Thursday, July 28, 2011

Anugerah Tuhan

Bilamana saat memerlukan, mereka ada disisi. Tidak kira sebagai penenang hati mahupun penyokong sorak. Kalau ada pertandingan pom pom girl, pasti mereka mampu menggondol piala kemenangan. Tidak mengapa tiada mereka selalu disisi. Tetapi hadirnya mereka bila kehadiran itu mengubat duka. Itu sudah lebih dari bahagia. Syukur. Biar masa dan jarak pemisah kasih, namun tidak sekali pemutus tali. Biar ia diduga cubaan agar sayang semakin utuh. Semoga kasih dan sayangnya bukan sikit-sikit tetapi melimpah ruah mengalir di setiap pelosok sendi. Syukur aku syukur dipertemukan dan dijodohkan sahabat yang baik budi pekerti. Moga Tuhan sentiasa merahmati.




Rindu itu sentiasa ada kerana kasih sentiasa bertaut. Sayang juga masih utuh kerana lekatnya ia dihati.

No comments:

Post a Comment

beautiful mind + beautiful soul = beautiful you

Read more: http://www.pengerindu.com/2011/12/dapatkan-facebook-like-fanpage-popup.html#ixzz28HHMQhBs