Suatu yang sangat subjektif, sukar untuk di interpretasi.
Kadang kita rasa seperti kita sudah kuasai hati sendiri tetapi, sebenarnya banyak lagi yang kita belum fasih.
Akan ada sahaja benda baharu yang kita singkap setiap kali kita berdepan dengan persoalan hati.
Setiap satu itu, pasti akan memberi kesan dan impak yang berbeza.
Mungkin bagi kita, kita sudah cukup bersedia, kita sudah mahir dan berpengalaman.
Namun hakikatnya, kita ini lemah.
Segala jenis persediaan mahupun kekuatan akan perlahan hilang bilamana masalah hati datang bertandang.
I think I have written something about "Hati-hati dengan Hati" some times ago.
So, this time around, more or less the same.
It just that, this time I tweeted these 'luahan hati' but then I deleted it due to personal reasons.
Then again, I think I need to put it here as my own compilation as for future reference.
Who knows I might need these kinds of pep talk in the near future.
So here it goes...
***
Hati-hati dengan hati.
Sakit hati, susah hati, patah hati.
Jatuh hati lagi kene hati-hati.
Sebab ikut hati, mati.
Jadi jangan suka hati.
***
Hati-hati dengan hati.
Kau susah hati.
Kau fikir bagai nak mati.
Kau jugak yang penat nanti.
Lagi tambah sakit hati.
***
Hati-hati dengan hati.
Buat baik kau di salah erti.
Buat jahat kau di benci.
Sudahnya kau sendiri.
Pergi jauh bawa diri.
***
Hati-hati dengan hati.
Kau jaga rapi, takut patah hati.
Tapi kau lupa diri.
Bila sakit, kau tanggung sendiri.
***
Hati-hati dengan hati.
Niat yang baik boleh di salah erti.
Walau kau cuba perbaiki.
Usaha itu ini.
Tapi tetap tiada siapa memahami.
***
Hati-hati dengan hati.
Silap langkah kau nanti,
Bawa musibah pada diri.
Kau tak tahu mana nak pergi,
Meratap lagi kau sendiri.
***
Hati-hati dengan hati.
Kalau kau sayang diri,
Kene pandai jaga hati.
Supaya kau tak kecewa lagi.
***
Hati-hati dengan hati.
Kau jangan susah hati,
Tanggung masalah sendiri,
Okay la tu nanti, baru la kau happy.
***
Hati-hati dengan hati.
Niat kau ikhlas dan suci,
Kau tahu batas diri,
Juga tak lupa diri,
Moga tak di salah erti,
Kalau tak, susah la kau nanti.
***
Hati-hati dengan hati.
Kau dan masalah hati memang sudah sebati.
Sampai bila nak macam ni,
Pendam sendiri, pretend to be happy.
***
Hati-hati dengan hati.
Kau sabar ya wahai hati.
Okay la tu nanti, it takes time maybe.
Sampai masa kau pergi,
Make sure you are ready.
***
Hati-hati dengan hati.
Jangan takut patah hati.
Kau sakit cuba lagi.
Sampai kau puas hati.
Jumpa apa yang dihajati.
Cos you are strong already.
***
Hati-hati dengan hati.
Kalau kau paksa takkan jadi.
Biar dia datang sendiri.
Tersemat dalam hati.
Terlukis di sanubari, rasa yang hakiki.
***
On a personal note, I am blessed and grateful to be surrounded by wonderful souls at the moment. I love them all. As someone said to me that the tendency to love many people at a time and too soon might harm me in many possible ways. Been there, done that. But me being me, though it hurts I cannot avoid it. I appreciate people just the way they are. I might go extra miles and do whatever it takes for them. If one day, I am hurt I will mend my own heart. Because for me, I will be happy when I know they are happy.
So dear heart, keep strong! I need you, still.
So dear heart, keep strong! I need you, still.
No comments:
Post a Comment
beautiful mind + beautiful soul = beautiful you