Tuesday, September 18, 2012

Love-Hate Relationship

Pernah tak rasa macam kita sayang tapi benci, tapi bila benci kita rasa sayang? Situasi ni bukan hanya untuk hubungan cinta antara lelaki dan perempuan tapi skop yang lebih besar. eh! bukan Skop Production yang Gerak-Gerak Khas tu. Tapi lebih kepada konteks yang lebih meluas.

Okay mari kita lihat contoh:

1.Gf vs Bf, Wifey vs Hubby

Sepanjang masa nak bergaduh je. Kalau tak gaduh macam tak lengkap hidup. Tapi akhirnya tetap sayang menyayangi. Maka ini positif sebab perhubungan yang terlalu mendatar juga tak best. Tapi ada juga keadaan yang tak berapa nak positif di mana disebabkan sayang si gf sanggup meyerahkan jiwa raga sebab takut kene pukul dan jugak sebab sayang. Isteri jugak walau tak suka, walau teruk di dera secara mental dan fizikal tapi sanggup bertahan sebab sayang. Okay itu contoh yang sangat nipis dan tipis. Tapi macam mana kalau love-hate relationship ni yang memudaratkan kita?

2. Kawan vs kawan

Tak kiralah kawan sekerja ke, kawan sepermainan ke, kawan universiti ke, kawan tapi mesra ke tapi kalau kawan jadi lawan macam mana pula tu? Sesetengah orang ni kawan untuk kepentingan atau kita kata friends for benefits. Dia kawan dengan orang sebab ada kepentingan tertentu yang dia nak. Jadi walau benci, selalu tak bersependapat ke semua dia telan dalam-dalam. Dok makan hati je selalu. Itu takpe lagi. Kalau jenis semua nak argue, semua nak gaduh tak puas hati tapi esok-esok pujuk rayu minta tolong. Ni yang payah sebab kalau Hanna ni jenis yang tak reti nak tolak. huhu

3. Anak vs Mak Bapak

Eh ada ke? Mungkin ada kot. Bencikan Mak Bapak sebab strict sangat sampai rebel sana sini. Tapi sebenarnya dalam-dalam hati tu sayang walau badan penuh birat.

4. Pekerja vs Majikan

Yang ni selalu jadi kot. Belakang majikan dok la jaja cerita tak puas hati tapi bila depan majikan semua pun boleh. Sebabnya takut dan mungkin tak reti nak tolak. Lagipun kita ni selalu dok fikir majikan tu sumber pemberi rezeki bak kata kak Fynn Jamal. Dok la bodek kipas majikan segala sebab takut gaji or payment sangkut. Bila sangkut, takpalah belum lagi tu...minggu depan ada la tu (gaya memujuk hati dengan penuh nada reda dan sayu). Walhal kat luar sana, kalau tak bayar sikit or even lambat, terus buat tuntutan etc bagai under human rights etc.

5. Kita vs Kerjaya

Kerja semua buat tapi kadang lambat kadang cepat. Lepas tu merungut penat letih benci bagai tapi sebenarnya sayang dan suka kerja tu. Rasa macam kerjaya inilah takdir penentu segala dan kerjaya paling sesuai tapi tak suka. Bila rasa nak tukar selera, rasa sayang tapi hati tak best. Susah juga kan.


Ha itu baru 5 situasi yang tak banyak pun dikupas. Rasanya ada banyak lagi situasi macam ni yang mungkin pernah dialami oleh setiap satu kita. Susah bila dah sayang sebab kalau dah sayang semua yang tak elok pun nampak sempurna. Nanti hujung-hujungnya kita juga merana.

Ada tips tak macam mana nak deal dengan masalah macam ni?



8 comments:

  1. norinaomar: kaannnnnn!!! memang komplikated pon.

    ReplyDelete
  2. Mya: cettt!!! you la tolong choose kan.. hahaha

    ReplyDelete
  3. salam..
    mcm mana pula kalo kita jatuh hati kali ke-2 kat ex kita tu? time tu ex tu dah ada org lain dah. whoa~

    *1st time jejak sini. :) i'll keep following

    ReplyDelete
  4. Muhd Nur: emm berat tu.. tapi semuanya bergantung pada ketentuanNya kan...kalau dah namanya jodoh, elak macam mana pun bersama jugak. ecewahh heee

    ReplyDelete

beautiful mind + beautiful soul = beautiful you

Read more: http://www.pengerindu.com/2011/12/dapatkan-facebook-like-fanpage-popup.html#ixzz28HHMQhBs