Tuesday, October 2, 2012

Yeahhh Exam Datang Lagi..




Sekarang ni tengah musim final exam. Maka ramailah umat yang merungut-rungut STRESS. Okay STOP!! Sebab lagi kita kerap ungkap perkataan STRESS tu lagi bertambahlah tekanan yang kita hadapi. Cuba kalau kita NO WORRIES, BE HAPPY je, InsyaAllah semua pasti akan okay.

Jom kita tengok apa yang boleh kita buat untuk kurangkan tekanan di saat-saat exam ni:

1. Study awal.
 - Jangan tunggu sampai esok paper, baru harini nak menelaah. Ini bukan test atau quiz. Ini adalah peluang
    terakhir untuk top up markah on-going kita yang tak seberapa tu. Ops! Kalau dah terlajak perahu boleh
    diundur, terlajak tak study tahulah nasib sendiri. kann?

    Okay fine, kalau dah lewat sangat dan tak boleh
    nak buat apa pun, cuba skim and scan je mana yang rasa penting dan tergerak di hati. Dah takda masa
    nak baca setiap perkataan di setiap mukasurat tau.

    Takpun, cuba buat study group. Berbincang dengan kawan-kawan dan buat soalan-soalan semester
    lepas. Dengan cara ini, secara tak langsung boleh buat kita ingat.

2. Tidur awal.
-   Okay bukan tidur dengan Awal Ashaari, marah Scha nanti. hehe. Tapi sila dapatkan tidur yang berkualiti.
    Sepatutnya kita kene tidur 8jam sehari kan? Tapi sebab nak study ni, sure semua tak dapat nak tidur 8jam    
    punya. So, apa yang boleh kita buat adalah dapatkan tidur yang berkualiti. Kalau Hanna, cukup la sejam
    dua tapi yang betul-betul tak diganggu. Cuma kalau boleh janganlah tiru macam Hanna. Silalah tidur lebih
    sikit, mungkin 4 jam?

    Sebabnya kalau kita pulun study dan tak tidur, kita takkan dapat banyak input. Percayalahh! Based on my
    own experience heeheheheee. Nanti keupayaan otak kita untuk menyerap maklumat adalah berkurang
    dan kadar degupan jantung kita semakin pantas. Inilah yang menyebabkan kita gugup. Tambah lagi kalau
    kita minum air yang ada caffeine atau apa-apa isotonic drink i.e. 100plus, Red Bull etc. So, bila kita
    nervous, kita akan ada tendency untuk lupa apa yang kita dah baca atau hafal yang mengakibatkan kita
    blank ataupun writer's block.

3. Diet yang sihat.
-   Ini paling penting, sebab pemakanan yang sihat akan membantu perkembangan otak kita. Silalah makan
    ikan banyak-banyak sebab ianya elok untuk otak. Takpun boleh ambil Ginkgo Biloba untuk membantu
    peredaran darah ke otak dan menguatkan daya ingatan.

    Lagi satu, kalau kita makan sebarangan, ia mungkin mengundang penyakit. Manalah tau kot dapat cirit-
    birit ke, kan dah memudaratkan kita. Silap-silap kita tak mampu untuk ke dewan peperiksaan. Maka,
    silalah jaga pemakanan okay.

4. Berfikiran positif.
-   Jangan bayangkan yang kita akan gagal ataupun dapat markah rendah ataupun tak mampu nak jawab
     soalan. Cuba bayangkan yang indah-indah. Ini secara tidak langsung menggerakkan minda bawah sedar
     kita untuk memperolehi apa yang kita citakan. Tapi berusaha sebelum tawakal perlu diamalkan okay.
     Kalau setakat visualize dapat 4flat tapi satu apa pun tak baca, jangan mimpi okay!

    Cuba jauhkan diri dari perkara-perkata negatif seperti kawan-kawan yang ajak berborak sampai 2-3pagi
    dan melekakan kita dari study. Ataupun kawan-kawan yang sudah sindir, perli, atau kacau emosi kita
    untuk tidak study. Contoh: "Alah kau takyah study pun 4flat" "Aku tak tak study pun lagi" (Walhal dia dah
   4kali khatam segala buku dan nota)

5. Tawakkal.
-   Okay now, sila berehat sebentar bersama KitKat. Tapi nak rehat dengan apa dan siapa pun tak kisah.
    Asalkan kita dapatkan rehat supaya otak dan badan kita pun boleh turut berehat. Kalau mesin pun tak
    henti buat kerja kan boleh rosak. Sama juga dengan kita. DON'T PUSH YOURSELF OVER THE
    LIMIT. Nanti semua jammed!

    Berdoa. Berdoa. dan berdoa. Yakin dengan diri dan janjiNya. Kalau dah berusaha pasti akan ada
    hasilnya. Dan pada hari peperiksaan nanti mulakan langkah dengan kaki kanan, berdoa, fikiran positif, dan
    tak perlu nak bawak notes untuk baca (dah takda masa da nak baca bagai) dan senyummmmm je.



All the best wishes. May God bless.





7 comments:

  1. goodluck!!.
    orang cakap, usia remaja ni, atau golongan pelajar ni.
    tidur 4-5 jam dah memadai.
    tak sure lah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu Wan. Jumlah jam tak penting asalkan berkualiti =))

      Delete
  2. Best of luck Hanna..moga mudah menjawab soalan

    ReplyDelete
  3. norinaomar&Jue Jaynee: Thanks a bunch tapi Hanna tak amek pun exam =))

    ReplyDelete
  4. assalamualaikum...selamat berjaya yer...:)

    ReplyDelete

beautiful mind + beautiful soul = beautiful you

Read more: http://www.pengerindu.com/2011/12/dapatkan-facebook-like-fanpage-popup.html#ixzz28HHMQhBs