Happy 55th Merdeka, Malaysia!!!!
Alhamdulillah sudah 55 tahun kita mengecapi kemerdekaan. Selama itu lah kita dapat hidup dengan aman dan damai walau ada juga porak peranda here and there. But let's take it as part and parcel of life. Bak kata Allahyarham P.Ramlee, 'sedangkan lidah lagi tergigit inikan pula suami isteri' EH! apa kene mengenanya ye dak?
Tapi itulah, selama 55 tahun kita merdeka ni, adakah pernah kita bertanya samada kita ni betul-betul sudah merdeka ke tidak? Apa maksud kemerdekaan yang sebenar? Mungkin 55 tahun yang lepas, merdeka itu membawa maksud bebas dari segala penjajahan mahupun pemerintahan luar. Tapi apa pula definisi kemerdekaan sekarang?
Demontrasi sini dan sana. Ada kuning, biru, hijau, merah, dan macam-macam lagi warna yang mencorakkan pemandangan. Jalur Gemilang mahu ditukar ke Sang Saka Malaya. Janji diungkiti. Persoalannya pernahkah berjanji? Liwat. Perkosaan. Rogol. Perogol dibebaskan atas alasan mempunyai masa depan 'cerah'. Korupsi. Sayap Kiri. Jihad. Rasuah. Campur tangan luar. Dan banyak lagi untuk disenaraikan. Sampai esok pun belum tentu selesai.
Tetapi, bukan mahu pejam mata, bukan mahu tuli telinga. Andai hari ini bukan kemerdekaan yang dipersoal semua, apa kemerdekaan yang sebenar? Bagaimana keadaannya merdeka?
Jum kita berdoa agar keharmonian yang kita ada pada hari ini akan terus kekal biarpun bertukar tampuk pimpinan, biarpun bertukar bendera, biarpun bertukar warna. Mohon keamanan yang ada disebalik perbezaan agama antara kita di tanah yang kecil ini akan terus kekal. Agar kita tidak mengalami nasib yang menimpa saudara kita di sana yang diseksa, dibunuh tanpa belas. Tidak sanggup rasanya untuk google dan lihat gambar-gambarnya.
Maka, mari kita ubah dan bentuk dari hati dan diri kita sendiri agar kemerdekaan yang kita pegang berkekalan. Semoga dengan keamanan ini mampu memberi kita ruang untuk mengutip bekal ke akhirat kelak. Aamiin.
p.s. Hello September!
No comments:
Post a Comment
beautiful mind + beautiful soul = beautiful you