Monday, August 30, 2010

sehari sebelum malam merdeka

aku keseorangan.
dingin beku dek kondisioner.
melilau aku mencari sesuatu.
sesuatu yang aku sendiri tak ketahui.
melihat pandang ke belakang.
aku sedar banyak liku yang telah aku langkahi.
namun aku masih belum mampu untuk terus duduk tersandar.
masih banyak yang perlu aku gapai.
yang perlu aku kejar.
agar akan dapat aku rantai kemas.
kata orang jangan mengejar sangat.
kerana makin dikejar, makin banyak yang tidak akan puas.
kata aku, hidup ini mana pernah puas.
selagi hayat dikandung badan, selagi kaki gagah melangkah.
hidup perlu diterokai dan diselongkar.
agar mampu dibawa sebagai bekalan.
dan kata aku lagi, memang kita tidak akan puas.
kerna kita pernah akan tahu berapa banyak dan berapa cukup bekalan yang perlu kita kutip dan kumpul sebagai bekalan.
hari ini.
jika kita imbas kembali, ramai antara kita lupa.
lupa akan segala benda.
maka malam ini, dengan dingin beku malam.
mari kita sama-sama renungkan dan ambil iktibar.
agar apa yang menjadi milik kita hari ini tidak akan bertukar milik sekali lagi.

HAPPY INDEPENDENCE DAY MALAYSIA!!!



P.S BIARLAH MALAM INI BERLALU TENANG DAN DAMAI TANPA BERLAKU PROSES PEMBENIHAN TIDAK TERANCANG.

No comments:

Post a Comment

beautiful mind + beautiful soul = beautiful you

Read more: http://www.pengerindu.com/2011/12/dapatkan-facebook-like-fanpage-popup.html#ixzz28HHMQhBs