Showing posts with label info. Show all posts
Showing posts with label info. Show all posts

Monday, October 15, 2012

Felix Baumgartner the Red Bull Stratos: Mission Accomplished!


He is the man!

Felix Baumgartner seorang penerjun extreme Austria ( read: skydiver and BASE jumpers) telah berjaya mencipta rekod baru yang mana beliau berjaya melepasi kelajuan bunyi. Beliau yang berusia 44 tahun telah berjaya memecah rekod terjun sejauh 38 km (24miles/128, 000 feet) dari luar Bumi dengan kelajuan 833.9 mph. Ianya lebih laju dari kelajuan bunyi dan telah berjaya memecah rekod Chuck Yeager pada tahun 1947 iaitu 66 tahun lepas. Chuck Yeager juga merupakan mentor Felix Baumgartner sepanjang 5 tahun operasi persediaan untuk misi beliau.

Aksi terjunan beliau telah mendapat liputan meluas dengan adanya siaran lintas langusng di YouTube dan berjaya mencecah 8 Million penonton pada waktu yang sama. Ini kerana ramai yang teruja dengan tindakan 'berani mati' beliau.

Bukan itu sahaja, penaja Felix Baumgartner iaitu Red Bull telah meletak gambar beliau berjaya mendarat di New Mexico, di Facebook dan berjaya meraih 216, 000 likes, 10, 000 komen dan lebih 29,000 share pada masa kurang 40 minit. Bayangkan betapa ramai yang berkongsi sejarah yang dicipta oleh Felix Baumgartner!

Selain memecah rekod terjunan dengan kelajuan lebih pantas dari bunyi, Felix Baumgartner juga berjaya memecah 3 rekod lain iaitu penerbangan belon terbesar dan tertinggi oleh manusia, terjunan tertinggi dan masa paling lama bagi terjunan bebas.

Untuk info tambahan kelajuan bunyi adalah 761, 207 mph dan misi ini ditaja oleh RED BULL.



Inilah dia kapsul angkasa yang menempat Felix Baumgartner. 
Kapsul ini di angkat, di bawa dan dilepaskan dengan bantuan belon helium. 


Felix Baumgartner di dalam kapsul.


Pemandangan yang di lihat oleh Felix Baumgartner dari ketinggian 76. 695 feet dari Bumi.


Felix Baumgartner memulakan langkah untuk terjun.



Felix Baumgartner semasa terjunan.




Felix Baumgartner sejurus selepas mendarat.


Felix Baumgartner




Sources here, here, here, here


p.s. kalau syarikat minuman tenaga pun boleh, bila lagi kita nak boleh? huhu

Tuesday, October 2, 2012

Yeahhh Exam Datang Lagi..




Sekarang ni tengah musim final exam. Maka ramailah umat yang merungut-rungut STRESS. Okay STOP!! Sebab lagi kita kerap ungkap perkataan STRESS tu lagi bertambahlah tekanan yang kita hadapi. Cuba kalau kita NO WORRIES, BE HAPPY je, InsyaAllah semua pasti akan okay.

Jom kita tengok apa yang boleh kita buat untuk kurangkan tekanan di saat-saat exam ni:

1. Study awal.
 - Jangan tunggu sampai esok paper, baru harini nak menelaah. Ini bukan test atau quiz. Ini adalah peluang
    terakhir untuk top up markah on-going kita yang tak seberapa tu. Ops! Kalau dah terlajak perahu boleh
    diundur, terlajak tak study tahulah nasib sendiri. kann?

    Okay fine, kalau dah lewat sangat dan tak boleh
    nak buat apa pun, cuba skim and scan je mana yang rasa penting dan tergerak di hati. Dah takda masa
    nak baca setiap perkataan di setiap mukasurat tau.

    Takpun, cuba buat study group. Berbincang dengan kawan-kawan dan buat soalan-soalan semester
    lepas. Dengan cara ini, secara tak langsung boleh buat kita ingat.

2. Tidur awal.
-   Okay bukan tidur dengan Awal Ashaari, marah Scha nanti. hehe. Tapi sila dapatkan tidur yang berkualiti.
    Sepatutnya kita kene tidur 8jam sehari kan? Tapi sebab nak study ni, sure semua tak dapat nak tidur 8jam    
    punya. So, apa yang boleh kita buat adalah dapatkan tidur yang berkualiti. Kalau Hanna, cukup la sejam
    dua tapi yang betul-betul tak diganggu. Cuma kalau boleh janganlah tiru macam Hanna. Silalah tidur lebih
    sikit, mungkin 4 jam?

    Sebabnya kalau kita pulun study dan tak tidur, kita takkan dapat banyak input. Percayalahh! Based on my
    own experience heeheheheee. Nanti keupayaan otak kita untuk menyerap maklumat adalah berkurang
    dan kadar degupan jantung kita semakin pantas. Inilah yang menyebabkan kita gugup. Tambah lagi kalau
    kita minum air yang ada caffeine atau apa-apa isotonic drink i.e. 100plus, Red Bull etc. So, bila kita
    nervous, kita akan ada tendency untuk lupa apa yang kita dah baca atau hafal yang mengakibatkan kita
    blank ataupun writer's block.

3. Diet yang sihat.
-   Ini paling penting, sebab pemakanan yang sihat akan membantu perkembangan otak kita. Silalah makan
    ikan banyak-banyak sebab ianya elok untuk otak. Takpun boleh ambil Ginkgo Biloba untuk membantu
    peredaran darah ke otak dan menguatkan daya ingatan.

    Lagi satu, kalau kita makan sebarangan, ia mungkin mengundang penyakit. Manalah tau kot dapat cirit-
    birit ke, kan dah memudaratkan kita. Silap-silap kita tak mampu untuk ke dewan peperiksaan. Maka,
    silalah jaga pemakanan okay.

4. Berfikiran positif.
-   Jangan bayangkan yang kita akan gagal ataupun dapat markah rendah ataupun tak mampu nak jawab
     soalan. Cuba bayangkan yang indah-indah. Ini secara tidak langsung menggerakkan minda bawah sedar
     kita untuk memperolehi apa yang kita citakan. Tapi berusaha sebelum tawakal perlu diamalkan okay.
     Kalau setakat visualize dapat 4flat tapi satu apa pun tak baca, jangan mimpi okay!

    Cuba jauhkan diri dari perkara-perkata negatif seperti kawan-kawan yang ajak berborak sampai 2-3pagi
    dan melekakan kita dari study. Ataupun kawan-kawan yang sudah sindir, perli, atau kacau emosi kita
    untuk tidak study. Contoh: "Alah kau takyah study pun 4flat" "Aku tak tak study pun lagi" (Walhal dia dah
   4kali khatam segala buku dan nota)

5. Tawakkal.
-   Okay now, sila berehat sebentar bersama KitKat. Tapi nak rehat dengan apa dan siapa pun tak kisah.
    Asalkan kita dapatkan rehat supaya otak dan badan kita pun boleh turut berehat. Kalau mesin pun tak
    henti buat kerja kan boleh rosak. Sama juga dengan kita. DON'T PUSH YOURSELF OVER THE
    LIMIT. Nanti semua jammed!

    Berdoa. Berdoa. dan berdoa. Yakin dengan diri dan janjiNya. Kalau dah berusaha pasti akan ada
    hasilnya. Dan pada hari peperiksaan nanti mulakan langkah dengan kaki kanan, berdoa, fikiran positif, dan
    tak perlu nak bawak notes untuk baca (dah takda masa da nak baca bagai) dan senyummmmm je.



All the best wishes. May God bless.





Tuesday, September 25, 2012

Study International

Pernah tak teringin, terfikir, terasa, terplan, terpergi, tertengok, (dan banyak lagi ter ter yang lain) untuk belajar di luar negara? Fefeling omputeh gitew! hehe. Tak kisahlah kategori 'ter' yang mana tapi kalau awak awak semua nak cuba nasib atau mahu tahu lebih lanjut mengenai study di luar negara, jom kita pergi International Education Fair yang akan berlangsung tak lama lagi.

Bile?

Dimana?

Okay. Okay, sabar. Bawak-bawak bertendang eh! Bawak betenang dulu! Jom kita layan pamphlet dulu.


1. Ni lah yang Hanna cerita tadi. International Education Fair ni akan berlangsung pada 5 Oktober 2012 bertempat di Suntech, Bayan Baru, Penang pada pukul 2pm-7pm.
Siapa tak tau direction, takpa! Hanna boleh guide sebab senang je.
Jom sembang-sembang dengan Hanna kat SINI


2. Ni pulak penganjur untuk event ni. Study International. 
www.studyinternational.com.my


3. Senarai universities di bawah seliaan Study International. 
Canada, USA, Italy, Russia, Kaplan International Colleges dan Navitas Group of Colleges.


4. Senarai universities di bawah seliaan Study International. 
Australia.



5. Senarai universities di bawah seliaan Study International. 
UK, Singapore dan NZ.



6. Senarai program yang ditawarkan di peringkat Pra-Universiti, Ijazah, Master dan PHD.


7.  Peta dan Alamat Study International.

Takut mahal? No! No! No! Jangan risau sebab nampak tak kat pamphlet tu, ada perkataan FREE! Yes. Rundingan adalah percuma. Nak tanya pasal tawaran pengajian, kursus dan program, permohonan pengajian, permohonan VISA, pengangkutan dan kemudahan penginapan dan jugak pembiayaan pelajaran etc semua pun boleh.

Jadi apa tunggu lagi! Bawak je semua dokumen yang agak-agak perlu dan sediakan berbakul-bakul soalan untuk para pegawai dari Study International nanti.

Nak pergi sama-sama dengan Hanna pun boleh. heeee

Selamat Maju Jaya =)


p.s. Senyummmmm jeeeeeee...

Thursday, September 6, 2012

Servis KFC Gunung Rapat

Selalunya kalau kita nak pergi makan kat luar, kebersihan, layanan servis yang diberikan adalah antara ciri-ciri penting yang perlu dititikberatkan. Haruslah timbang tara faktor-faktor tu, kalau tak makan hati la jawabnya kan.

Kalau sebut je KFC dari sekecil budak sampailah golongan emas mesti semua orang tau. "Sedap sehingga menjilat jari" kata tagline nya. Tapi kalau setakat jilat jari, servis tidak memuaskan memang ke laut la kan. Ye dulu memang banyak kes-kes pasal KFC vs staff, KFC vs customers etc. Lepas tu kira dah settle la bila tindakan dah di ambil, CCTV telah dipasang bagai. Macam mana perubahannya? Jom zoom-in sikit kat KFC Gunung Rapat, Ipoh.

Tempat besar, cantik tapi frankly speaking servis dorang memang agak ke laut sikit. Dah dua tiga kali pergi pun masih sama jugak. Kebersihan tu kadang-kadang lantai hitam je tak di mop. Dan ada sekali tu my auntie langsung tak lalu makan dan kitorg terpaksa cari KFC kat pekan tu sebabnya toilet dorang yang sangat kotor. Macam ada yang tak basuh dan tisu bertaburan.

Untuk pengetahuan semua, KFC tu 24jam tapi pelik selalu makanan or minuman dia takda or tak cukup 0r dah habis bila menjelag lewat malam. Hari tu nasi putih habis, then air panas pulak takda so apa ja yang tinggal? Kaunter ada banyak tapi semua tutup. Bukak pun hanya satu kaunter je. So semua orang pun beratur panjang-panjang. Dah lama sikt baru nak bukak kaunter lain tapi muka sangat tak boleh blah.

Okay fine, ktorang tau yang korang penat kerja dan berdiri depan kaunter tu. Tapi bila kita kerja di front-line, kene lah selalu maniskan muka tu. Kalau terpaksa fake kan senyuman, fake it! Senyum la sikit, baru la customer pun senang hati nak beli dan makan banyak-banyak. Ni tidak, siap buat muka bila ktorang placed order tadi. Pastu bila minta sudu and tisu, korang bagi banyak-banyak. Macam perli ke apa?

Helloooo. Kami bayar tau. Bukannya mintak ayam free ke ape. Serius terbantut selera makan. Nak bebel or tegur takut la pulak. Tak pasal je ayam ktorang dikakikan or diludahkan pulak nanti. Nasib baik lah dapat voucher free Legoland for kids. Walaupun tak tau zaman bila baru dapat pergi Legoland tu tapi sejuk la jugak hati ni.



Okay, pesanan untuk dear pekerja KFC Gunung Rapat, jom kita ringankan mulut untuk terus senyum nak tak??

Saturday, September 1, 2012

Mari Menutup Aurat

Sekarang ni ramai je yang bertudung  kan. Semakin ramai juga personaliti, selebriti, ikon, idol dan ramai lagi yang 'berhijrah'. Kebanyakkannya semua mengakui telah mendapat hidayah. Alhamdulillah.

Tapi ramai juga yang masih menganggap bertudung tu hanya kerana ikutan peredaran zaman, nak 'up-to-date' katenya. Barulah hipster sebab ikut trend. Orang lilit-lilit, kita pun nak lilit. Orang sarung-sarung, kita pun nak main sarung jugak. Semua sebab terikut-ikut. Penyudahnya, bila rasa bosan, bila dah bukan trend, tudung nan indah dicabut hilang tah kemana. Ada pula yang kata rezeki kurang semenjak bertudung. Jadi demi sesuap nasi, 'TERPAKSA' buka tudung semula. Nauzubillah.

Takutnya jadi macam ni. Takutnya kalau tiba-tiba buang tebiat tidak bertudung. To be honest, dulu masa mula-mula pakai tudung pun sebab terikut-ikut jugak. Pengaruh dari kakak sendiri masa zaman sekolah dolu-dolu. Mula-mula memang on-off. Tapi Alhamdulillah, tiada penyesalan sikit pun sekarang. Thanks Kakak!

Jom kita mulakan sedikit demi sedikit. Belajar untuk tutup apa yang perlu ditutup. I am far from perfect. Masih banyak yang kurang sempurna. Tutup pun masih belum sempurna. So sangat la tak layak untuk judge orang lain. Cumanya berharap hopefully one day, kita akan sama-sama berpimpin tangan ke arah kebenaran.

Okay kalau nak shopping tudung yang sopan, cantik, menutup aurat dan MURAHHHHHH jom kite shopping kat sini. Mane tahu kot-kot nanti suatu masa kita bertemu, kita pakai tudung yang sama. hehehe..aminn.
Jom shopping kat sini:




Tuesday, August 28, 2012

CHECKLIST BARANG: Nak Masuk U!!!!

Yeayyy!!! Lagi beberapa hari lagi akan ramai pelajar Degree/Master memulakan fasa kehidupan yang baru. Bagi yang baru nak masuk, hujung minggu ni dah start dengan registration dan lepas tu akan ada minggu oreintasi. Harap-harap lah sekarang ni dah takda buli-buli bagai ni. Bagi yang dah memang jadi pelajar, bersedilah untuk meneruskan pengajian ke semester seterusnya.

Weee seronoknya! Tak sabar nak belajar dan berkenalan dengan kawan-kawan baru kan!!!. Dulu masa tengah baru nak sambung belajar, excited sangat MasyaAllah! Tak sabar nak timba ilmu tu membuak-buak.Tapi kene ingat niat. Jangan 'hingke' sangat nak sambung belajar sebab nak dapat kerja best dan gaji tinggi je. Tapi biarlah atas dasar nak cari ilmu dan ikhlaskan hati. Kan Rasulullah pun menyarankan untuk belajar selagi boleh biar sampai ke negara China. Lagipun belajar tu kan salah satu fardhu kifayah.

Tapi jangan salah sangka. Kalau tak masuk U pun, bukan makna kita taknak menunaikan fardhu kifayah tu. Belajar tu kan luas dan banyak caranya. Cumanya masuk U ni pun antara salah satu caranya juga. Ingat lagi Allahyarham Ayah dulu sebelum pergi banyak kali menitipkan pesan yang kami tak punya harta untuk diagihkan tapi Ilmu sahaja harta yang mampu diberikan. InsyaAllah Ayah, kami anak-anak akan ingat.

Okaylahh. Untuk korang-korang yang nak masuk U tu, ni ha Checklist Barang yang akan diperlukan untuk kehidupan korang nanti. Ingat, kadang-kadang tu bukan senang nak keluar or balik kampung especially korang-korang kene lalui minggu orientasi tu. huuuuuu!





okay exciteddd!!!!

Monday, August 27, 2012

Oppa Gangnam Style - The Phenomenon



Siapa tak tengok lagi Oppa Gangnam Style sila angkat kaki sekarang!!! Haha. Okay ini memang serius! Serius sebab ramai sedang sibuk ber'Oppagangnamstyle' sampaikan kalau kat Twitter tu dua tiga minngu sudah jadi Worlwide trending!

Itu kalau kat Twitter kalau kat YouTube pulak, sekejap je page view Oppa Gangnam ni naik mencanak-canak. Semua dok sibuk usha video dia. Ada pulak tu yang siap hafal step lagi. Memang fenomena!!
Ha tengok la rating page view dia setakat harini dah 60,368,835 views wa cakap sama luuuu!!!!! Video tu baru je upload pada 15 July 2012.




Ni kalau ada pertandingan video fofular macam dalam movie Step Up, kompemmmmm Oppa Gangnam Style menang tanpa bertanding. 

Masalahnya, kalau tengok Oppa Gangnam Style mesti rasa macam nak guling-guling pecah perut. Lagi-lagi kalau tengok dengan adik beradik and cousins. Benda tak lawak pun boleh jadi lawak! haha. Tapi serius video ni rasa macam mintak tampo laju-laju. haha!

Kesan-kesan fenomena:

1. Sampai raya pun ada Gangnam style! Ini memang meriah la kan sebab satu famili pun participate and sporting habis! Jom tengok Suasana Raya Gangnam. Ni baru Malaysia style wa cakap sama luuu!





2. Empire State gun man pun boleh baca jadi  Empire State Gangnam! -_-! 

    Ni pulak Cik Mya la punya tahap obsesi !!!!


Okay apa tunggu lagi. Jom kita hafal step sama-sama! Boleh ganti Poco-poco and beat shuffle ni!!! haha


Monday, August 13, 2012

Tukar Duit Raya

Alhamdulillah, finally berjaya jugak tukar duit raya even dah last minute sangat. Cuma ada beberapa hari lagi sebelum raya. Kebanyakan bank sudah kehabisan duit untuk ditukar. Tapi memikirkan takkan takda duit raya langsung for the kids this year, dengan gigihnya mencari bank.

Nasib baik cubaan yang pertama sudah membuahkan hasil. Tadi pergi tukar duit dekat Hong Leong Bank Sungai Petani. Ramai lagi yang beratur untuk tukar. Tapi tak lama pun tunggu, tau-tau je dah selesai. Siap dah masuk kereta, keluar balik untuk buat penukaran kali kedua.

Alhamdulillah. Happy.


p.s. SO sesiapa yang tak tukar lagi, cepat2 insyaAllah masih sempat. Tapi jangan pergi bank yang komersial sangat, cari bank lain and tak ramai orang. hehe



Tuesday, November 22, 2011

AUMMMMMMM! HARIMAU MALAYA!

ehsan dari MalaysiaKini

Mendebarkan! Menggerunkn! Tekanan!
Alhamdulillah! Tahniah Harimau Malaya kerana berjaya mengekalkan pingat emas bolasepak Sukan Sea 2 kali berturut. Yang jarang sangat berlaku. Tapi anda berjaya buktikan semangat Malaysia Boleh!

Dua kali mengalahkan Indonesia di gelanggang mereka sendiri dan dihadapan ribuan penyokong mereka. Pastinya amat meninggalkan kesan mendalam. Jadi jangan takbur, jangan riak! Kekalkan kecemerlangan, tingkatkan usaha, insyaAllah kita boleh pergi jauh lagi dari ini.

Berbaloi rasa mengikuti setiap perlawanan Harimau Malaya. Tahniah!

Pagi ni rasa nak nangis dengar lagu semangat Harimau Malaya.
Over kan!!! haha.

Thursday, November 17, 2011

It is our choice to be happy

I came across this email and was whoa-ed by its content... here let me share some of the contents with you guys.


These are simple steps/guidelines for us to be happy: 


1. Free your heart from hate
2. Free  your mind from worry.
3. Live simple.
4. Give more
5. Expect less.


Let's (at least) practice some of it. May Allah bless us all.


updated: i miss everybodyyyyyy!!! T-T

Monday, October 31, 2011

Kill! Kill! Die! Die!

Rimas! Lemas! Tak suka! Kotor! Busuk! Selalunya inilah yang kita rasa bila melihat serangga kecil ni. Memang serangga ni tak mengacau tapi tapi ianya kotor dan boleh mendatangkan mudarat pada kesihatan kita. Boleh membawa penyakit. Okay siapa suka lipas sila angkat ketiak cepat!!!!



Tak suka! Tak suka! Selalunya kalau nampak lipas mesti rasa macam geli-geli. Jangan kan dalam rumah, kadang-kadang dalam kereta pun boleh ada lipas. Seriously tak tahu dari mana puncanya! Pernah sekali tu masuk satu kereta ni punya la banyak lipas siap beranak pinak banyak betul. Sana sini boleh nampak lipas-lipas dan anak lipas. Euww!!!

Macam mana nak halau lipas eh?


Petuanya senang je. Sekarang pergi cari daun pandan, yang warna hijau dan bau wangi tu. Ala yang kita guna untuk masak nasi lemak. Ambil dalam 2-3 helai daun pandan, carik-carikkan supaya bau dia lebih kuat. Lepas tu, ikat daun pandan tu secara gumpalan supaya jadi macam ni.


Lepas tu, boleh lah letak daun pandan tu kat tempat-tempat yang sesuai. Kalau dalam kereta tu, boleh lah letak kat bawah seat, dalam dashboard dan dalam bonet. Oh, nak buat macam potpori pon boleh. letak dalam kantung dan gantung kat dalam kereta. Bukan hanya boleh halau lipas, tapi boleh jugak wangikan kereta yang bau kepam tu. hehe..

Friday, October 28, 2011

Berat Belog Saya.

Yeay! Sudah timbang berat blog sendiri..Blog ni kite kene jaga jugak macam jaga badan walaupun secara realitinya badan sendiri pun tak terjaga..muahahaa..Blog kalau berat sangat sampai atas dari 100kb adalah kurang sihat dan akan menjadikan blog anda jadi lambat untuk browse.

Ini adalah berat belog yours truly sebelum tambah gadget ini.


kira sihat dan normal la kan sebab bawah 100kb.


Namun, langit tak selalunya cerah. Bila-bila masa saja berat blog ni akan naik. maka marilah kita diet sama-sama. Ayuh!!!




Ate moh le kite cek berat blog masing-masing..Jom klik sini penimbang berat!

Wednesday, October 26, 2011

The Kitchen Musical.

I just watched it just now and I find this new series is interesting and yummy. It makes me salivating. haha. I don't watch any musicals before but I am going to watch this one. Even though I can see amateur steps and kinda stiff movements and expressions yet they are delicious to be watched. And most importantly, Christian Bautista is too  scrumptious to be wasted off..hahaha..

It is a Pan Asian Musical television Series starring by Stephen Rahman Hughes as Alex Marcus (the executive chef), Karylle as Maddie Avilon (sous chef and The Avilon's owner's daughter), CHRISTIAN BAUTISTA as Daniel Ray ( Maddie's childhood friend as well as another sous chef), Rosemary Vandenbroucke as Selena Argon ( the sommelier of The Avilon) and other actors & actresses. The Kitchen Musical is a product of Singapore and to be watched all over Asia and Europe.




Let's watch the appetizer of The Kitchen Musical. hehe..


Monday, October 10, 2011

Sakit Bontot.

Bontot juga adalah sama maksud dengan punggung, punkoq serta ada lagi beberapa perkataan yang memberi maksud yang sama.

Okay ini bukan entri lucah. Sila cepat-cepat tutup tab kalau itu niat anda melangkah ke dalam entri ini. hehe. Harapan hanya akan tinggal harapan sahaja kerana apa yang anda cari tiada di sini. Maaf.

Tapi ini entri untuk distract diri buat beberapa ketika. hehe. Pernah tak korang rasa sakit bontot atau mungkin juga lenguh-lenguh sebab duduk terlalu lama. Okay jangan jadi bias. Bukan orang kurus je yang akan merasai perasaan ini tau! Orang yang gempal, bersaiz sederhana, chubby or berisi pun tidak lepas dari pengalaman ini. Betul, percaya lah!!!

Kalau rasa sakit/lenguh sebab terlalu lama duduk dan fokus buat kerja jadi mari kita bangun dan melakukan sedikit regangan. Let's Jom, Ayuhhh!!! Jangan duduk lama-lama sebab nanti peredaran darah tidak lancar dan akan menjadikan kita mengantuk dan malas. Maka jangan jadikan nasi lemak or apa-apa nasi sebab alasan okay. Dah! Dah! tak reti-reti ke nak bangunnnnnn!!!!!!



So bila bosan dan sakit bontot, maka inilah hasilnya. Capturing pictures time uols!!! Go get your camera and snap snap! By the way, ini adalah panorama dari dalam bilik ofisku sorgaku la sangat!..

Alang-alang kepalang cakap pasal bontot, mari kita sahut kempen WIR (Wear It Right): Say What? Cover the butt by Sue Anna Joe. This is the second campaign. The first one is WIR: Covering the chest is the best! Kedua-dua kempen ini sangat lah bertetapan dengan tuntutan sebagai seorang Muslimat. Mari cepat join kempen sama-sama!!


Apa tunggu lagi, cabar diri anda sekarang!!!


updated: beberapa ketika selepas gambar diambil, hujan lebat telah turun mencurah-curah membasahi bumi. Alhamdulillah, rahmat!

Friday, August 19, 2011

Jangan Lupa Namaku - Pompa Bensin


Yes! Finally the song is out. I have been waiting for this song since the earliest episodes of Ramadan Terakhir. The drama has been on air July, 26th  2011. It is on TV3. I think this drama has its own values that attract viewers like me. I will wait exactly in front of the tv every 10.30 pm every Tuesday-Thursday night. Even if I have classes or anything need to be done during the night, I will make sure not to miss the episode. There was one time I cried and missed all the closest people in my life during watching one of the episodes. It touched the bottom of my heart. Credit should also be given for the OST of this drama by Pompa Bensin. It is marvelous! The song really suits the story line.

Something about the group:

Pompa Bensin is a special project band formed in Kuala Lumpur, Malaysia in 2009. The group consists of AzmaAiza Y (vocals) and AG (bass, guitar, keyboards & percussion), Andra Ahmad (Vocals & guitar) and Aidan Alicia (vocals). All four members are involved in songwriting and production.

Taken from their fanpage!

t
Okay. Enjoy the song!

here's the lyric.


Lirik Lagu Jangan Lupa Namaku - Pompa Bensin
Walau aku tidak bersamamu
Jangan engkau lupakan diriku
Walau aku tiada di sisimu
Jangan engkau lupakan namaku

Kerana
Aku mengingati mu
Kerana
Aku mencintaimu

Andai aku
Bisa bertemumu
Dengan senyum ku tadah syukurku
Andai aku bisa menyentuhmu
Air mata pasti deras gugur

Kerana
Aku merindui mu
Kerana aku sentiasa
Menyintaimu oh sepenuh hati

Walau kamu
Jauh di mataku
Jangan aku hilang dalam kalbu
Saat kamu samar mengingati
Jangan aku terus kau lupakan

Kerana aku
Sentiasa mengingatimu
Kerana aku
Sentiasa menyayangimu oh sepenuh hati

Andai aku bisa memelukmu
Pasrah aku tabah diujimu
Andai aku bisa dicintai
Dengan rela menyerahkan hati

Kerana
Aku merindui mu
Kerana aku sentiasa menyintaimu



Saturday, July 30, 2011

Off men and women

This is about marriage.

I have read something on this topic which makes me realize no one is perfect. How perfect is perfect may vary from one person to another. We may perceive different views than the others. They may have another perceptions compare to us. Depends...

About my reading, I've that no matter how bad or good men and women before marriage do not make or change anything. Because what most important is the attitude right before akad, during the akad and the life after marriage. If the man or woman is not good, bad attitude and whatnot, who knows what would happen and they might change to betterment. Being judgmental is not healthy.

I myself is being judgmental. I think I have to let it be and hoping for the best because He knows what best for us all.


Love.Love.Love
Read more: http://www.pengerindu.com/2011/12/dapatkan-facebook-like-fanpage-popup.html#ixzz28HHMQhBs