Thursday, September 6, 2012

Servis KFC Gunung Rapat

Selalunya kalau kita nak pergi makan kat luar, kebersihan, layanan servis yang diberikan adalah antara ciri-ciri penting yang perlu dititikberatkan. Haruslah timbang tara faktor-faktor tu, kalau tak makan hati la jawabnya kan.

Kalau sebut je KFC dari sekecil budak sampailah golongan emas mesti semua orang tau. "Sedap sehingga menjilat jari" kata tagline nya. Tapi kalau setakat jilat jari, servis tidak memuaskan memang ke laut la kan. Ye dulu memang banyak kes-kes pasal KFC vs staff, KFC vs customers etc. Lepas tu kira dah settle la bila tindakan dah di ambil, CCTV telah dipasang bagai. Macam mana perubahannya? Jom zoom-in sikit kat KFC Gunung Rapat, Ipoh.

Tempat besar, cantik tapi frankly speaking servis dorang memang agak ke laut sikit. Dah dua tiga kali pergi pun masih sama jugak. Kebersihan tu kadang-kadang lantai hitam je tak di mop. Dan ada sekali tu my auntie langsung tak lalu makan dan kitorg terpaksa cari KFC kat pekan tu sebabnya toilet dorang yang sangat kotor. Macam ada yang tak basuh dan tisu bertaburan.

Untuk pengetahuan semua, KFC tu 24jam tapi pelik selalu makanan or minuman dia takda or tak cukup 0r dah habis bila menjelag lewat malam. Hari tu nasi putih habis, then air panas pulak takda so apa ja yang tinggal? Kaunter ada banyak tapi semua tutup. Bukak pun hanya satu kaunter je. So semua orang pun beratur panjang-panjang. Dah lama sikt baru nak bukak kaunter lain tapi muka sangat tak boleh blah.

Okay fine, ktorang tau yang korang penat kerja dan berdiri depan kaunter tu. Tapi bila kita kerja di front-line, kene lah selalu maniskan muka tu. Kalau terpaksa fake kan senyuman, fake it! Senyum la sikit, baru la customer pun senang hati nak beli dan makan banyak-banyak. Ni tidak, siap buat muka bila ktorang placed order tadi. Pastu bila minta sudu and tisu, korang bagi banyak-banyak. Macam perli ke apa?

Helloooo. Kami bayar tau. Bukannya mintak ayam free ke ape. Serius terbantut selera makan. Nak bebel or tegur takut la pulak. Tak pasal je ayam ktorang dikakikan or diludahkan pulak nanti. Nasib baik lah dapat voucher free Legoland for kids. Walaupun tak tau zaman bila baru dapat pergi Legoland tu tapi sejuk la jugak hati ni.



Okay, pesanan untuk dear pekerja KFC Gunung Rapat, jom kita ringankan mulut untuk terus senyum nak tak??

7 comments:

  1. haha funny. bila bertugas tu kenala tahu bidang tugas tu. kenala entertain customer kan... kalau tak nak, takpayah kerja, senang. heheh :p

    ReplyDelete
  2. senyumlah senyumlah ahaiiii cek mek molek ;p

    ReplyDelete
  3. Mya: betul tu. walaupun penat tapi please la entertatin customers tu. we paid for the services kan..huhu

    ReplyDelete
  4. Dkna Abza: hhheeeeeee...senyum ni..senyummmmmmmmm =))))

    ReplyDelete
  5. setahu saya dulu KFC(fastfood) ade peraturan tau. 2 minit tuk satu order tapi sekrang saya tgk KFC banyak betul yang buat keje lemah longlai.. sabo je la.. belom part dapat ayam separuh tapak tangan.. menyedihkan.

    ReplyDelete
  6. Maria: itu la..kadang-kadang tengok ramai je staff tapi servis agak slow jugak. tapi mungkin la sebahagian je macam ni. yang lain hopefully tip top!

    ReplyDelete
  7. korang senangla ckp itu ini, cuba korang buat keje cane plak gayanya, rasa cust campak duit kat korang?

    ReplyDelete

beautiful mind + beautiful soul = beautiful you

Read more: http://www.pengerindu.com/2011/12/dapatkan-facebook-like-fanpage-popup.html#ixzz28HHMQhBs