Thursday, September 27, 2012

Al-kisah Si Degil dan Partner in Crime

Actually I am an adventurous type of person. I loooveee to indulge myself in (not that) dangerous activities that challenge my ability. Ala tapi tak lah bahaya dan mencabar sangat. hehehe. I do camping, I do hiking, I do abseiling, orienteering,  waterfall abseiling pun pernah buat dan pernah nak join canoe club. hahaha. Tapi not that expert. Jauh sangat lagi tu. And, I would love to try paragliding, water rafting, bungee jumping, diving, sky diving and many many more.

Other than that, Hanna suka main yang macam-macam kat Genting tu, Sunway ke. Tak kisahlah mana-mana tapi all those types of thrill rides i.e. roller coaster, space shot, spinner etc. Takut pun ye, menjerit-jerit pun ye, rasa nak tercabut jantung bagai sampai siap mengucap tapi rasa puas.

TAPI, tapi itu dulu. Now, nak tak nak I need to slow down my activities dan jugak hajat hati. Kalau ikutkan banyak je teringin nak try. Tapi sudah tidak berapa berkemampuan. huhu. Sebabnya Hanna pernah kene Vertigo so kadang-kadang my body balance system tak berapa nak betul. Hujung tahun lepas Hanna dengan cousins pergi Pesta Penang dan main the thrill rides. Memula okay lagi, then naik je yang kedua dari OK dah jadi KO. hahaha. Pening ya amat dan muntah-muntah. Nasib baik la masa tengah main tu tak muntah, kalau tak kesian orang yang kene pancutan muntah Hanna. Euwww!

From that incident, I learnt that I may not be able to do all those things anymore. It is not stated nor specific but I think it depends on the type of vertigo and the sufferer's condition I guess. Sesetengah orang relaks je, sesetengah orang yang gelabah ayam macam Hanna. heeee. Sedih tau! Sobs! Teringinnnnn!!!

Tapi sebab tak percaya pada semua itu! Kononnya lebih percayakan diri sendiri sebab orang pun kata 'Alah vertigo je, apa nak heran. Kau je manja sangat!' Gitewwww! Apa lagi membuak-buak la perasaan ni kan. So bila ada Fun Fair kat Kedah ni memang excited la nak pergi. So kebetulan Faten kahwin and ada besfren, Mak turun from KL, memang best la nak ajak jadi partner in crime. hehe.

Mula-mula Mak taknak pergi, tapi setelah dirayu-rayu dan dipujuk-pujuk dengan muka kesian, maka Mak pun kata okay. Yeayyy!!! By the way, ktorang pergi on Faten's wedding day. Serius padat aktiviti haritu, dengan penat dan tak cukup tidur tapi redah jugak sebab bukan selalu Mak datang sini. Lepas makan n movie, malam nak balik rumah tu baru singgah Fun Fair. hehe



Tengoklah walaupun penat siap ada eye bag lagi mata tu tapi MASIH mampu tersenyum.


Kanan: Okay ni mainan pertama kami. Jerit jugak la. hahah. Takut kene kepala sebenarnya. 
Kiri: Ni muka MASIH happy dan excited. Sebelum sotong ni bergerak-gerak.


Kiri: Ni pulak muka sebelum permainan kedua bermula. Tapi sayang tak sempat nak amek gambar. Google pun tak jumpa. huhu. MASIH okay lagi.
Kanan: Ha gambar tu muka dah lain macam. Muka terpaksa senyum. Sebabnya baru je lepas muntah dan berpeluh-peluh dengan banyak secara tiba-tiba. Masa atas rides tu, tak jerit pun cuma mampu pejam mata sepanjang ia berpusing dan sudah start seram sejuk. huhu


Hah apa lagi, taknak stay lama la kat situ. cepat-cepat nak balik rumah. I threw up a number of times. Even jarak rumah dan Fun Fair tak jauh mana  but it took longer time sebab kene banyak berhenti dan last sekali tukar driver. Mak pulak drive. heeee. Tapi bila dah sampai rumah, dah bertenang dan okay, sempat lagi tu kami buat movie marathon sampai dua-dua tertido. Kononnya nak maximize masa yang ada sebab Mak dah nak balik esok paginya. T-T



Sempat jugak lagi bergambar depan bus masa nak hantar Mak balik KL. Sedih woooo masa hantar Mak, syahdu macam tak jumpa dah lepas ni. (Read: Poyo kan..) By the way, tu specs baru Mak sebab yang lama patah elok-elok je sampai Kedah.

Tapi takpa, bak kata Json Mraz I Won't Give Up. Mungkin kene test lagi, kot-kot la lepas ni boleh dah. 



Wednesday, September 26, 2012

Wordless Wednesday


Bila cermin cabut/lekang, maka ikat dengan handkerchief pun boleh.
Barulah survival skills.
Ala-ala reben gitewww!

Tuesday, September 25, 2012

Study International

Pernah tak teringin, terfikir, terasa, terplan, terpergi, tertengok, (dan banyak lagi ter ter yang lain) untuk belajar di luar negara? Fefeling omputeh gitew! hehe. Tak kisahlah kategori 'ter' yang mana tapi kalau awak awak semua nak cuba nasib atau mahu tahu lebih lanjut mengenai study di luar negara, jom kita pergi International Education Fair yang akan berlangsung tak lama lagi.

Bile?

Dimana?

Okay. Okay, sabar. Bawak-bawak bertendang eh! Bawak betenang dulu! Jom kita layan pamphlet dulu.


1. Ni lah yang Hanna cerita tadi. International Education Fair ni akan berlangsung pada 5 Oktober 2012 bertempat di Suntech, Bayan Baru, Penang pada pukul 2pm-7pm.
Siapa tak tau direction, takpa! Hanna boleh guide sebab senang je.
Jom sembang-sembang dengan Hanna kat SINI


2. Ni pulak penganjur untuk event ni. Study International. 
www.studyinternational.com.my


3. Senarai universities di bawah seliaan Study International. 
Canada, USA, Italy, Russia, Kaplan International Colleges dan Navitas Group of Colleges.


4. Senarai universities di bawah seliaan Study International. 
Australia.



5. Senarai universities di bawah seliaan Study International. 
UK, Singapore dan NZ.



6. Senarai program yang ditawarkan di peringkat Pra-Universiti, Ijazah, Master dan PHD.


7.  Peta dan Alamat Study International.

Takut mahal? No! No! No! Jangan risau sebab nampak tak kat pamphlet tu, ada perkataan FREE! Yes. Rundingan adalah percuma. Nak tanya pasal tawaran pengajian, kursus dan program, permohonan pengajian, permohonan VISA, pengangkutan dan kemudahan penginapan dan jugak pembiayaan pelajaran etc semua pun boleh.

Jadi apa tunggu lagi! Bawak je semua dokumen yang agak-agak perlu dan sediakan berbakul-bakul soalan untuk para pegawai dari Study International nanti.

Nak pergi sama-sama dengan Hanna pun boleh. heeee

Selamat Maju Jaya =)


p.s. Senyummmmm jeeeeeee...

Monday, September 24, 2012

Senyum kan lebih manis.

Senyum itu senang je nak buat.
Tapi payah sangat kita nak senyum.
Kenapa ye?

Jom la kita senyum. 
Kalau kita senyum, nanti orang pun akan senyum kat kita.
Lepas tu merebaklah senyum pada semua.
kan best, tak payah la kita nak tengok muka orang yang masam kelat macam cuka.
Tak pasal-pasal rosakkan mood kita pulak.
Senyummmmmm je.
Kan senang!


Kudik sekecil ni pun tau senyum.
Ni yang orang kata senyum ear to ear tu.
heeee.
rindu.
kbai.

Sunday, September 23, 2012

Faten's Wedding.

It was a very busy weekend. Dan sekarang Hanna dah tak berapa nak busy sangat. Maaf sangat-sangat sebab ada komen yang Hanna tak sempat nak reply. Nanti InsyaAllah Hanna akan melawat korangs kay!

Weekend yang baru lepas ni adalah weekend yang sangat busy sebabnya best friend Hanna kahwin. Itu yang  kalut nak buat banyak kerja. Walhal menyibuk je banyak, tolong tak la sangat. Teruk kan.. hehe. Kawan Hanna yang super cantik ni nama dia Faten. Seriously sangat gorgeous!! Hari Jumaat solemnization dan hari Sabtu pulak baru majlis walimah Faten. 

Ramai jugak kawan-kawan yang datang ke majlis Faten ni. One of my bestest friend, Mak, pun ada datang jugak all the way from KL ke Kedah. Another bestest friend, Napisah and her baby Nuha dari Kulim pun sama-sama datang dan overnight kat rumah Hanna. Best! hehe. 

Jum roll the photos!




1. Ni lah pengatinnya, Puan Faten. Ni masa hari nikah. Yang cantik macam anak Arab tu nama dia Marina. Marina dan Faten ni baru je balik dari the UK buat masters. 



2. Si cantik Marina dan si gorgeous Puan Faten.


3. Napisah and baby comel Nuha datang pada malam sebelum majlis walimah. 



4. Muka ceria Nuha bangun pagi dengan dikelilingi the aunties hehe. cuteness!



5. Sejurus selepas pengantin perempuan tiba ke dewan. Cantik kan!!!


6. Pengantin tengah berdebar-debar tunggu rombongan pengantin lelaki tapi still cantik!!!



7. Sempat lagi tu kami posing sementara menunggu penuh debaran. Semua ni coursemate dari zaman uni. 
Dari kiri: Afifah dan Nuha, Sarah, Marina, Farhana a.k.a Mak dan me!




8. Nuha with Mama Ana & Nuha with Mummy Hanna berpsoing sebelum gerak menuju ke rumah kakak ipar Hanna.



9. Tapi sebelum balik kalau tak posing dengan pengantin macam tak lengkap la pulak. So kami gigih berebut amek turn bergambar dengan pengatin. heheh. 



10. Mak with Amani, anak buah kesayangan Hanna =)



 11. Bergambar depan rumah Kakak Ipar. Masa ni Hanna n Mak nak berpisah dengan Napisah n Nuha dah. Dorang dah nak balik! Sobs. The last photo together. 




Fuhh banyak nye gambar kan! Tapi itu baru sikit, ada banyak lagi sebenarnya. Hahaha. Lepas dah salam-salam kami pun berpisah. Napisah n family balik ke rumah dorang manakala (ecewah) Hanna n Mak pergi sambung meronggeng. hehe.

Okaylah, nanti Hanna sambung dengan entri ape jadi waktu ronggeng dengan Mak. By the way, Mak dah balik KL pagi tadi. Sangat sedih melepaskan dia pergi. T-T

Dah! Dah! Dahhhhhh!. Merapu banyak sangat ni. Bye uolsss! Take care!



Thursday, September 20, 2012

So I Bid Goodbye



Akhirnya tibalah ke penghujung penggal. Tinggal lagi peperiksaan dan markah-markah yang perlu diisi. Selamat meneruskan perjuangan anak-anak. Kalau nak cakap pasal sedih, memang tipulah kalau Hanna katakan yang perasaan melepaskan adalah sesuatu yang indah. Sedih. Itu pasti.

Namun, itu tak boleh dijadikan satu alasan untuk being stuck up here. Life must go on, so we need to move it towards the better future, InsyaAllah. Yang pasti setiap kejadian, setiap memori pasti akan ada kenangan masing-masing. Maaf kerana masih tidak mampu untuk mengingati semua cuma hati ini pasti mengenali.

Harapan menggunung tinggi, kasih dibaja rapi, sayang dibiarkang melayang. Cukuplah sampai disini biar kita tidak bertemu lagi. Hanya sekali sudah pasti. Bukan membenci tapi itulah tanda mengasihi. Agar terus mara ke hadapan tanpa perlu melangkah ke belakang.

Andainya rebah dan terpaksa mengalah, tidak mengapa. Jangan biarkan mimpi indah itu pergi. Bangun dan teruskan berlari. Akan kutemani. 

Beloved Kids,
Thank you for the memories, thank you for everything!





Wednesday, September 19, 2012

Jom Tingkatkan Followers Sampai Lebam


Dah lama Hanna tak join Segmen. Last haritu join Jom Join Bloglist hasrulhassan.com. Eh lama apenya, itu baru 14 hari lepas. Maksudnya baru 2 minggu lepas je Hanna join segmen. ahaha. Tapi takpa, apalah salahnya kalau nak join lagi kan. Dapat menambahkan kenalan dan merapatkan ukhwah betul tak!!

Okay apa lagi jom la join segmen ni pulak. Jom Tingkatkan Followers Sampai Lebam. Hanna tau pasal ni pun dari Cik Mya. Bersungguh-sungguh Cik Mya ingatkan untuk Hanna join. Thank you sweetheart! 





Followers: 164

Tuesday, September 18, 2012

Provokasi





Love-Hate Relationship

Pernah tak rasa macam kita sayang tapi benci, tapi bila benci kita rasa sayang? Situasi ni bukan hanya untuk hubungan cinta antara lelaki dan perempuan tapi skop yang lebih besar. eh! bukan Skop Production yang Gerak-Gerak Khas tu. Tapi lebih kepada konteks yang lebih meluas.

Okay mari kita lihat contoh:

1.Gf vs Bf, Wifey vs Hubby

Sepanjang masa nak bergaduh je. Kalau tak gaduh macam tak lengkap hidup. Tapi akhirnya tetap sayang menyayangi. Maka ini positif sebab perhubungan yang terlalu mendatar juga tak best. Tapi ada juga keadaan yang tak berapa nak positif di mana disebabkan sayang si gf sanggup meyerahkan jiwa raga sebab takut kene pukul dan jugak sebab sayang. Isteri jugak walau tak suka, walau teruk di dera secara mental dan fizikal tapi sanggup bertahan sebab sayang. Okay itu contoh yang sangat nipis dan tipis. Tapi macam mana kalau love-hate relationship ni yang memudaratkan kita?

2. Kawan vs kawan

Tak kiralah kawan sekerja ke, kawan sepermainan ke, kawan universiti ke, kawan tapi mesra ke tapi kalau kawan jadi lawan macam mana pula tu? Sesetengah orang ni kawan untuk kepentingan atau kita kata friends for benefits. Dia kawan dengan orang sebab ada kepentingan tertentu yang dia nak. Jadi walau benci, selalu tak bersependapat ke semua dia telan dalam-dalam. Dok makan hati je selalu. Itu takpe lagi. Kalau jenis semua nak argue, semua nak gaduh tak puas hati tapi esok-esok pujuk rayu minta tolong. Ni yang payah sebab kalau Hanna ni jenis yang tak reti nak tolak. huhu

3. Anak vs Mak Bapak

Eh ada ke? Mungkin ada kot. Bencikan Mak Bapak sebab strict sangat sampai rebel sana sini. Tapi sebenarnya dalam-dalam hati tu sayang walau badan penuh birat.

4. Pekerja vs Majikan

Yang ni selalu jadi kot. Belakang majikan dok la jaja cerita tak puas hati tapi bila depan majikan semua pun boleh. Sebabnya takut dan mungkin tak reti nak tolak. Lagipun kita ni selalu dok fikir majikan tu sumber pemberi rezeki bak kata kak Fynn Jamal. Dok la bodek kipas majikan segala sebab takut gaji or payment sangkut. Bila sangkut, takpalah belum lagi tu...minggu depan ada la tu (gaya memujuk hati dengan penuh nada reda dan sayu). Walhal kat luar sana, kalau tak bayar sikit or even lambat, terus buat tuntutan etc bagai under human rights etc.

5. Kita vs Kerjaya

Kerja semua buat tapi kadang lambat kadang cepat. Lepas tu merungut penat letih benci bagai tapi sebenarnya sayang dan suka kerja tu. Rasa macam kerjaya inilah takdir penentu segala dan kerjaya paling sesuai tapi tak suka. Bila rasa nak tukar selera, rasa sayang tapi hati tak best. Susah juga kan.


Ha itu baru 5 situasi yang tak banyak pun dikupas. Rasanya ada banyak lagi situasi macam ni yang mungkin pernah dialami oleh setiap satu kita. Susah bila dah sayang sebab kalau dah sayang semua yang tak elok pun nampak sempurna. Nanti hujung-hujungnya kita juga merana.

Ada tips tak macam mana nak deal dengan masalah macam ni?



Monday, September 17, 2012

My Kind of True Love

This entry is inspired from Maria Elena's entry on  TRUE LOVE.

It is very sad reading her story about her Arwah Tok and Tokwan. How fond their feeling is and how true is their love. It reminds of my grandparents.

I lost both of my grandparents last year. My grandma has passed away on 12th April 2011 and followed by by grandpa 2 months later on 7th June 2011. The gap was just 2 months. Can you imagine the sadness that we gone through? It was devastating I can tell. They both died exactly on the same day which is Tuesday and around the same time 6.50-ish in the morning.

If you asked me what are some of the things I regret the most, my answer would definitely be this. Yes I do agree there are other things I would turn my time for but this is one of it. I was not there for my Allahyarhamah Opah during her last breath. Even during that time I was on my holiday but I was at my house in Ipoh which about 40 minutes away from kampung.

The day before it happened, I did not sleep the whole night and I was about to be in my deep slumber. Suddenly my sister woke me up with the sound of  'I-don't-know-how-to-explain' but I know something bad has happened. When she uttered the news, I was taken aback. My heartbeat ran faster than its usual. I wanted to cry and after a few seconds I cried hard. Seriously, I cried hard like there's no tomorrow for me. To be honest, I didn't expect this to be happened because my Allahyarham Tok, the one who was in critical condition at that time while my Allahyarhamah Opah  was being just fine and happy go lucky. We, the whole family agreed that maybe she was too tired of taking care the husband that Allah let her go first. huhu.

Every time I am sad over this, I definitely remember the last time I met her was a week before she passed away. But on that last day, I don't know why but I didn't spend my quality time with her instead I went to stay at my aunt's house. When the time I was about to go back, I went to see and hug her tight. I whispered to her that 'I love you so much Opah, you do know about that right' and she smiled from ear to ear. That would be my last memory. Sobs. T-T

That day, when we were on our way to kampung, I cried the whole journey. My eyes are really puffy from crying but I don't care. My Opah has not arrived from hospital yet and nobody informed my Tok yet. So my sisters and I took the responsibility to tell him. That was like 2 hours later. He was like too composed over the news. He did not able to see well enough due to cataracts but we know that he was very sad. We could see tears running down and he slowly wiped the tears. He kept saying 'Opah is not here anymore. Opah is not here anymore'. Later, when my Opah is ready to be buried, my Tok initially refused to see her for the last time. My Tok was not well that he used walking stick to walk. So he used that for an excuse. But we know that he was just made it up because he was too sad. However, we don't want him to regret later that all the son in laws and grandsons carried him to give his last kiss. He cried.

Thus, after that day, I am determined to be with my Tok when he needed me the most. Even I am working but whenever my help was needed, I would be rushing back. I promised not to let him go as what I did to my Opah. Though I work at Kedah which takes about 2 and half hours of driving, I would do anything for him. At one time, nobody was available to look after him at the hospital so I decided to take over. I rushed back using the dark, damaged, 'jalan lama' which has palm oil plantation along the road. Alone at night. Honestly I was scared but very determined to be there before 9pm or else my Tok will be alone at the hospital. Alhamdulillah I safely arrived before 9pm and accompanied him until the next day.

During the two months gap, I was like nervous all the time. Everytime I got a text or call from my mother or anybody from the family I will be very nervous. Afraid to receive another bad news, not ready yet. Until the time for him to go. At that time I was on my leave and I decided to look after him at the hospital. All the family members were at the hospital but they were not allowed to be at the bed. They had to be waiting at the waiting room. So we were like having picnic at the hospital and we just went back to freshen up. I think it's fated to be that out of other nights everybody was too tired and decided to go back for a while. Some of us, my mother, my aunt and I, insisted to wait at the hospital. We stayed there and just went out by turn to go to the toilet, eat, freshen up or even praying. We did not even get some sleep.

At that time, he could not speak anymore. He wore the oxygen mask. We taught him to recite Syahadah, Zikir. I was very happy when my Allahyarham Tok repeated after me when I taught him to recite Syahadah. He was okay until dawn approached suddenly I was weird to point out his breathing becoming too weak.  We were too panic and called the nurses and the doctors. Everybody started to cry as we had the feeling that this is the time. We keep on informing the rest of the family the updates while the doctors and nurses were trying to do something. They asked us to move away from the bed. They even closed the curtain to do some procedures. And that's it. They announced his death.

Again, I cried terribly like there's no tomorrow for me even that time around I was there to witness him and be more prepared . But this kind of thing, I could not hold my self even how prepared we are. I did all the procedures like signed, booked for ambulance and waited for them to send him home. I drove faster and not bother of the speed limit etc to chase the ambulance. At home, everybody was prepared and there were many people has been waiting for us. There and then, I was able to be composed. Alhamdulillah everything was done that day. Both of them were able to be side by side till the end of their life even at the graveyard.

Allahyarhamah Opah passed away at the age of 73 years old and Allahyarham Tok passed away at the age of 75 years old. They have been married for more than 50 years. Though they argued but we know that they love and care for each other. Losing someone that is so dear definitely give great impact. Allahyarham Tok was greatly saddened by the death of my Allahyarhamah Opah that he followed the footstep 2 months later. Nothing could cheer us up other than the thoughts that he would not be suffered anymore.


This is me with Allahyarhamah Opah.



 Our last Aidilfitri together with them two years ago. 2010.


This is their home now. 
No.52 is my Allahyarhamah Opah.
No.55 is my Allahyarham Tok.



Nothing is the same without you.
We miss you both, still.
Al-Fatihah. 



Previous entry on Opah and Tok


Sunday, September 16, 2012

Hari Malaysia


Ye tau! tau! Gambar ni macam dah pernah nampak kan?? Memang pun sebabnya Hanna dah guna gambar ni untuk entri Merdeka Ke? awal bulan haritu. Yelah kan, masa tu buat entri Merdeka tapi harini buat entri Hari Malaysia.  Gambar je sama. Haish Hanna nampak sangat la yang awak tu pemalas nak edit gambar baru! haha.

Okaylah, fine. Disebabkan menggunapakai gambar lama, maka entri ni kene jadi simple, sweet and short je. huhu. Oleh itu, bersempena dengan hari penubuhan Malaysia pada 16 September 1963, Hanna nak wish...


Happy Malaysia Day to all Malaysian.
Let's keep it calm and prosperous for more years to come.
I love you Malaysia.
May Allah bless us all.

p.s. Dah 49 tahun Malaysia tertubuh. 
p.s.s. Esok last day Syawal juge. How time flies!!!


Saturday, September 15, 2012

Sweet sangat!!!

Life is full of surprises.

Kadang-kadang kita tak tahu dalam hidup walau sesusah mana pun kita rasa, akan ada benda, perkara atau individu yang mampu menyerikan dan memberi sinar. Tak semestinya benda, perkara atau individu itu terlalu besar atau berharga tapi cukuplah kalau ianya amat bermakna.

For me, even the smallest thing could make me smile and happy. Just a simple thought could do so. Especially those things or people who mean the world to me. My students. Obviously family is the number #1.

Even students Hanna tak ramai mana pun tapi bila students masih ingat Hanna, ianya satu macam perasaan yang sangat whoaaa!!! Contohnya tadi ada students tegur dan sembang-sembang kat FB. Kata-kata yang ala-ala nasihat from her really make my day. I don't feel the pressure. hehehe



p.s. Shakila, if you read this, I miss you!!

Tutorial: Macam Mana Nak Remove MyStart by Incredibar




Siapa ada masalah dengan MyStart by Incredibar sila angkat tangan!!! Setiap kali open new tab je mesti ada keluar search engine MyStart ni even kita dah default setting pakai Google. Seriously tak suka dan almost give up tak tahu nak buat macam mana dah.

Bila baca review dan try macam-macam ikut cara tu, hanya Internet Explorer je yang dah okay. Bila bukak tab baru keluar Google, tapi Chrome still tak boleh. Kalau korang dah try remove program, dah try uninstall pun tak boleh, ce cube cara ni pulak. Senang je and now Alhamdulillah my Chrome is back to normal jyeahhh!!

Just follow these simple steps kay uols:

1. Mula-mula buka Chrome.
2. Then pergi kat icon Wrench atau kita panggil Spanar
3. Klik pada setting.
4. Nanti akan keluar page ni chrome://chrome/settings/

5. Now dekat sebelah kiri tu ada 4 pilihan: HistoryExtensionSetting, Help
6. Klik pada Extension



7. Nanti akan ada beberapa pilihan yang ada checkbox. 

8. Uncheck pada kotak Enable untuk New tab for Chrome™ 1.0.0



9. Tadaaa!!! Now bolehlah buka tab baru dan terus ke Chrome. Dah tak semak samun dah! yeay! 





Friday, September 14, 2012

I am cute??


So the cake says I AM CUTE!!! I think  I am. hahaha. The cake was bought for my kids as my apology for not hosting our Raya celebration. Really hope that they can forgive me. Okay wording tu purposely buat sebab rasa macam best je...hehe 

Sebenarnya petang-petang macam ni tiba-tiba je kempunan makan kek. Haritu tak sempat nak rasa pun sebab tak cukup for them yang ada lebih kurang 30++ orang. 

Jom pergi makan kek!!!!

Tutorial: Macam Mana Nak letak Facebook Fan Page di Blog

Hanna tahu entri ni poyo sikit macam 'hek eleh kau readers pun tak ramai tapi sibuk-sibuk buat fan page bagai.' Haha. Tapi takpa sebab terpulang lah nak buat fan page ke tak sebab bukan kene bayar pun. Eh defensive pulak kau Hanna! heeee

Okay sebenarnya tutorial ni Hanna buat sebab kebanyakkan tutorial yang ada semua macam guna cara lama. Penat dah Hanna selongkar sana, korek sini sampai rasa macam dah nak give up! Sebabnya dok ikut tutorial tu semua tapi still tak boleh nak tempek fan page tu kat blog.

Akhirnya bila dah godek-godek sendiri barulah jumpa jalan penyelesaian. Pheww!! Okay jum follow these simple steps.

1. Firstly, mestilah kene ada fan page dulu. Then bila kita bukak fan page tu, dekat atas sekali under Admin Panel, KLIK dekat EDIT PAGE.


2. Bila dah klik, kita akan dapat page macam ni. Tengok dekat list yang sebelah kiri tu. Then KLIK pada RESOURCES. Lepas tu dia akan keluar semua senarai macam dekat belah kanan tu pulak.

3. Then KLIK pada USE SOCIAL PLUGINS.


4. Nanti dia akan senaraikan 10 jenis plugins. Okay so now KLIK pada LIKE BOX.


5. Lepas tu isi semua details tu. Ikut kesesuaian dan kegemaran kita gitew!



Kalau tak tau, boleh rujuk panduan kat bawah ni.




6.Okay now mana nak cari URL fan page kita? Don't worry senang je. Pergi balik dekat fan page kita, then COPY je address URL kat atas tu. 



7. Kalau dah puas hati, boleh lah KLIK GET CODE. Jangan risau sebab kita boleh nampak preview setting yang kita pilih tu. And, kalaupun dah siap dan kita tak suka, kita boleh buat semula. Bila-bila masa je.




Bila dah KLIK GET CODE, akan ada satu pop up box macam ni. Sebenarnya ni lah code HTML yang akan digunakan untuk tempek kat blog kita nanti. Ada banyak pilihan code yang boleh dipilih okay!


8. Tapi dalam banyak-banyak pilihan code tu, Hanna pilih format IFRAME. So apa tunggu lagi, terus je COPY code okay!!!



9. Lastly, lepas dah COPY semua, terus la tempek kat blog kesayangan kita tu. Caranya mesti tau kan?? Mulakan dengan ADD A GADGET, lepas tu pilih ADD HTML, then PASTE code tadi. Susun kedudukan yang kita suka.

We are done!!!!


p.s. Tolonglah like page Hanna kay. lotsa love!!!





Will and Kate - The Royal Visit

It's the Royal Visit!!!

And everybody is talking about Will and Kate the Duke and Duchess of Cambridge. Okay over sangat exaggerating. Not everybody but most of us are talking about their visit. Well it is a part of their royal tour of Southeast Asia. Malaysia is the second country after Singapore. They will be here for three days from 13th of September until 16th of September 2012.


Thanks to NTV7 for the pic.


Kate is so gorgeous and beautiful. She resembles Will's late mother, Diana. The way she deals with people, might be just what Diana did during her days. And, Kate's beautiful smile also said resembles the Diana's smile.

On the other note, there's also rumors that Kate is pregnant as they have been married for one and half years. But, to think of it, if it is true that she is pregnant she must be very strong, powerful one of a kind woman. As she could stand to be on a very long official tour.


p.s. Tetibe je switch language bila bercerita tentang Will dan Kate. Over tau!!!


Read more: http://www.pengerindu.com/2011/12/dapatkan-facebook-like-fanpage-popup.html#ixzz28HHMQhBs