Saturday, August 14, 2010

mahu berhenti merokok??



jika anda berniat atau tergerak hati mahu berhenti merokok, sila lah teruskan niat anda. tidak perlu aku uraikan apa bahaya rokok serta ancaman yang boleh terjadi akibat merokok mahupun bahaya rokok itu sendiri. aku yakin semua orang juga arif berkenaan itu. cuma apa yang aku mahu khabarkan adalah mengikut kajian oleh National Morbidity Survey pada tahun 2006, 21.5 peratus atau bersamaan 4 juta penduduk negara ini ketagih merokok yang juga menyumbang kepada kematian 10 000 orang setahun. hah! itu pada tahun 2006 ye tuan-tuan dan puan-puan. sekarang kita sudah berada pada tahun 2010. EMPAT tahun sudah berlalu, maka pastinya jumlah-jumlah itu semakin meningkat. renung-renungkan dan fikir-fikirkan lah!!!!

wah, panjang betul mukadimah entri ni. sebenarnya aku nak kongsi berkenaan satu produk ni. aku tidak tahu sejauh mana berkesannya produk ni. sebab aku tidak pernah cuba. yela kan, macam mana nak cuba sebab aku bukan perokok tegar, aku hanyalah perokok pasif. okay, produk ini adalah untuk membantu para perokok mengurangkan kadar merokok secara berkala dan secara tidak langsung dalam tempoh dua minggu, insyaAllah, perokok sudah mampu untuk melupakan aktiviti harian mereka itu. kebelakangan ini, iklan produk tersebut sudah kerap bermain di muka-muka televisyen lantas menarik perhatian aku. tibalah masanya untuk memperkenalkan produk berkenaan. JENG! JENG! JENG!





ha itulah dia produk tersebut. mungkin ada lagi dari jenama yang lain tapi aku berminat dengan yang ini. selain dari gum, untuk mereka yang tidak berminat untuk mengunyah, anda juga boleh membeli dalam bentuk patches (plaster), yang mana ianya seperti handyplast tampal luka tu. jadi tak perlulah nak kunyah-kunyah, cuma perlu tampal sahaja. kekuatan produk di atas adalah sebanyak 4mg, maka ianya untuk perokok yang merokok dalam tempoh masa 30minit selepas bangun pagi. bagi perokok yang merokok lebih dari 30minit selepas bangun pagi, maka anda boleh lah mengurangkan kekuatannya sebanyak 2mg sahaja. anda hanya perlu kunyah dalam masa 30minit dan letakkan gum itu di dalam mulut. InsyaAllah dengan izin tuhan, lama kelamaan ketagihan rokok anda berkurang. bak kata orang, dimana ada kemahuan disitu ada jalan. oh! harganya juga tidak mahal. bergantung pada kekuatan dan juga kuantiti yang anda mahukan. bawah rm100 juga sudah mampu memilikinya. apa lagi!! jangan tunggu-tunggu dah!!!

sebenarnya dalam 2 tahun lepas aku sangat teringin nak beli dan hadiahkan produk ini buat seorang sahabat. aku lakukan survey juga pembacaan. aku mahukan beliau berhenti merokok kalau tidak pun dapat mengurangkan kadar merokok dalam satu hari. itu sudah cukup hebat untuk aku. tapi atas sebab-sebab tertentu, maka aku tidak dapat menghadiahkan produk ini buat beliau. tetapi, hajat itu masih ada. dan mungkin aku akan tunaikan juga bila tiba waktu yang sesuai. aku bukan membenci perokok, cuma aku ada pengalaman buruk dengan akibat merokok. jadi aku tidak mahu beliau menerima akibat yang sama. aku mahukan beliau mengecapi nikmat hidup dengan lebih sempurna.


p.s: ingatlah orang-orang yang tersayang. jika tidak sayang pada diri sendiri, fikirkan apa yang terjadi pada mereka yang anda sayang juga pada mereka yang menyayangi anda jika anda tergolong dalam 10 000 kematian akibat merokok!

3 comments:

  1. salam, blogwalking here.. =)

    saja nak kongsi pengalaman, saya pun slalu kena handle pesakit2 merokok ni.. kdg2 mereka nak berenti, tapi tak tau nak mula dari mana. so, ktorang guide mereka..
    tapi kalau yg mmg berdegil tu..xleh nak wat ape lah. cuma blh keep on asking, ada niat nak berenti ke tak..

    sampai die kata, Ok sy nak berenti! then baru leh tolong.. =)

    smoking is none in everything.

    nnt singgah ye..

    ReplyDelete
  2. salam. ramai kata ini bagus lol :)

    ReplyDelete
  3. abp: betol! kalau kita nak tolong tapi mereka sendiri xmahu menolong diri sendiri pon susah jugak kan.. bak kata pepatah, tepuk sebelah tangan xkan berbunyi..

    fida: betul ke?? ada yang pernah try??

    ReplyDelete

beautiful mind + beautiful soul = beautiful you

Read more: http://www.pengerindu.com/2011/12/dapatkan-facebook-like-fanpage-popup.html#ixzz28HHMQhBs