Tuesday, September 7, 2010

Rasa Itu Datang Lagi.

Ya, rasa itu datang lagi. Aku gembira dan aku tahu ada getar di hatiku. Aku rasa aman dan damai seperti ketenangan melihat keindahan pantai. Tapi pada masa yang sama aku juga rasa sakit. Sakit yang bisa meruntun jiwa. Sakit itu hadir kerana sedar akan hakikat yang rasa itu bukan hak aku. Mutlaknya pada Tuhan dan aku masih tidak punya hak ke atas nya walaupun untuk secebis rasa. Mungkin aku hanya mampu memberi rasa bahagia itu pada orang lain yang sepatutnya. Biarlah aku menjadi pemerhati yang merasa kesakitan melihat kebahagiaan mereka. Kerana sekurang-kurangnya dari kesakitan itu akan memberi sirna bahagia buatku bilamana dia juga bahagia. Itu yang paling utama.

Cuma apa yang aku terkilan adalah bila sesuatu itu perlu menjadi rahsia antara kita, tetapi kau khabarkan pada yang lain. Aku berusaha menolong dengan ikhlas. Aku tidak meminta balasan jauh sekali pujian. Aku cuma mahukan sang pujaan gembira hatinya. Tolonglah jangan mementingkan diri yang mahu melepaskan diri sendiri tanpa memikirkan hati dan perasaan orang lain.


p.s: walaupun merajuk, tetapi effort anda amat dihargai. mahu tersenyum sepanjang hari...



No comments:

Post a Comment

beautiful mind + beautiful soul = beautiful you

Read more: http://www.pengerindu.com/2011/12/dapatkan-facebook-like-fanpage-popup.html#ixzz28HHMQhBs