"Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak Mengetahui."
(Surah al-Baqarah:ayat 216)
Easier said than done! Betul tu! Selalunya kita hanya akan pandai bercakap dan menasihati orang berguni-guni tapi bila kene kat batang hidung sendiri, baru menggelupur tak tentu hala. Masa ni lah apa yang orang semua nasihat terus masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Lepas tu, kita akan sedaya-upaya menafikan kata-kata nasihat orang "AHHH senanglah kau cakap, yang menanggungnya aku. Cuba kau pulak yang kena!!" (pulak dahhhh!)
Pelik kan! Unik sebenarnya. Kenapa kita sukar nak terima nasihat kalau kita rasa kita pandai nasihatkan orang? Sebenarnya, itu lah konsep kita hidup berpasangan, berkawan, berkomuniti dan macam-macam 'ber' lagi. Kita ini dijadikan untuk saling melengkapi. Ha jangan nak terus fikir pasangan hidup je okay!! Ramai lagi selain pasangan hidup yang perlu kita jaga hubungan hablumminannas tu.
Mungkin kali ini kita kecewa. Mungkin kali ini kita putus asa. Tapi Allah itu maha berkuasa, Dia pasti ada rancangan terhebat buat kita. Selalu dengar orang cakap macam ni "kita dipertemukan dengan orang yang salah supaya kita dapat belajar dan bila kita dipertemukan dengan yang satu, kita akan lebih menghargai..."
Semuanya sudah disiapkan untuk kita, cuma tunggu masa yang sesuai sahaja. Mungkin kita telah berselisih sebelum ni tapi belum tiba masanya. Memang orang akan bercerita, orang akan mengata mungkin menghina. Tapi perlu apa caci maki mereka. Selagi kita tahu paksinya, keluarga di sisi, sahabat yang memahami, insyaAllah segala kepayahan akan mampu kita harungi.
Banyak lagi perkara yang perlu kita pentingkan. Bukan nak kata jodoh itu tidak penting. Siapa kata tak penting??? Penting dan mustahak tau!! Sebab itu yang akan menjadi penentu zuriat kita selaku generasi dan khalifah yang akan membimbing sekalian ummah. Tapi jangan jadikan itu satu alasan untuk kita tunduk dan layu. Bangunlah demi anak bangsamu. Apa kata kita bersiap-sedia dahulu sebelum jodoh itu tiba. Lengkapkan diri dengan ilmu, tabahkan hati dengan kecekalan dan balas jasa ibu bapa dan keluarga selagi termampu.
Kenapa? Kerana, dengan harapan bila tiba masanya kita akan bersedia dengan segala macam onak dan duri serta mempu menikmati nikmat kebahagiaan itu semanis-manisnya. Agar tiada ralat di hati. Benar, jodoh perlu diusaha, tak boleh tunggu datang bergolek alamat bersendirilah sampai ke tua. Tapi biarlah kena caranya. Kan kita memang dilahirkan berpasangan. Percaya dan yakin, InsyaAllah.
"Allah menguju seseorang itu kerana Allah swt mempunyai rahsianya tersendiri, sama ada Allah hendak menambah keimanan kita atau hendak uji sejauh mana keimanan kita.."
"Allah menguju seseorang itu kerana Allah swt mempunyai rahsianya tersendiri, sama ada Allah hendak menambah keimanan kita atau hendak uji sejauh mana keimanan kita.."
"Jangan kamu bersikap lemah, dan janganlah (pula) kamu bersedih hati, padal kamulah orang-orang yang paling Tinggi (derajatnya), jika kamu orang-orang yang beriman."
(Surah Ali Imran: ayat 139)
p.s: Mesti korang rasa "Ala, senang la cakap cuba kau pulak rasa.." So, apa kata kita sama-sama rasa, berkongsi kan boleh kurangkan rasa sakit. Jangan simpan sebab ia mampu menjadi toksin yang mendekatkan kita dengan barah.
miss u hanna! mmg sesuai post ni di kala i feel like giving up! :D
ReplyDeleteI miss you more. Well im giving up too. That's why I need all of this motivational stuffs. haha
ReplyDelete