Monday, July 26, 2010

kandas

dan seperti biasa, aku tidak sekuat yang aku sangka.
hujan yang lebat menemani sepanjang perjalanan.
memahami isi hati yang tidak termampu terluah.
menangisi setiap satu cebis memori.
yang aku kira tiada siapa dan apa yang mampu memahami.
tertawa hilai mereka memperkecilkan perasaan hati.
tidak sedikit pun berkudis di hati.
kerna aku tahu aku bodoh dalam menilai sesuatu.
begitu naif berharap sesuatu yang sudah pasti tiada harapan.
cuma hati kecil ini masih menipu mengharapkan keajaiban.
aku kira aku kuat, tapi aku tidak rupanya.
pada dia aku luahkan segala resah, dan pada DIA aku berserah.
cukup hanya mendengar, aku jadi sebak.
cukup hanya mengingati, aku hampir menangisi.
dan cukup hanya dengan pelukan dan kata-kata ringkas yang dititipkan,
aku terKANDAS di jalanan.
jika mampu aku laung pekikkan, mahu aku khabarkan seantero dunia.
namun aku masih menjadi diri aku yang takut lagi kerdil berdepan dengan kenyataan.
aku mahu lari tapi aku penat di tengah jalan.
aku mahu jalan tapi aku rasa letih di jalanan.
maka biar aku sendiri meratapi sisa-sisa kasih yang aku ada.
gelakkan, ketawakan aku, hilai tawakanlah aku.
aku terima. kerana kau tidak tahu apa yang aku rasa.

p.s: i have made up my mind, i have to believe in it.
p.s.s: aku rindu kau!

1 comment:

  1. kecewa betul nie.. sabar je lar.. semua ada hikmah nya..

    ReplyDelete

beautiful mind + beautiful soul = beautiful you

Read more: http://www.pengerindu.com/2011/12/dapatkan-facebook-like-fanpage-popup.html#ixzz28HHMQhBs