Tuesday, May 4, 2010

Midlife Crisis

Ye betul tu..Aku menghadapi midlife crisis ketika ini. Aku berhadapan dengan kesukaran berfikir dan membuat keputusan tentang hidup mati aku. Hmm, serius bunyi nya kan? Memang serius pun. Oh! sakit kepala. Tapi kalau malas nak fikir, ini tentang masa depan aku. Kalau aku tak buat keputusan, aku jugak yang akan mencorakkan apa yang aku akan buat selepas ini.

Macam ni lah, aku dah nak habis belajar. Tapi aku ada terlalu banyak perkara yang aku nak buat sampaikan aku pun tak tahu mana satu perlu aku dahulukan. Prioritize Hanna!!! Ye aku tau tu, tapi nak prioritize tu yang payah sebenarnya. Pulak tu, aku ni dah bertambah tua. Tak sangka, pejam celik pejam celik aku dah dewasa rupanya.

Hah! ini bila cakap pasal dewasa, ada satu perkara yang buat aku stress. Rata-rata orang mesti akan bercakap atau bertanya pasal kahwin. Apa aku ni dah macam desperate sangat ke nak kahwin ha?? ha?? tell me..tell me!!! Well, tak de la desperate sangat kan tapi kalau semua orang cakap pasal kahwin, siapa je yang tak nak kan?? Ini ada hadis yang lagi menguatkan aku nak kahwin. (Jap jap..bunyi macam desperate ke??haha)

“Orang meninggal di antara kalian yang berada dalam kehinaan adalah
bujangan.”
-Rasulullah s.a.w


Okay fine, actually aku tak rase pun aku akan kahwin dalam waktu terdekat ni. Mungkin dalam 2 atau 3 tak pun 4 tahun lagi. InsyaAllah. Tapi masalahnya aku ni tak de calon-calon nak dibuat suami. Bukan setakat calon-calon, seorang calon pun takde. Ate macam mane ni? Perlukah aku pergi man hunting?? Atau buat iklan-iklan di media massa?? Atau perlukah aku pergi dari premis ke premis untuk buat promosi?? Apa, ingat aku barang ke nak buat promosi-promosi ni hah??


Kesimpulannya, aku berada dalam keadaan separa sedar semasa menaip entri ini. Anggap je la anda tak baca (kalau ada yang baca la..hehe). Tapi kalau anda ada calon yang sesuai untuk aku, sila ON CALON ye.. Bak kata pepatah 'Sharing is Caring'.

Jadi untuk penutup entri ini, tak tahu kenapa tapi aku nak share lirik lagu ni. Ianya tiada kene mengena antara sesiapa yang hidup ataupun yang telah meninggal dunia. Enjoy y'all!

Bercinta: Faizal Tahir

Benarkan ku ‘tuk berbicara…
Bicara terus ke hati mu.. Hati mu..
Hati yang penuh rasa ragu
Jangan terus pergi
Tanpa mendengar ku
Mungkin mudah
Untuk kau terus berlalu
Nanti dulu
Berikanlah waktu
Untuk aku, untuk kamu

Ingatkah lagi waktu kau bersama ku
Kaku aku melihat mu
Lidah kelu sedangkan aku
Mahu kau tahu
Aku cinta pada mu
Benci pada mu
Cinta pada mu

Ke tepi lihat ku berlalu
Pasti itu yang terbaik untuk ku
Tiada lagi mahu ku tahu
Tentang hidup kamu
Tentang mati kamu
Aku tahu
Engkau tahu apa yang mata ku tahu
Apa yang kau tunggu
Mahu aku buka pintu?

Ingatkah lagi waktu kau bersama ku
Kaku aku melihat mu
Sedang aku mahu kau tahu
Dengar kata ku
Aku cinta pada mu
Benci pada mu
Cinta pada mu

Sakitnya aku
Membenci kamu
Sakit lagi mencintai mu
Dan aku pergi
Tapi kembali
Benci aku mencintai diri mu
Ku benci… Kamu
Ku cinta… Kamu



p.s: tapi aku tak mahu sharing2 calon suami okay!

p.s.s: FYI maksud Midlife Crisis yang sebenar adalah ' a transition experienced between the ages of 40 and 60' ye kawan-kawan..


5 comments:

  1. tang ate tuh aq dh gelak...
    tu la babe..mmg psl kawen tgh hot skang..ehehe
    xpe,jodoh kite kan d'tgn tuhan..mesti ade yg menunggu & i think there's this movie,i dun remember what but i love this saying..'he's getting to you as fast as he can'...

    kire kite maybe xtahu sape die(aq dh tahu la kan nw..ahaha) tp die pon tgh menghala ke kite secepat yg die boley...

    ReplyDelete
  2. entah. yg aku nk kawen, xmo kat aku. yang aku xnk, mo plak kat aku. ate, susoh idup teman.

    hmm,

    we are growing up

    hate it hate it hate it

    ReplyDelete
  3. hihihihih..
    separa sedar ei sis..
    hihihih..
    ingt betul2 sedar..
    huhuhuhuh..

    ReplyDelete
  4. ala biasa lar kalu isu psl kwen nie.. tp enjoy dlu life single nie.. don't worry.. bila smpai seru tue.. muncul lar jodoh u tue....

    ReplyDelete
  5. lyana: tu la pasal babe..yeah right, sume nya da ditakdirkan..n i'll pray for your happiness k.. =)

    syud: kan? kan? berdoa la kita bersama-sama semoga dipertunjukkan jalan..

    safiyyahosman: mmg separa sedar tu..haha

    lizzie: betul tu, sape kate single xbest kan..hehe

    ReplyDelete

beautiful mind + beautiful soul = beautiful you

Read more: http://www.pengerindu.com/2011/12/dapatkan-facebook-like-fanpage-popup.html#ixzz28HHMQhBs