Thursday, October 25, 2012

Banyak udang banyak garam, banyak orang banyak ragam

Manusia ni banyak ragam.

Perangai pun banyak jugak. 

Sebab tu wujudnya pepatah "banyak udang banyak garam, banyak orang banyak ragam"

Terkadang orang yang kita rasa putih, sebenarnya hitam.

Terkadang orang yang kita sangka hitam, putih sebenarnya.

Itu persepsi yang ditambah rasa dengan pengalaman.

Maka muncullah pandangan skeptikal.

Seperti "eh orang macam ni selalunya perangai dia macam tuttttt"

Takkpun "ala biasalah kalau kerja kat tuuuuttt perangai pun sama tuttt"

Rasa-rasanya semua orang tak terlepas dari berfikiran skeptikal ni.

Maaf cakap, tapi kalau ada yang mengaku yang dia sangat positif dan terbuka 

pasti pernah ada terselit di hati yang sebaliknya.

Kalau tidak mana mungkin terkeluar kata-kata anggapan yang orang lain skeptikal tapi dia tak.

Maka kesimpulannya, ye manusia sangat banyak perangai yang susah untuk disamakan dengan manusia lain.

Jangan pernah serik dan menyesal untuk memahami.

Kerna kadang-kadang kita juga susah untuk difahami.

Cubalah belajar memberi dan menerima.

Tanpa mengharapkan tindakan atau balasan dari satu pihak sahaja.

Dan ingat,

What you give, you'll get back!


1 comment:

beautiful mind + beautiful soul = beautiful you

Read more: http://www.pengerindu.com/2011/12/dapatkan-facebook-like-fanpage-popup.html#ixzz28HHMQhBs