Thursday, September 29, 2016

Suatu Rasa Yang Paling Dalam



Pernah tengok langit luas terbentang?
Tengok yang bukan sekadar pandang, tapi jauh terus mendalam.

Pernah tengok langit biru yang tenang?
Nampak indah sejuk mata memandang.

Pernah tengok langit yang penuh dipeluk awan?
Rasa tenang diawang-awangan, disapa lembut dibelai-belai.

Dan, pernah tengok langit yang hitam kelam membawa beban ke serata alam?
Memanggil, merayu memberi ingatan yang selamanya tidak akan sentiasa tenang.

Ibaratnya hati dan juga perasaan, yang tidak akan selalu aman.
Ada masa berbunga indah, ada masa berbuah lebat.
Namun ada juga masa diserang taufan, ada juga masa diserang la nina.
Tidak ada satu yang statik, berdiri kaku teguh sendiri.

Bila rasa tidak tertahan.
Terlalu tinggi, tidak tergapai,
Dipegang lepas, dibiar sayang,
Ditelan sakit, diluah perit.

Suatu rasa yang paling dalam,
Rasa yang paling payah untuk dihadam.

Namun jangan disalahkan Tuhan.
Ia hadir demi sebuah pengajaran.
Satu fasa dalam tumbesaran.
Buat hati-hati yang masih berpeleseran,
Yang tiada hala tuju
Mencari satu kebenaran.


.Langit malam Dengkil yang masih tenang, cuma hati sahaja yang tidak setenang alam.
.2138H.






No comments:

Post a Comment

beautiful mind + beautiful soul = beautiful you

Read more: http://www.pengerindu.com/2011/12/dapatkan-facebook-like-fanpage-popup.html#ixzz28HHMQhBs