Mati itu pasti. Dalam gembira tadi tiba-tiba ketua kelas datang berjumpa minta kebenaran untuk sedekahkan Al-Fatihah untuk salah seorang rakan sekelas yang baru sahaja kematian pakcik sedara rapat. Aduhh!
Terus suasana kepoh kepochi bertukar menjadi suram sesuram hari yang disimbah hujan. Tambah sayu bila pelajar berkenaan menangis yang sangat kuat dan menyayat hati. Pedih!
Bila selesai bersedekah dan semua yang lain salam cium tangan untuk pulang, dia menjadi yang paling akhir untuk bersalaman. Masih bersisa tangisnya. Lantas aku peluk kejap. Kukuh dan kemas biar rasa itu sampai ke hatinya. Biar dia tahu ada yang sudi berkongsi. Lepaslah semua sengsara. Terbanglah semua derita.
Namun, manusia itu fitrahnya begitu. Lagi difahami, lagilah membuak-buak isi hatinya. Maka, semakin lebatlah hujan yang gerimis tadi. Bahu ku basah dek air mata dan air hidungnya sudah tidak diendah. Biarkan! Biarkan asal dapat memujuk walau sekelumit rasa pedih itu.
Aku lontarkan kata-kata buat semangat walau aku tahu suara aku yang tahan tangis itu terlalu nyata. Aku juga hampir menitis air mata. Hampir dan nyaris aku menangis bersama. Namun aku tahu, kalau aku juga rebah, maka runtuhlah semangat dia. Aku harus kuat melayan hati. Jangan biar ia mati!
Kataku sabar, sudah sampai masanya. Dia lebih bahagia disana, biarkan dia kecapi rasa itu. Jangan menangis, jangan meraung kalau kita sayang akannya. Agar dia tidak terseksa di sana. Makin lama makin kejap pelukan aku. Sambil aku terus gosok belakang badannya. Dengan harapan dia seceria selalu mampu mengankat muka berhias senyuman. Payah!
Reda tangisannya, aku usap lagi. Aku harap dia tenang kerna esok dia harus menduduki test yang penting. Aku tahu bukan mudah, namun kalau kita cuba lawan dan punya rakan yang sanggup bersusah bersama InsyaAllah ia tidak lagi mustahil.
Momen ini telah jauh membawa aku terbang ke momen-momen pedih, payah, pecah hatiku bila kehilangan abadi insan-insan kecintaan hati. Sakit!
Jom kita luang sedikit masa untuk bersedekah. Moga Allahyarham tenang di sana. Al-Fatihah.
p.s. RINDU AMAT!!
alfatihah
ReplyDelete