Monday, September 6, 2010

Pukau ke?

If betol la dompet kau hilang, jatuh tak tahu di mana kenapa kau seperti tidak susah hati. Kalau betol la kau sedari tadi mengekori kami, kenapa kau datang dari arah berlainan. Kalau betol kau datang dari negeri lain dan mahu pulang semula ke negeri kau, kenapa kecil benar beg kau. Kalau benar kau sudah panggil kami, kenapa aku tidak dengar langsung panggilan kau. Kalau benar kau sedang kesusahan, kenapa kau cari pertolongan di tempat gelap. Kenapa tidak kau masuk je Mall yang di hadapan mata kau, yang dalamnya ada ratusan manusia untuk diminta tolong. Kau datang menghampiri kereta kami sebgitu rupa sungguh la mengejutkan dan menakutkan. Nak mintak pertolongan, jangan sampaikan takutkan orang. Nanti orang-orang pun takut nak beri pertolongan. Permintaan kau juga sungguh besar nilainya.

Aku terkejut. Dan, aku gelabah. Alhamdulillah masih dalam keadaan sedar.


p.s: bukan mahu syak wasangka, tapi sekarang ni macam-macam boleh jadi. Maka perlu extra berhati-hati. Be safe everyone!!!

No comments:

Post a Comment

beautiful mind + beautiful soul = beautiful you

Read more: http://www.pengerindu.com/2011/12/dapatkan-facebook-like-fanpage-popup.html#ixzz28HHMQhBs