/s: psssttt entri ini tidak dilinkkan ke entri segmen mia... nanti buat ya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pantun dibeli dari Mia
      Terima kasih sudi baca
      Ampun maaf Hanna pinta
      Memang terlupa nak link tak sengaja


      p.s. hehe..thanks Mia!

      Delete
    2. kak mia datang check ni. ok.. tq

      Delete
  5. kelassss ko jah..hik2. dr segmen same.BW n trus pollow :))

    ReplyDelete
    Replies
    1. Harussslahhh..haha..thanks sudi follow Hanna =))

      Delete
  6. wah,, hebat2 la orang jelapang padi ni berpantun.hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe...thanks..Kalau Zilla mesti lagi hebat punya =))

      Delete
  7. Replies
    1. Salam kenal kembali. many thanks ye awak!

      Delete
  8. singgah baca pantun..
    pandainya dia berpantun... ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks hehe.. tapi tak berapa pandai pun. dah join ke?

      Delete
  9. owh, org Ipoh ye? =)
    best pantun2 dia..
    ~baby dh follow sini tau

    ReplyDelete
    Replies
    1. yep2. Hanna orang Ipoh. okay thanks baby sudi follow =))

      Delete

beautiful mind + beautiful soul = beautiful you

Read more: http://www.pengerindu.com/2011/12/dapatkan-facebook-like-fanpage-popup.html#ixzz28HHMQhBs