Wednesday, December 16, 2009

jatuh???

jatuh hati, jatuh cinta, jatuh sayang atau sudah jatuh ditimpa tangga??semuanya masih dikira jatuh bukan..agak-agaknya antara yang semua ini, jatuh yang mana paling sakit???aku rasa mungkin semua sakit kot..tapi sakit yang berbeza..aku tak nak berkongsi kisah jatuh-jatuh hati, sayang atau cinta (tiada dalam agenda kehidupan walaupun penuh mengharap, what the???) TAPI, korang pernah tak jatuh basikal?? dengan yakin dan pasti mesti setiap kanak-kanak atau mereka-mereka yang tahu berbasikal mempunyai sejarah jatuh basikal kan? tapi aku rase at the age of 22 years young neh, untuk jatuh basikal dihadapan sekalian sanak saudara adalah amat memalukan..betol x???hakhak..

alkisah, sepanjang penyepian dari duniawi ini, aku pulang ke desa tercinta atas urusan keluarga. maka bila sudah berada bersama kaum keluarga, aras keterujaan-ku mencecah hampir klimaks (ha! jangan fikir bukan-bukan..teeetttt!)melihat kanak-kanak ribena asyik dan lincah lagi gembira seperti dunia ini mereka yang punya sambil bermain basikal, tiba-tiba keinginan-ku untuk mengayuh basikal timbul..dengan lagak seorang bekas cikgu hot, siap pakai heels gitu..aku pon mengayuh basikal dengan penuh perasaan..oh, waktu kejadian adalah pada waktu malam, selepas makan malam dan mahu melambai pulang famili+bakal kakak ipar-ku ke Ipoh terchenta..OK! get the picture??? nevermind la..maka nk dijadikan cerita, aku dengan teruja nya mengayuh basikal mahu menyalam bonda sebelum pulang..hampir sampai dihadapan bonda, tup tup..aku rase macam sangkut dan dalam hati sudah aku jerit minta bonda tahan aku dan basikal dari jatuh menyembah bumi..malangnya, belumpun sempat menuturkan kata-kata dalam hati dan dalam sesaat dua tanpa disedari aku sudah pon bersujud menyembah bonda di belakang kereta..semua saksi kejadian terkejut dengan kejadian sepantas kilat dan selincah lipas kudung itu..tau-tau aku sudah bersujud di jalan tar sambil memeluk basikal terlibat..

dengan penuh ayu dan kontrol macho, aku berlagak seperti tiada apa yang berlaku sambil mentertawakan diri sendiri..riuh rendah suasana ketika itu, namun dalam hati Dia je yang tahu..malu seyh~ saket pulak..adeh! abang-ku-yang-ensem, kakak-ku-yang-tak-comel dan bakal-kakak-ipar yang berada dalam kereta lantas keluar untuk melihat keadaan.mereka gelak semahu-mahunya..penonton live kejadian, adik-ku-yang-tuf tergolek-golek gelakkan aku.cis betol! kanak-kanak ribena yang ada lagi lah seboleh-bolehnye gelak. setelah keluarga tersayang pulang, aku masuk ke dalam rumah makcik-ku dan menyelak seluar yang dipakai..Ya Ampun, calar balar sana sini..luka luka berdarah dan terdapat satu lebam yang hitam serta bengkak yang besar..oh sakitnya! setelah disapu minyak but-but HPA dan diusap-usap, aku pon pulang ke rumah opah bersama adik-ku-yang-tuf. uh! fobia sekejap naek basikal. namun, itu bukan penghalang, dengan semangat kental aku meneruskan motif ku untuk stay di kampug iaitu mengecat rumah..walau berjengkot, walau sakit2 namun kerja tetap kerja.. hah! rasakan..sapa suruh pakai heels 3inch bawak basikal..padan la muka kan! bluergh!

untuk pengetahuan semua, kerja-kerja mengecat terpaksa disambung keesokan harinya dengan keadaan aku yang sengal-sengal badan (otak tak sengal ye, cume ting tong seket je) atas efek jatuh semalam hari-nya. kami bekerja keras seperti pekerja-pekerja buruh kontrak, comot mekmot sana sini, compang camping, baju dan seluar penuh dengan cat dan diselang selikan dengan cerita aku jatuh basikal sebagai selingan menghibur hati.. (ade ke patot aku jadi bahan?? xpaotot sungguh!!)



p.s: sesi mengecat belum selesai, akan bersambung pada weekends ini, insyaAllah..

p.s.s:oh! calar balar, luka dan lebam masih dalam proses recovery..kesian aku si pesakit!

2 comments:

  1. am sori to hear that hana.
    HAHAHAHAHAHAHAHHAHAHAHAHAHAHAHAHA
    HAHAHAHAHAHA kenapa aku takde di tempat kejadian??!! WHY? WHY?


    hahahahahahahahaha sori siyes aku takleh benti gelak bace cite ko ni..hahahahaahahahahahah aku nak tengok!! hahaha

    ReplyDelete
  2. HAHAHA rugi ow xde kt tmpt kejadian. ahhaha... maseh lebam beliau. padan! :p

    ReplyDelete

beautiful mind + beautiful soul = beautiful you

Read more: http://www.pengerindu.com/2011/12/dapatkan-facebook-like-fanpage-popup.html#ixzz28HHMQhBs