Pernikahan menyingkap tabir rahsia,
isteri yang kamu nikahi,
tidaklah semulia Khadijah,
tidaklah setaqwa Aisyah.
Pun tidaklah setabah Fatimah,
justeru itu isteri hanyalah wanita akhir zaman yang punya cita-cita,
menjadi solehah,
pernikahan ataupun perkahwinan,
mengajar kita kewajipan bersama.
menginsafkan kita perlunya iman dan taqwa,
untuk belajar meniti sabar dan redha,
kerana memiliki isteri yang tidak sehebat mana,
justeru kamu akan tersentak dari alpa.
Kamu bukanlah Rasulullah S.A.W.
Pun bukanlah Saidina Ali Karramallah Wajhah.
Cuma kamu suami akhir zaman berusaha menjadi soleh.
No comments:
Post a Comment
beautiful mind + beautiful soul = beautiful you