Tuesday, September 11, 2012

11 September, 11 tahun sudah berlalu....

Harini 11 September, 11 tahun yang lepas telah terjadinya suatu permulaan untuk sebuah pengakhiran.. Hah skema betul!!! (translation: the beginning of the end)

Ramai yang menangisi kematian mangsa-mangsa pengeboman dan kemusnahan Pentagon di Arlington, Virginia. Lebih 3000 mangsa yang terkorban dalam peristiwa bersejarah serangan 11 Sepetember. Bermula dari ini, banyak cerita seperti My Name is Khan, dan banyak lagi. Pengganas juga sering dikaitkan dengan yang berserban, berjubah putih, bertudung etc. Ops tak boleh lebih-lebih nanti kene tangkap. hehe.




Ramai yang ingat, menangisi, protes dan sebagainya. Tapi pada masa yang sama, ramai yang lupa tentang mereka-mereka lain yang menderita, yang di seksa, dikejami dan banyak lagi. Bukan setakat 3000 mangsa malah lebih dari itu. Mungkin ratus juta siapa yang tahu.

Takpalah, Hanna nak letak gambar pun tak sanggup nak tengok dan apatah lagi nak pilih-pilih. Rasanya semua tahu kot. Jadi apakata kita luangkan sedikit masa yang kita ada untuk sedekahkan Al-Fatihah untuk semua saudara kita seantero dunia yang menjadi kekejaman perang dan kerakusan manusia.

Thanks.


source gambar: mr. google.

No comments:

Post a Comment

beautiful mind + beautiful soul = beautiful you

Read more: http://www.pengerindu.com/2011/12/dapatkan-facebook-like-fanpage-popup.html#ixzz28HHMQhBs