Showing posts with label Tips. Show all posts
Showing posts with label Tips. Show all posts

Sunday, October 14, 2012

Busuk~!






Pernah tak hidu bau yang paling susah nak dilupakan? Tak kisah la bau tu wangi ke busuk ke tapi yang penting susah sangat nak lupa.

Kadang-kadang tu apa sahaja atau di mana sahaja akan terhidu bau yang satu tu. Lepas tu mulalah tersingkap segala kenangan indah atau tak berapa nak indah sangat tu. Tak pun, setiap kali terhidu bau yang satu tu, mesti terus teringin nak makan, nak dapatkan atau nak pergi ke tempat yang berkaitan bau tadi tu.

Pernah tak? Pernah tak?

Please lahhhh kata yang korang pernah mengalami keadaan ni? Sebabnya Hanna rasa sedang mengalami benda yang sama jugak! Sobs!

Malangnya bau yang Hanna rasa mana-mana dan apa-apa pun ada bau yang sama adalah sejenis yang berbau tidak enak!!

Ahhhhhhhh!!! I wanna get rid of this smell!


oh! by the way, tetibe Hanna jumpa tips untuk check telur tu dah expired ke belum. huhu.So next time bolehlah cek sebelum masak hokai!





Tuesday, October 2, 2012

Yeahhh Exam Datang Lagi..




Sekarang ni tengah musim final exam. Maka ramailah umat yang merungut-rungut STRESS. Okay STOP!! Sebab lagi kita kerap ungkap perkataan STRESS tu lagi bertambahlah tekanan yang kita hadapi. Cuba kalau kita NO WORRIES, BE HAPPY je, InsyaAllah semua pasti akan okay.

Jom kita tengok apa yang boleh kita buat untuk kurangkan tekanan di saat-saat exam ni:

1. Study awal.
 - Jangan tunggu sampai esok paper, baru harini nak menelaah. Ini bukan test atau quiz. Ini adalah peluang
    terakhir untuk top up markah on-going kita yang tak seberapa tu. Ops! Kalau dah terlajak perahu boleh
    diundur, terlajak tak study tahulah nasib sendiri. kann?

    Okay fine, kalau dah lewat sangat dan tak boleh
    nak buat apa pun, cuba skim and scan je mana yang rasa penting dan tergerak di hati. Dah takda masa
    nak baca setiap perkataan di setiap mukasurat tau.

    Takpun, cuba buat study group. Berbincang dengan kawan-kawan dan buat soalan-soalan semester
    lepas. Dengan cara ini, secara tak langsung boleh buat kita ingat.

2. Tidur awal.
-   Okay bukan tidur dengan Awal Ashaari, marah Scha nanti. hehe. Tapi sila dapatkan tidur yang berkualiti.
    Sepatutnya kita kene tidur 8jam sehari kan? Tapi sebab nak study ni, sure semua tak dapat nak tidur 8jam    
    punya. So, apa yang boleh kita buat adalah dapatkan tidur yang berkualiti. Kalau Hanna, cukup la sejam
    dua tapi yang betul-betul tak diganggu. Cuma kalau boleh janganlah tiru macam Hanna. Silalah tidur lebih
    sikit, mungkin 4 jam?

    Sebabnya kalau kita pulun study dan tak tidur, kita takkan dapat banyak input. Percayalahh! Based on my
    own experience heeheheheee. Nanti keupayaan otak kita untuk menyerap maklumat adalah berkurang
    dan kadar degupan jantung kita semakin pantas. Inilah yang menyebabkan kita gugup. Tambah lagi kalau
    kita minum air yang ada caffeine atau apa-apa isotonic drink i.e. 100plus, Red Bull etc. So, bila kita
    nervous, kita akan ada tendency untuk lupa apa yang kita dah baca atau hafal yang mengakibatkan kita
    blank ataupun writer's block.

3. Diet yang sihat.
-   Ini paling penting, sebab pemakanan yang sihat akan membantu perkembangan otak kita. Silalah makan
    ikan banyak-banyak sebab ianya elok untuk otak. Takpun boleh ambil Ginkgo Biloba untuk membantu
    peredaran darah ke otak dan menguatkan daya ingatan.

    Lagi satu, kalau kita makan sebarangan, ia mungkin mengundang penyakit. Manalah tau kot dapat cirit-
    birit ke, kan dah memudaratkan kita. Silap-silap kita tak mampu untuk ke dewan peperiksaan. Maka,
    silalah jaga pemakanan okay.

4. Berfikiran positif.
-   Jangan bayangkan yang kita akan gagal ataupun dapat markah rendah ataupun tak mampu nak jawab
     soalan. Cuba bayangkan yang indah-indah. Ini secara tidak langsung menggerakkan minda bawah sedar
     kita untuk memperolehi apa yang kita citakan. Tapi berusaha sebelum tawakal perlu diamalkan okay.
     Kalau setakat visualize dapat 4flat tapi satu apa pun tak baca, jangan mimpi okay!

    Cuba jauhkan diri dari perkara-perkata negatif seperti kawan-kawan yang ajak berborak sampai 2-3pagi
    dan melekakan kita dari study. Ataupun kawan-kawan yang sudah sindir, perli, atau kacau emosi kita
    untuk tidak study. Contoh: "Alah kau takyah study pun 4flat" "Aku tak tak study pun lagi" (Walhal dia dah
   4kali khatam segala buku dan nota)

5. Tawakkal.
-   Okay now, sila berehat sebentar bersama KitKat. Tapi nak rehat dengan apa dan siapa pun tak kisah.
    Asalkan kita dapatkan rehat supaya otak dan badan kita pun boleh turut berehat. Kalau mesin pun tak
    henti buat kerja kan boleh rosak. Sama juga dengan kita. DON'T PUSH YOURSELF OVER THE
    LIMIT. Nanti semua jammed!

    Berdoa. Berdoa. dan berdoa. Yakin dengan diri dan janjiNya. Kalau dah berusaha pasti akan ada
    hasilnya. Dan pada hari peperiksaan nanti mulakan langkah dengan kaki kanan, berdoa, fikiran positif, dan
    tak perlu nak bawak notes untuk baca (dah takda masa da nak baca bagai) dan senyummmmm je.



All the best wishes. May God bless.





Saturday, September 15, 2012

Tutorial: Macam Mana Nak Remove MyStart by Incredibar




Siapa ada masalah dengan MyStart by Incredibar sila angkat tangan!!! Setiap kali open new tab je mesti ada keluar search engine MyStart ni even kita dah default setting pakai Google. Seriously tak suka dan almost give up tak tahu nak buat macam mana dah.

Bila baca review dan try macam-macam ikut cara tu, hanya Internet Explorer je yang dah okay. Bila bukak tab baru keluar Google, tapi Chrome still tak boleh. Kalau korang dah try remove program, dah try uninstall pun tak boleh, ce cube cara ni pulak. Senang je and now Alhamdulillah my Chrome is back to normal jyeahhh!!

Just follow these simple steps kay uols:

1. Mula-mula buka Chrome.
2. Then pergi kat icon Wrench atau kita panggil Spanar
3. Klik pada setting.
4. Nanti akan keluar page ni chrome://chrome/settings/

5. Now dekat sebelah kiri tu ada 4 pilihan: HistoryExtensionSetting, Help
6. Klik pada Extension



7. Nanti akan ada beberapa pilihan yang ada checkbox. 

8. Uncheck pada kotak Enable untuk New tab for Chrome™ 1.0.0



9. Tadaaa!!! Now bolehlah buka tab baru dan terus ke Chrome. Dah tak semak samun dah! yeay! 





Friday, September 14, 2012

Tutorial: Macam Mana Nak letak Facebook Fan Page di Blog

Hanna tahu entri ni poyo sikit macam 'hek eleh kau readers pun tak ramai tapi sibuk-sibuk buat fan page bagai.' Haha. Tapi takpa sebab terpulang lah nak buat fan page ke tak sebab bukan kene bayar pun. Eh defensive pulak kau Hanna! heeee

Okay sebenarnya tutorial ni Hanna buat sebab kebanyakkan tutorial yang ada semua macam guna cara lama. Penat dah Hanna selongkar sana, korek sini sampai rasa macam dah nak give up! Sebabnya dok ikut tutorial tu semua tapi still tak boleh nak tempek fan page tu kat blog.

Akhirnya bila dah godek-godek sendiri barulah jumpa jalan penyelesaian. Pheww!! Okay jum follow these simple steps.

1. Firstly, mestilah kene ada fan page dulu. Then bila kita bukak fan page tu, dekat atas sekali under Admin Panel, KLIK dekat EDIT PAGE.


2. Bila dah klik, kita akan dapat page macam ni. Tengok dekat list yang sebelah kiri tu. Then KLIK pada RESOURCES. Lepas tu dia akan keluar semua senarai macam dekat belah kanan tu pulak.

3. Then KLIK pada USE SOCIAL PLUGINS.


4. Nanti dia akan senaraikan 10 jenis plugins. Okay so now KLIK pada LIKE BOX.


5. Lepas tu isi semua details tu. Ikut kesesuaian dan kegemaran kita gitew!



Kalau tak tau, boleh rujuk panduan kat bawah ni.




6.Okay now mana nak cari URL fan page kita? Don't worry senang je. Pergi balik dekat fan page kita, then COPY je address URL kat atas tu. 



7. Kalau dah puas hati, boleh lah KLIK GET CODE. Jangan risau sebab kita boleh nampak preview setting yang kita pilih tu. And, kalaupun dah siap dan kita tak suka, kita boleh buat semula. Bila-bila masa je.




Bila dah KLIK GET CODE, akan ada satu pop up box macam ni. Sebenarnya ni lah code HTML yang akan digunakan untuk tempek kat blog kita nanti. Ada banyak pilihan code yang boleh dipilih okay!


8. Tapi dalam banyak-banyak pilihan code tu, Hanna pilih format IFRAME. So apa tunggu lagi, terus je COPY code okay!!!



9. Lastly, lepas dah COPY semua, terus la tempek kat blog kesayangan kita tu. Caranya mesti tau kan?? Mulakan dengan ADD A GADGET, lepas tu pilih ADD HTML, then PASTE code tadi. Susun kedudukan yang kita suka.

We are done!!!!


p.s. Tolonglah like page Hanna kay. lotsa love!!!





Monday, October 31, 2011

Kill! Kill! Die! Die!

Rimas! Lemas! Tak suka! Kotor! Busuk! Selalunya inilah yang kita rasa bila melihat serangga kecil ni. Memang serangga ni tak mengacau tapi tapi ianya kotor dan boleh mendatangkan mudarat pada kesihatan kita. Boleh membawa penyakit. Okay siapa suka lipas sila angkat ketiak cepat!!!!



Tak suka! Tak suka! Selalunya kalau nampak lipas mesti rasa macam geli-geli. Jangan kan dalam rumah, kadang-kadang dalam kereta pun boleh ada lipas. Seriously tak tahu dari mana puncanya! Pernah sekali tu masuk satu kereta ni punya la banyak lipas siap beranak pinak banyak betul. Sana sini boleh nampak lipas-lipas dan anak lipas. Euww!!!

Macam mana nak halau lipas eh?


Petuanya senang je. Sekarang pergi cari daun pandan, yang warna hijau dan bau wangi tu. Ala yang kita guna untuk masak nasi lemak. Ambil dalam 2-3 helai daun pandan, carik-carikkan supaya bau dia lebih kuat. Lepas tu, ikat daun pandan tu secara gumpalan supaya jadi macam ni.


Lepas tu, boleh lah letak daun pandan tu kat tempat-tempat yang sesuai. Kalau dalam kereta tu, boleh lah letak kat bawah seat, dalam dashboard dan dalam bonet. Oh, nak buat macam potpori pon boleh. letak dalam kantung dan gantung kat dalam kereta. Bukan hanya boleh halau lipas, tapi boleh jugak wangikan kereta yang bau kepam tu. hehe..
Read more: http://www.pengerindu.com/2011/12/dapatkan-facebook-like-fanpage-popup.html#ixzz28HHMQhBs