Thursday, December 17, 2009

cemas

oh! cemas nye...pernah berada dalam keadaan ini??? keadaan bilamana bulu roma anda meremang naik (bulu roma je tau, yang lain2 tidak termasuk dalam kategori)...alkisah td aku-yang-comel, kakak-ku-yang-tidak-cun dan adik-ku-yang-tuf pergi ke pasar malam..setelah hampir puas membeli belah mengikut hawa nafsu sampaikan penuh kiri kanan tangan menjinjit beg plastik-bukan-environmental-friendly, kami berhenti di satu pitstop utk membeli laksa..sedang asyik kakak tu membungkus laksa kami, tetibe di suatu sudut gerai telah berlaku satu kejadian yang penuh hiruk pikuk.. kecoh giler ya amat..semua pergerakan terhenti sambil mata melilau-lilau melihat gerai terbabit..gerai tersebut tersebut sudah pon dipenuhi orang ramai (biasalah malaysian mmg suke jadi bystander even aku pon malaysian jugak..haha)..akak gerai sebelah sudah berlari mendapatkan kami kerana ke-meremang-an bulu roma beliau...kejadian itu melibatkan sedikit pergaduhan, pertikaian lidah serta sorakan orang ramai..aku rase pemuda yang ditangkap adalah kerana mencuri, juga ada seorang anak kecil seperti meraung-raung cube mempertahankan pemuda itu..mungkin anak kecil itu adalah anak pemuda tersebut, aku pun tak tahu...pemuda itu agak dibelasah dan diikat dengan tali..butir-butir pertengkaran adalah kurang jelas kerana kami berada agak jauh sedikit dan suasana adalah sedikit hingar bingar...cume yang dapat aku dengar pembelasah bertanya pemuda itu mengapa berbuat itu dan berbuat ini..kami agak kaget dan takot jika adegan itu berlanjutan dan menggunakan parang ataupun alatan tajam..lantas apabila keadaan agak reda, kami bergerak meninggalkan kawasan itu (setelah membayar harga untuk sebungkus laksa)..lebih ramai bystander datang untuk menjadi saksi kejadian...sebelum pulang kami sempat singgah di sebuah gerai apam balik best..tetapi sebaik sahaja kami bergerak pulang, kami ternampak cahaya lampu kebiruan semakin menghampiri..wah!!! bapak polisi sudah datang..maka kes insiden tadi sudah jadi kes polis la..untuk tidak menjadi lebih kepochi dan tidak mahu disoal siasat sebagai saksi kejadian (kami beli dvd cetak rompak td..ngeee~) kami mempercepatkan ayunan langkah pulang ke rumah..jadi kesimpulan nya beli la SURAT KHABAR METRO berhampiran anda..mungkin ada kisah ini di mane-mane muka surat..


p.s: dari segi kemanusian, aku rasa kesian pada pemuda itu..andai kata dia mencuri makanan sebab ketiadaan duit dan dia sangat lapar, juga jika anak kecil itu mmg betul anak pemuda tersebut maka sangat sadis la peristiwa td..mungkin dia terpaksa demi anak kecil itu..oh dunia~

p.s.s: tp tiada niat menghalalkan cara...hurmm..

2 comments:

  1. serious aku boleh bayangkan riak muka kau waktu kejadian na :) lagi2 kalau melibatkan polis :P

    ReplyDelete
  2. ahhaa... tp xsia2 bli dvd even gambo burok sb hero tp kacak!

    ReplyDelete

beautiful mind + beautiful soul = beautiful you

Read more: http://www.pengerindu.com/2011/12/dapatkan-facebook-like-fanpage-popup.html#ixzz28HHMQhBs