Thursday, April 22, 2010

14 tahun dah pandai rogol.

KUALA LUMPUR: Seorang pelajar perempuan Tingkatan Dua sebuah sekolah di Rawang yang dirogol rakan sekelasnya dalam bilik darjah, minggu lalu, bukan saja disahkan sudah mengandung sebulan, malah sebatang pensel sepanjang empat sentimeter turut ditemui dalam kemaluannya.

Timbalan Ketua Polis Daerah Gombak, Superintendan Rosly Hassan, berkata berdasarkan hasil laporan pemeriksaan hospital yang diterima semalam, polis percaya mangsa sudah lama dijadikan bahan pemuas nafsu beberapa pelajar serta didera sewaktu diperkosa.


* * *

Entri ini mungkin cliche. Tapi aku tak peduli. Aku perlu berkongsi dengan semua. Aku marah dan aku kecewa. Apa nak jadi dengan remaja sekarang? Kecik-kecik lagi dah pandai rogol anak orang. Sudah dirogol, dimasukkan pensel dalam kemaluan pulak tu. Kenapa sampai begitu kejam? Sedih bila mengenangkan mereka ini lah yang akan menjadi pemimpin masa depan. Jika ini lah perangai nya, mampu kah mereka menjadi ketua yang berhemah??


Aku marah dan aku kecewa. Teringat zaman-zaman aku mengajar di sekolah menengah lelaki yang mana aku selalu bersendirian di dalam kelas yang penuh dengan remaja-remaja lelaki. Yang adakala dikepung, ditahan, dikacau seksuali dan lain-lain lagi. Syukur Alhamdulillah aku telah selesai dengan selamatnya. Namun, aku risau bilamana mengenangkan nasib anak-anak ku kelak. Terjaminkah masa depan mereka di sekolah? atau dimana sahaja mereka berada? Perlukah aku didik mereka dirumah sahaja? Tapi mampukah aku? Owh! terlalu banyak yang perlu difikirkan. Jauh lagi untuk untuk mencari salah dan menunding jari. Sama-samalah kita renungkan dan ambil iktibar..

7 comments:

  1. derang ni xkan jadi pemimpin..ni la yang kite panggil sampah huhu

    ReplyDelete
  2. 2 sume bgantung pd keimanan dr sndri dan sjauh mne mgwal nfsu!

    ReplyDelete
  3. uih..gilo nyer budak2 zaman skarang.

    ReplyDelete
  4. tak sanggup ada anak-anak murid begini nnt.

    ouh!

    cabaran.

    ReplyDelete
  5. salam...kene dgr cite ke 2-2 belah pihak....baru bole judge sape yang betul...sape tak....kdg2...2-2 nak...tapi bile dah jadi pensel ade dlm..2-2 gelabah.....wat report macam tu....kl betol laki yang rogol...mmg salah laki tu la...

    ReplyDelete
  6. em..ini bukan isu siapa yang salah atau siapa yang betul..tapi isu disini adalah perkara ini berlaku di kalangan pelajar 14 tahun di perkarangan sekolah..

    sekolah yang sepatutnya menjadi tempat mulia menimba ilmu dan pelajar-pelajar yang bakal menjadi pemangkin negara..

    :)

    ReplyDelete

beautiful mind + beautiful soul = beautiful you

Read more: http://www.pengerindu.com/2011/12/dapatkan-facebook-like-fanpage-popup.html#ixzz28HHMQhBs