Monday, October 15, 2012

Felix Baumgartner the Red Bull Stratos: Mission Accomplished!


He is the man!

Felix Baumgartner seorang penerjun extreme Austria ( read: skydiver and BASE jumpers) telah berjaya mencipta rekod baru yang mana beliau berjaya melepasi kelajuan bunyi. Beliau yang berusia 44 tahun telah berjaya memecah rekod terjun sejauh 38 km (24miles/128, 000 feet) dari luar Bumi dengan kelajuan 833.9 mph. Ianya lebih laju dari kelajuan bunyi dan telah berjaya memecah rekod Chuck Yeager pada tahun 1947 iaitu 66 tahun lepas. Chuck Yeager juga merupakan mentor Felix Baumgartner sepanjang 5 tahun operasi persediaan untuk misi beliau.

Aksi terjunan beliau telah mendapat liputan meluas dengan adanya siaran lintas langusng di YouTube dan berjaya mencecah 8 Million penonton pada waktu yang sama. Ini kerana ramai yang teruja dengan tindakan 'berani mati' beliau.

Bukan itu sahaja, penaja Felix Baumgartner iaitu Red Bull telah meletak gambar beliau berjaya mendarat di New Mexico, di Facebook dan berjaya meraih 216, 000 likes, 10, 000 komen dan lebih 29,000 share pada masa kurang 40 minit. Bayangkan betapa ramai yang berkongsi sejarah yang dicipta oleh Felix Baumgartner!

Selain memecah rekod terjunan dengan kelajuan lebih pantas dari bunyi, Felix Baumgartner juga berjaya memecah 3 rekod lain iaitu penerbangan belon terbesar dan tertinggi oleh manusia, terjunan tertinggi dan masa paling lama bagi terjunan bebas.

Untuk info tambahan kelajuan bunyi adalah 761, 207 mph dan misi ini ditaja oleh RED BULL.



Inilah dia kapsul angkasa yang menempat Felix Baumgartner. 
Kapsul ini di angkat, di bawa dan dilepaskan dengan bantuan belon helium. 


Felix Baumgartner di dalam kapsul.


Pemandangan yang di lihat oleh Felix Baumgartner dari ketinggian 76. 695 feet dari Bumi.


Felix Baumgartner memulakan langkah untuk terjun.



Felix Baumgartner semasa terjunan.




Felix Baumgartner sejurus selepas mendarat.


Felix Baumgartner




Sources here, here, here, here


p.s. kalau syarikat minuman tenaga pun boleh, bila lagi kita nak boleh? huhu

9 comments:

  1. ada dgr td kat radio....perghhhh terer betul

    ReplyDelete
  2. ini btl2 hebat dan ngeri..berani btl mat saleh nih -.-'

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang terlebih berani ni.. nasib everything is just fine kann.

      Delete
  3. mak aiii dasyat ye dia 2..ntah kite leh jd cam 2 ke x... gayat lg adalah hehe

    (ratubidadarichenta.blogspot.com)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau Hanna memang dah menjerit sakan dah sebab gayat! haha

      Delete
  4. hai hana saya tag nama awak untu join segmen GA yana yassin. Jom ke http://suhairaabdullah.blogspot.com/2012/10/mega-giveaway-dari-wwwyanayassincom.html join! ;) tq

    ReplyDelete

beautiful mind + beautiful soul = beautiful you

Read more: http://www.pengerindu.com/2011/12/dapatkan-facebook-like-fanpage-popup.html#ixzz28HHMQhBs