Monday, October 31, 2011

Kill! Kill! Die! Die!

Rimas! Lemas! Tak suka! Kotor! Busuk! Selalunya inilah yang kita rasa bila melihat serangga kecil ni. Memang serangga ni tak mengacau tapi tapi ianya kotor dan boleh mendatangkan mudarat pada kesihatan kita. Boleh membawa penyakit. Okay siapa suka lipas sila angkat ketiak cepat!!!!



Tak suka! Tak suka! Selalunya kalau nampak lipas mesti rasa macam geli-geli. Jangan kan dalam rumah, kadang-kadang dalam kereta pun boleh ada lipas. Seriously tak tahu dari mana puncanya! Pernah sekali tu masuk satu kereta ni punya la banyak lipas siap beranak pinak banyak betul. Sana sini boleh nampak lipas-lipas dan anak lipas. Euww!!!

Macam mana nak halau lipas eh?


Petuanya senang je. Sekarang pergi cari daun pandan, yang warna hijau dan bau wangi tu. Ala yang kita guna untuk masak nasi lemak. Ambil dalam 2-3 helai daun pandan, carik-carikkan supaya bau dia lebih kuat. Lepas tu, ikat daun pandan tu secara gumpalan supaya jadi macam ni.


Lepas tu, boleh lah letak daun pandan tu kat tempat-tempat yang sesuai. Kalau dalam kereta tu, boleh lah letak kat bawah seat, dalam dashboard dan dalam bonet. Oh, nak buat macam potpori pon boleh. letak dalam kantung dan gantung kat dalam kereta. Bukan hanya boleh halau lipas, tapi boleh jugak wangikan kereta yang bau kepam tu. hehe..

2 comments:

  1. ni berdasarkan pengalaman ke hihi? =p

    ReplyDelete
  2. Eh bukan pengalaman. Cuma pemerhatian je..hehe

    ReplyDelete

beautiful mind + beautiful soul = beautiful you

Read more: http://www.pengerindu.com/2011/12/dapatkan-facebook-like-fanpage-popup.html#ixzz28HHMQhBs