Thursday, September 9, 2010

Keliru

Jika kau keliru dengan hati kau, cuba lah kau duduk diam-diam dan muhasabah diri.

Hidup kau bukan berputar pada kau seorang saja.

Cuba fikirkan hati dan perasaan orang-orang sekeliling kau sekali.

Kalau pun orang-orang keliling kau buat tak kisah, tapi ada kau kisah pasal diorang.

Kalau kau tu budak-budak, mungkin la boleh dimaafkan lagi.

Tapi kau bukan muda remaja lagi, kau sudah mumaiyiz.

Kau sudah cukup matang untuk fikir mana yang baik dan mana yang kurang baik untuk kau.

Ingat, hidup ini bukan lama.

Ingatlah bahawa hidup ini dipinjamkan sekejap cuma.

Cuba tetapkan hati dan terima kenyataan.

Jangan lompat dari satu batu ke batu yang lain.

Kau jugak yang merana nanti.

Jangan lupa, bukan kau seorang yang merana.

ORANG-ORANG YANG SAYANG KAU JUGAK MERANA.


1 comment:

beautiful mind + beautiful soul = beautiful you

Read more: http://www.pengerindu.com/2011/12/dapatkan-facebook-like-fanpage-popup.html#ixzz28HHMQhBs