Wednesday, August 29, 2012

Wordless Wednesday: Demam Gangnam lagi!!!!





Nah!!! Hamekawwww! Sebab semua pun tengah demam kan. hehe.

By the way, sedikit info, video gangnam ni adalah berkisarkan kehidupan yang sangat mewah di Gangnam, Seoul yang hanya berkeluasan 15 batu persegi. Namun kekayaan mereka sangat lah banyak hinggakan pada 2010 berjumlah $84 billion dari kekayaan South Korea.

Gangnam memang terkenal dengan kehidupan mewah, status, class.


Mari tambah ilmu di sini  , sini  dan sini



cc: Cik Mya

Tuesday, August 28, 2012

CHECKLIST BARANG: Nak Masuk U!!!!

Yeayyy!!! Lagi beberapa hari lagi akan ramai pelajar Degree/Master memulakan fasa kehidupan yang baru. Bagi yang baru nak masuk, hujung minggu ni dah start dengan registration dan lepas tu akan ada minggu oreintasi. Harap-harap lah sekarang ni dah takda buli-buli bagai ni. Bagi yang dah memang jadi pelajar, bersedilah untuk meneruskan pengajian ke semester seterusnya.

Weee seronoknya! Tak sabar nak belajar dan berkenalan dengan kawan-kawan baru kan!!!. Dulu masa tengah baru nak sambung belajar, excited sangat MasyaAllah! Tak sabar nak timba ilmu tu membuak-buak.Tapi kene ingat niat. Jangan 'hingke' sangat nak sambung belajar sebab nak dapat kerja best dan gaji tinggi je. Tapi biarlah atas dasar nak cari ilmu dan ikhlaskan hati. Kan Rasulullah pun menyarankan untuk belajar selagi boleh biar sampai ke negara China. Lagipun belajar tu kan salah satu fardhu kifayah.

Tapi jangan salah sangka. Kalau tak masuk U pun, bukan makna kita taknak menunaikan fardhu kifayah tu. Belajar tu kan luas dan banyak caranya. Cumanya masuk U ni pun antara salah satu caranya juga. Ingat lagi Allahyarham Ayah dulu sebelum pergi banyak kali menitipkan pesan yang kami tak punya harta untuk diagihkan tapi Ilmu sahaja harta yang mampu diberikan. InsyaAllah Ayah, kami anak-anak akan ingat.

Okaylahh. Untuk korang-korang yang nak masuk U tu, ni ha Checklist Barang yang akan diperlukan untuk kehidupan korang nanti. Ingat, kadang-kadang tu bukan senang nak keluar or balik kampung especially korang-korang kene lalui minggu orientasi tu. huuuuuu!





okay exciteddd!!!!

Monday, August 27, 2012

GANGNAM: SUPER KAMPUNG STYLE!!!

Told ya!!! It's a phenomenon. Even some may say 'Alah dah lama la lagu tu kenapa sekarang baru kau nak kecohsss!!' Heck! It's true dah lama tapi now baru orang nak kecoh, kau kisah apa!!! haha

Well, I am not condemning neither approving but just enjoy will ya!

This parody seriously awesome!!! You rock guys!!!


The pagi rock crew FLY FM.


Mati Itu Pasti!

Mati itu pasti. Dalam gembira tadi tiba-tiba ketua kelas datang berjumpa minta kebenaran untuk sedekahkan Al-Fatihah untuk salah seorang rakan sekelas yang baru sahaja kematian pakcik sedara rapat. Aduhh!

Terus suasana kepoh kepochi bertukar menjadi suram sesuram hari yang disimbah hujan. Tambah sayu bila pelajar berkenaan menangis yang sangat kuat dan menyayat hati. Pedih!

Bila selesai bersedekah dan semua yang lain salam cium tangan untuk pulang, dia menjadi yang paling akhir untuk bersalaman. Masih bersisa tangisnya. Lantas aku peluk kejap. Kukuh dan kemas biar rasa itu sampai ke hatinya. Biar dia tahu ada yang sudi berkongsi. Lepaslah semua sengsara. Terbanglah semua derita.

Namun, manusia itu fitrahnya begitu. Lagi difahami, lagilah membuak-buak isi hatinya. Maka, semakin lebatlah hujan yang gerimis tadi. Bahu ku basah dek air mata dan air hidungnya sudah tidak diendah. Biarkan! Biarkan asal dapat memujuk walau sekelumit rasa pedih itu.

Aku lontarkan kata-kata buat semangat walau aku tahu suara aku yang tahan tangis itu terlalu nyata. Aku juga hampir menitis air mata. Hampir dan nyaris aku menangis bersama. Namun aku tahu, kalau aku juga rebah, maka runtuhlah semangat dia. Aku harus kuat melayan hati. Jangan biar ia mati!

Kataku sabar, sudah sampai masanya. Dia lebih bahagia disana, biarkan dia kecapi rasa itu. Jangan menangis, jangan meraung kalau kita sayang akannya. Agar dia tidak terseksa di sana. Makin lama makin kejap pelukan aku. Sambil aku terus gosok belakang badannya. Dengan harapan dia seceria selalu mampu mengankat muka berhias senyuman. Payah!

Reda tangisannya, aku usap lagi. Aku harap dia tenang kerna esok dia harus menduduki test yang penting. Aku tahu bukan mudah, namun kalau kita cuba lawan dan punya rakan yang sanggup bersusah bersama InsyaAllah ia tidak lagi mustahil.

Momen ini telah jauh membawa aku terbang ke momen-momen pedih, payah, pecah hatiku bila kehilangan abadi insan-insan kecintaan hati. Sakit!

Jom kita luang sedikit masa untuk bersedekah. Moga Allahyarham tenang di sana. Al-Fatihah.






p.s. RINDU AMAT!!

Oppa Gangnam Style - The Phenomenon



Siapa tak tengok lagi Oppa Gangnam Style sila angkat kaki sekarang!!! Haha. Okay ini memang serius! Serius sebab ramai sedang sibuk ber'Oppagangnamstyle' sampaikan kalau kat Twitter tu dua tiga minngu sudah jadi Worlwide trending!

Itu kalau kat Twitter kalau kat YouTube pulak, sekejap je page view Oppa Gangnam ni naik mencanak-canak. Semua dok sibuk usha video dia. Ada pulak tu yang siap hafal step lagi. Memang fenomena!!
Ha tengok la rating page view dia setakat harini dah 60,368,835 views wa cakap sama luuuu!!!!! Video tu baru je upload pada 15 July 2012.




Ni kalau ada pertandingan video fofular macam dalam movie Step Up, kompemmmmm Oppa Gangnam Style menang tanpa bertanding. 

Masalahnya, kalau tengok Oppa Gangnam Style mesti rasa macam nak guling-guling pecah perut. Lagi-lagi kalau tengok dengan adik beradik and cousins. Benda tak lawak pun boleh jadi lawak! haha. Tapi serius video ni rasa macam mintak tampo laju-laju. haha!

Kesan-kesan fenomena:

1. Sampai raya pun ada Gangnam style! Ini memang meriah la kan sebab satu famili pun participate and sporting habis! Jom tengok Suasana Raya Gangnam. Ni baru Malaysia style wa cakap sama luuu!





2. Empire State gun man pun boleh baca jadi  Empire State Gangnam! -_-! 

    Ni pulak Cik Mya la punya tahap obsesi !!!!


Okay apa tunggu lagi. Jom kita hafal step sama-sama! Boleh ganti Poco-poco and beat shuffle ni!!! haha


Wednesday, August 15, 2012

A Bundle of Happiness

Salam and very good day everyone!!!


Now tengah dalam mood excited and ecstatic over the arrival of my new family member. The long awaited family member. Alhamdulillah, yesterday my S.I.L, Kak Yantie telah selamat melahirkan newborn baby girl yang super adorable.

Oh, sekarang ni rasa sangat tak sabar dan teruja untuk berjumpa buah hati baru ituuuu. Nama masih belum diketahui tapi oleh sebab baby sangat cerah so baby dipanggil sebagai amoi. Ni semua Incik Sasa la yang punya idea. Okay Incik Sasa tu adalah my cousin yang berada di hospital sepanjang proses kelahiran menemani Emak.

So here is the adorable baby, the buah hati kesayangan kami.

Presenting...


The latest pic of hers from the mother, Kak Yantie.

Baru je melihat dunia with Abah and Opah CT.

Muka bahagia Opah CT dapat first cucu.


Okay awak yang comel, nantikan kedatangan Makyong and Makyang pulak. Tak sabar nak gomol-gomol amoi comel especially pipi pau tu.. hehe




p.s. A day before amoi delivered, I got a newborn nephew as well from cousin sister. Tapi tak dapat pic and nama lagi. So we have TWO newborn raya babies. weeeee


IT'S A CELEBRATION!!!

Monday, August 13, 2012

Tukar Duit Raya

Alhamdulillah, finally berjaya jugak tukar duit raya even dah last minute sangat. Cuma ada beberapa hari lagi sebelum raya. Kebanyakan bank sudah kehabisan duit untuk ditukar. Tapi memikirkan takkan takda duit raya langsung for the kids this year, dengan gigihnya mencari bank.

Nasib baik cubaan yang pertama sudah membuahkan hasil. Tadi pergi tukar duit dekat Hong Leong Bank Sungai Petani. Ramai lagi yang beratur untuk tukar. Tapi tak lama pun tunggu, tau-tau je dah selesai. Siap dah masuk kereta, keluar balik untuk buat penukaran kali kedua.

Alhamdulillah. Happy.


p.s. SO sesiapa yang tak tukar lagi, cepat2 insyaAllah masih sempat. Tapi jangan pergi bank yang komersial sangat, cari bank lain and tak ramai orang. hehe



Sunday, August 12, 2012

Choose to be happy!


Happiness is not something ready made. It comes from your own actions.




THUS


Aristotle: “Happiness depends upon ourselves.

Read more: http://www.pengerindu.com/2011/12/dapatkan-facebook-like-fanpage-popup.html#ixzz28HHMQhBs